OOO

Memaparkan catatan dengan label Jalan-Jalan ke Jakarta/Bandung/Jogjakarta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-Jalan ke Jakarta/Bandung/Jogjakarta. Papar semua catatan

Selasa, Mac 03, 2009

Kenangan Ke Bandung

Walau gambar-gambar ni dah lama dan basi akak saje nak cerita pasal kenangan masa kat sana....Bila tenguk gambar member-member cyber gi bandung akak pun teringatlah balik....masa ni masih di tangkuban parahu lagi....pergi kali pertama kami sekeluarga sampai ke indonesia.....lepas tu kami turun balik ke bandung cari hotel nak tidur semalam...pergi dengan pak supir...masa ni belum ada kereta sendiri lagi..guna van kijang office suami akak...tak booked pun hotel...pakai cari macam tu aje..kat bandung ni banyak hotel..nak murah atau pun mahal..terpulang kepada diri sendiri...akak jarang duduk di hotel five star...


Bila pergi satu family...seronok .berjalan-jalan dengan anak-anak....oleh sebab suami hantu durian...bila jumpa durian kat sini pun suami akak sanggup beli...makan kat tepi jalan aje...padahal harga dia mahal sikit dari malaysia...

Masa kat bandung ni pergi ke shopping complex. lupa pulak nama shopping complex tu..lepas gian main bowling......lepas kami makan di pizza hut...

Kalau nak ke Bandung naik keretapi dari Jakarta...mesti lalu jalan keretapi ni..akak snap dari dalam kereta dalam perjalanan nak ke Bandung.

Ira kat depan f outlet Heritage...kat jalan Riau..sepanjang jalan riau ni ada Foc the summit, formen, osso, branded club, the oasis, the secret dan terminal tas (bags) semua di LLRE Marthadinata..bila dah pergi ke foc ni memang geram tenguk barang branded yang dijual murah giler...boleh menghabiskan duit berjuta-juta rupiah bila sampai ke sini...

tapi yang paling banyak foc ni kat jalan Dago dan Jalan Riau....imran kat depan Heritage salah satu tempat yang fofular kat sini. Kat depan heritage ni memang ada kolam ikan..besar giler ikan kat situ..kalau nak beli handbeg dan kasut beli kat Terminal Tas..macam-macam jenama ada....tapi semuanya ciplak....kalau tenguk hasil kerja tangan dia memang teliti..sebiji macam yang betul punya....tapi akak tak minatlah nak beli hand bag ni cuma akak suruh suami akak belikan dompet bonia tu kat sinilah...

Bila waktu malam kami suka jalan-jalan kat tepi jalan...macam-macam yang mereka jual kat jalan ni...lupalah pulak nama jalan dia .....imran tengah tunggu jagung bakar..pisang bakar pun ada jual kat sini...pengamen atau penyanyi jalanan pun ramai bila waktu malam...

Bila nak makan samada makan malam ataupun tengahari kami suka makan kat kedai makan sunda...jadi sape yang ke sana tak payahlah nak bagi maggi ke...pasal kat sini memang banyak makanan yang enak-enak...harga pun berpatutan..yang paling popular yelah ikan bakar samada ikan talapia atau ikan gurame/kaloi atau pun ayam kampung penyet..ayam goreng ataupun ayam bakar yang di makan bersama sambal dan lalapan...ulam-ulaman..


Suka tenguk pemandangan sepanjang perjalanan ke bandung..tenguk mereka tanam padi bertingkat.
Akak memang suka pemandangan hijau macam ni...

Landskap kat restoren sunda ni memang cantik...kalau tak silap restoren/rumah makan sunda ni dekat dengan jalan dago rasanya...

Ira bergaya kat shopping complex di bandung jugak..tempat yang sama masa main bowling..masa ni pergi berlima..russhdi dan firdaus tak dapat datang..pasal tak cuti...

Kalau ke bandung jangan lupa beli brownies jenama ni....memang popular tau...kalau setakat kek lapis yang di jual merata-rata kat bandung tu tak sesedap kat kartika sari ni...lagi satu kalau nak beli telekung ataupun kain kebaya baik beli di bandung...lagi murah dari pasar tanah abang...memang seronok bershopping kat indonesia ni pasal harga barang murah kerna tenaga kerja yang murah...kadang-kadang kesian bila dengar mereka bagi tau gaji mereka berapa...masa gi jepara nak beli perabot jati ...lagi kesian tenguk ibu-ibu pangkat nenek masih bekerja melicin papan kayu jati yang nak di buat perabot..insaf tenguk kehidupan mereka yang susah tu...apa-apa pun malaysia juga di hati...bilalah nak gi lagi ni.....nantilah simpan duit dulu...

Pernah pergi jugak ke bogor, punchak, taman safari...tapi masa tu tak ada kamera..jadi tak adalah gambar kat situ...

Khamis, Februari 05, 2009

Ke Tangkuban Parahu di Bandung


Bila dah duduk kat jakarta.....duduk kat sini ni punyalah tak best....dahlah duduk kat tengah bandar..pastu.....jalan selalu macet (jem)...pasal kat sebelah apartment akak ni shopping complex (itc kuningan-akak dah cerita dulu) pastu ada C4. Kat belakang tu Hotel JW Marriot yang kena bom pada 5hb. Ogos 2003..Sekarang ni kalau nak masuk ke hotel..kena periksa..ramai betul security..akak nak ambil gambar kat depan hotel tu pun tak boleh...mereka tak benarkan. Sejak hotel ni kena bom...kalau nak masuk mana-mana shopping complex ada security jaga..hendak-hendak kat area akak tinggal ni.


Kalau cuti panjang akak selalu ajak suami akak jejalan ke Bandung...tempat shopping...mana lagi tempat yang nak pergi...selalunya kami jarang booked hotel...kat situ banyak tempat tidur....tapi kena pandai cari.

Walaupun dah pergi ke sini agak lama..tapi akak nak cerita jugak kenangan masa pergi ke Tangkuban Perahu di Bandung. Kalau pergi ke Bandung rugi kalau tak pergi kesini..bukan senang nak tenguk gunung yang terakhir meletup pada tahun 1910..masih ada 9 kawah yang masih aktif sehingga sekarang.. Nak masuk ke sini kena bayar tau..Rp8,000 seorang. Dalam perjalanan nak kesini banyak nursery jual tanam-tanaman yang sesuai dengan cuaca kat sini yang sejuk. Tapi akak tak pernah beli...mesti mati kalau tanam kat apartment.

Masa akak duduk di jakarta....3-4 kali akak pergi ke Bandung dan 2 kali ke Tangkuban Perahu.

Pertama pergi dengan abah, mak, anak buah dan adik lelaki bersama isteri yang bawak anak kecil masa tu...kami bertolak dari jakarta pagi dan 21/2 jam kemudian kami sampai ke Tangkuban Perahu ni..turun aje dari mobil (van kijang) ..penjaja jalanan serbu...kalau dia tahu kita orang malaysia..lagilah dia ikut...dia orang ingat orang malaysia ni banyak duit....adik akak tak sabar...dia beli mahal giler...tak nak suruh suami akak tawarkan..dia beli angklung kecil dan cenderahati bentuk pen yang tulis nama tangkuban perahu.

Suami akak pasal tawar menawar ni memang terror.... kalau akak nak beli apa-apa..akak suruh aje dia tawarkan....suami beli baju...anak-anak beli t shirt bertulis tangkuban perahu.

Seronok tenguk bekas gunung berapi ni...kalau nak tenguk dari dekat pun boleh..tapi kena bayar dan kena bawa pemandu yang nak tunjuk arah jalan ke bawah.

Bertolak pagi dari Jakarta...sampai pun nak dekat pukul 10.00 pagi...masa tu ada supir yang bawak van kijang (unser)..oleh sebab tak muat firdaus, yana dan cd tinggal.

Anak buah ni ikut ke jakarta kerna nak cukupkan 5 orang..semua tak buat passport pasal mahal sangat RM300 seorang jadi ambil passport berkumpulan baru RM250.00.

Oleh sebab abah tak larat nak jalan...kami singgah minum kat sini..makan tahu bakar sumedang yang fofular tu...memang sedap tahu dia...tak sama dengan tahu kat sini..tak tahulah kenapa akak rasa tempe dan tahu kat sana lagi sedap.

Banyak betul orang berjualan...kat sini beli lagi murah dari penjaja jalanan...tapi kena jalan jauh sikit sampai ke bawah. Lagi satu jangan lupa tawar menawar. Minta separuh dari harga sebenar.

Oleh kerana pergi balik hari...masa pergi dgn abah dan mak...kami tak pergi ke bandar pun..cuma makan dan lepas tu balik semula ke Jakarta. Masa tak mengizinkan. Sampai kat Jakarta semula pun dah nak maghrib.

Sape-sape yang nak ke Bandung tu..akak syorkan gi ke sini...bukan senang nak tenguk bekas gunung berapi ni...kalau boleh tawar harga gila-gila kat penjual kat situ. Kalau tak beli jangan layan mereka. Kalau dah layan, mereka akan ikut sampai kita tak mampu nak menolaknya lagi.

Mengenai tempat ini...akak ambil dari website tentang bandung..
Tangkuban Perahu, merupakan salah satu gunung berapi yang berada di Lembang, Jawa Barat. kurang lebih 30 km sebelah utara kota Bandung. Nama Tangkuban Perahu berasal dari sebuah legenda tanah Sunda yang sangat terkenal, yaitu Sangkuriang. Gunung Tangkuban Perahu yang dari kejauhan nampak seperti perahu terbalik, konon diakibatkan oleh kesaktian Sangkuriang yang gagal meyelesaikan tugasnya dalam membuat perahu dalam waktu semalam untuk menikahi Dayang Sumbi yang tak lain adalah ibu kandungnya sendiri. Karena begitu kesalnya tidak dapat menyelesaikan pembuatan perahu tersebut, akhirnya Sangkuriang menendang perahu yang belum jadi tersebut. Lebih kurang macam tulah ceritanya.

Masa ni kat kami makan kat Restoren Sunda (Rumah Makan Sunda) memang kat Bandung banyak betul rumah makan orang sunda ni....makanan yang fofular ialah yang di panggil Nasi Timbel Lalab ...lalab tu...ulam-ulaman yang dicicah dengan sambal..kalau nak makan sup bakso memang banyak...
Masa ni akak pergi dengan mak dan abah...kami makan ikan gurame (kaloi) bakar, ayam bakar dan nasi. Kat seberang jalan ada kedai-kedai yang jual barangan cenderamata dari rotan...mak dan adik ipar beli penutup makanan dan bakul pakaian bayi. Mereka kata murah bebenor..

Rabu, Januari 21, 2009

Jalan-jalan ke museum

Walaupun dah lama pergi ke sini..akak nak masukkan jugak..untuk kenangan...peduli apa orang nak kata...janji akak happy...

Masa duduk jakarta dulu akak tak pernah teringin nak pergi ke muzium di sini..tapi bila adik datang tahun 2006...dia ajak jalan-jalan ke situ...salah satu yang kami pergi ialah di Muzium Fatahillah...jauh betul dari rumah akak. Ejaan muzium kat indonesia museum.

Pemandangan dari tingkat atas muzium...dataran kat depan muzium..

Masa ni ambil di pintu masuk muzium.

Nak masuk ke sini kena bayar..tapi tak mahal...masa time tu dalam RP2,500..lebih kurang 0.90sen duit malaysia..yang seronok tu tenguk barang-barang jati...semuanya jenis yang lama..

Museum Fatahillah ni juga di panggil Museum Sejarah Jakarta atau Museum Batavia..letaknya di Jalan Fatahillah, Jakarta Barat..

Geram betul tenguk perabut jati lama ni...masih cantik lagi tau...berkenan dengan ukiran kat katil tu...

Tenguklah ukiran bidai yang besar ni...

Muzium ini dulu adalah Stadhuis atau Balai Kota, yang dibangun pada tahun 1707-1710 atas perintah Gabenur Jenderel Johan Van Hoorn. (akak ambil dari wiki)

Bangunan muzium ni serupa bentuk dengan Istana Dam di Amsterdam , terdiri atas bangunan utama dengan dua sayap di bagian timur dan barat serta bangunan sanding yang digunakan sebagai kantor, ruang pengadilan, dan ruang-ruang bawah tanah yang dipakai sebagai penjara. Akak ada pergi ke belakang muzium tenguk penjara tu..tapi tak teringat nak ambil gambar...penjara tu lebih kurang macam rumah kg di muar...bawah dia berpagar tapi pagar besi... yang ni lagi rendah lantai bangunan .....kalau jalan kat bawah penjara tu kena membongkok....

Pada tarikh 30 Mac 1974 gedung ini kemudian diresmikan sebagai Museum Fatahillah.

Kat dalam muzium ini ada beberapa peninggalan sejarah kota jakarta (Batavia) seperti kapak batu, lukisan Jan Pieterszoon Coen berasal dari Hoorn(Belanda), satu set batu timbangan mata wang real, perabut meja dan kerusi yang digunakan oleh Pemerintahan Hindia Timur.(pun ambil dari wiki--tak ingat nak catat dalam buku pun masa tu)

Yang banyak kat dalam muzium ni lukisan dan perabot jati.

Ni lukisan sape tah..tak baca pulak sape dia...


Adik akak bergaya depan arca...

Masa nak balik adik ipar ambil gambar depan pintu masuk muzium..anak dia dah start nak melalak...

Masa nak balik ambil gambar kat meriam di depan muzium...

Panas betul cuaca masa kami pergi ke situ.....lepas tu kami pergi ke satu lagi muzium...dekat aje..cuma seberang jalan aje...

nanti sambung lagi....



Isnin, Disember 15, 2008

Ke Taman Mini Indonesia

Sepanjang 2 tahun lebih tinggal di jakarta..taman mini indonesialah yang selalu akak pergi..ada yang pergi dengan A...ada yang pergi dengan L...bawak adik akak pun pernah....tempat ni memang luas...kalau jalan memang penat..lebih-lebih lagi bila bawak budak kecik....lepas tu banyak pulak tempat yang nak kena pergi. ..ada muziumlah...ada permainan airlah..dan taman bunga...... setiap tempat di indonesia ada replika rumah mereka.....seperti rumah bali, sumatera...kira-kira kalau gi sini..macam dah melawat satu indonesialah......

Nak masuk sini kena bayar tau...murah aje bayarannya kalau nak dikira dalam rupiah...yang tak bestnya kat sini...kalau bawak kereta pun di bayarin jugak.kereta kena bayar Rp10,000...kalau naik motor lain pulak bayarannya ..murah sikit dalam rp6,000....lepas tu penumpang pun di kira ikut kepala...kalau kanak-kanak di atas 3 tahun kena rp9,000 setiap seorang.. Kat pintu masuk banyak betul orang pakai baju bentuk harimaulah...arnablah...nak ambil gambar kena bagi tip tau...bukannya free....

akak malas nak ambil gambar tapi anak-anak ni yang teringin...bagi ajelah Rp2,000 (RM0.80sen)...murah kan..

Mula-mula jumpa rumah jawa tengah dan semestinya replika borobodurlah yang ada kat situ...sebenarnya ada jugak pertunjukan kesenian kat belakang tu..tapi selalunya hari minggu baru ada..kami tak suka pergi hari minggu orang ramai...ni pergi dengan russhdi..masa ni dia datang seorang....masa tu cuti semester....tension dia...dia nak ambil gambar...budak-budak ni sibuk aje...

Masa ni pergi dengan adik lelaki dan isteri dia...

Yang ni bersama L...kalau pergi sini kami memang bawak air dan makanan...kat sini memang ada orang jual makanan dan minuman tapi tang makanan tu kena tenguk jugak...akak kan cerewet...lepas jalan-jalan..penat...lepaklah sekejap...

Saje aje nak bergambar kat tempat orang main gamelan...

Tak pergi bali pun tak apalah...ambil gambar dengan adik ipar kat pintu rumah bali...geram betul tenguk pintu....lawalah....kalau pasang kat rumah akak..tentu grand...

Russhdi pun nak ambil gambar jugak...

Tak ingat pulak ambil gambar ni kat rumah mana tah...

Tengah jalan-jalan dengan A...ada pulak pelancung dari korea nak ambil gambar..nak buat kenangan katanya...

Kat rumah jawa....masa ni anak buah akak ikut jugak...pasal mereka berlima termasuk mak dan abah ambil passport visitor...guna passort tu untuk sekali masuk aje...takkan mereka nak buat seorang satu passport....satu dah RM300...x 5 orang dah berapa....kalau guna passport tu cuma bayar RM250.00 sahaja...bukan mereka nak datang banyak kali pun...

Ambil di rumah orang Papua...bukan free tau...kena bayar...share dengan L....

Ni pun di rumah papua...




...banyak ambil gambar kat sini..pasal rumah ni yang paling best..yelah rumah orang asli kan..nak gi ke papua tu jauh sangat..semua dah pergi cuma firdaus aje yang belum pernah datang sini..entah kenapa akak pun dah lupa...

Kat rumah nusa tenggara timur...

Rumah Nangroe Aceh Darussalaam....kata belakang rumah nilah baru akak jumpa pokok kari.....punyalah seronok masa tu....pergi dengan L dan bibik....suruh bibik ambil banyak-banyak..kat jakarta mana ada daun kari....penduduk kat sini..tak tahu masak kari kot...
Kat dalam rumah acheh...

Depan pelamin pengantin daerah Acheh

Yang ni pulak di panggil Istana Anak-Anak Indonesia...nak masuk kena bayar jugak...ada jugak permainan

Imran bergaya depan patung kuda...masa ni akak pergi bertiga aje ...anak-anak semua kat malaysia...tinggallah si bongsu ni aje buat penghibur hati...

Layan ajelah gambar ni ye...ni kat umah kalimantan timur..












Rumah mini banyak betul lah...rumah maluku..rumah kalimantan timur, tengah, selatan dan barat, rumah acheh, rumah jawa tengah, rumah papua, banten, sulawesi tengah, tenggara, selatan dan utara, rumah bengkulu, jambi, riau, sumatera utara, barat dan selatan, rumah jawa barat, rumah jawa timur, rumah jakarta, rumah yogjakarta, bali, nusa tenggara barat dan timur, rumah gorontalo...kan banyak yang di jenguk tu....tu sebabnya akak pergi banyak kali...satu hari tak boleh habis..
Imran masa ni boleh senyum lagi...bila dah cuaca panas dan penat berjalan dia punya angin pun datanglah....

Dah mula tarik muka....nak ambik gambar pun tak berapa hendak....


Oleh sebab kawasan tu luas..jadi di sediakanlah titihan samirono/aeromovel...ala macam monorail tu...nak naik pun kena bayar jugak....


Yang ni di panggil di panggil skylift atau pun kereta angkut.....takut akak nak naik ni...takut jatuh dalam tasik nanti...semacam aje akak tenguk...harga nak naik ni Rp20,000 (lebih kurang RM8.00)..best lagi naik cable car genting tu...

Antara muzium yang ada kat sini..antaranya muzium indonesia namanya...

Tulah akak dah kata..tempat ni besar sangat sampai si imran tension bila ashik pergi kat sini..penat katanya...sampai terduduk dah..tak mau jalan lagi...jadi sesape yang sesat di jakarta tu dan nak pergi ke taman mini indonesia ni..akak nasihatkan pergi pagi-pagi tau...kalau idak jadi macam anak akak.....dan lagi satu bawak air banyak-banyak..kalau malas nak bawak..beli aje..kedai makan pun banyak kat sini...nak makan pun boleh..memang banyak sebenarnya gambar kat sini...tak kan nak show semua..nanti orang jemu tenguklah pulak.......


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...