OOO

Ahad, Jun 28, 2009

Ayam Seribu Rasa


Mula-mula tenguk nama ayam ni..risau jugak takut pakai bahan yang bermacam-macam..rupernya senang aje nak masak ayam cam ni...resepi asal dari Myresepi tak akak c & p dari rumah Puan Ummi di Kuantan. Setelah di perap akak goreng separuh ayam ni...sedapppp

Bahan:-
  • 1 ekor ayam (sederhana besar, potong ikut suka)
  • 1 mangkuk kecil air
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar jus oren
  • 2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • 1 sudu besar badam - tumbuk
  • 1 inci belacan
  • sedikit garam
  • serbuk perasa (*ummi letak gula sedikit)
Bahan-Bahan Kisar:-
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
Cara Memasak:-
Ayam dipotong dan dibersihkan. Perap ayam selama 2 jam dengan kicap, sos tiram, sos tomato, garam dan jus oren. Masukkan juga lada hitam dan buah badam yang telah ditumbuk tadi. (lagi lama perap lagi bagus). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bealcan dan sedikit garam lagi serta serbuk perasa. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata dan kacau seketika. Biarkan ayam masak dan kuah agak kering. Angkat.


Akak perap 1 1/2 ekor ayam...pasal semua ada kat rumah. Separuh masak macam resepi di atas dan separuh lagi akak goreng...tapi tak ada gambarlah pulak..anak dara bawak kamera gi ke kolej masa tu.

12 ulasan:

  1. salam kak..ala2 rndang ke kak rasa aym ni..a'ah kak..skolah pun dah cti jg kat bhrain..smpai lepas raya bru buka blik...insyaallah saya blik msia hjung bln 11 ni..

    BalasPadam
  2. kak ina...
    sedap ayam tu kalau makan dgn nasi briyani kan. Bila nengokkan bahan2nya tu...memang 'terancam' dibuatnya...

    BalasPadam
  3. dgr nama n tgk bahan2 dah rase resepi nie sure mengancam...

    BalasPadam
  4. sedapnya aym tu kak
    nak sikit

    BalasPadam
  5. salam kak ina..wow..nama menu ni canggih yerr..seribu rasa..macam2 rasa lah ada yek kak

    BalasPadam
  6. Hebat nama ayam nie ye kak... nak masak pun cam senang jer... bleh terai gak nanti :)

    BalasPadam
  7. salam maz...alahai lepas raya baru
    balik..tak dptlah merasa betapa meriahnya hari raya kat sini. nak buat camna kan..sabar ajelah.

    salam nj..akak makan dengan nasi biasa aje..nak buat nasi sedap kena tunggu anak-anak ada kat rumah semua..barulah best kan..

    salam moi..tgk bahan memang senang nak cari kan...cuma nama aje yang agak glamour.

    salam hasni..nampak sedap..rasanya belum tentu..ha..ha..ha..taklah sedap rasanya.

    salam mama tiara..sedap memang sedap.

    salam fa..nama canggih..rasa pun sedap.

    salam blogresepi..lagi best rasanya resepi kat rumah kamu tu.

    BalasPadam
  8. hai akak
    bestnya keje kat petronas
    nt leh la juin anak akak
    hehe
    akak keja apa ye?
    erm,saya student um
    amik kos bioteknologi
    skrg wat parktikal kat jbtn veterinar
    keja sy more to pembiakbakaan haiwan ternakan..lbh kurg gitula..

    BalasPadam
  9. hebat nama resepi ni...macam rasalah ada ni...

    BalasPadam
  10. salam hasni..dulu cikgu kecik aje..skrg manager rumah tangga.

    bagus jugak nama kursus yang kamu ambil tu..semuga berjaya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers