OOO

Khamis, September 10, 2009

Kari Ayam Kampung Kerisik

Buat kari kerisik ...resepi asal gunakan daging tapi akak tukar guna ayam kampung...untuk di makan dengan nasi pilaf...mcm cik mat kata...sape yang baru belajar masak lehlah try resepi ni...tapi akak ni dah tua baru nak belajar masak.......al maklumlah duduk dengan mak.(walaupun tingkat yang berlainan..ala..ala mahrtownhouse)..balik kerja semua dah siap...cuma hujung minggu aje masak...tu pun masak lebih kurang...skrg dah jadi pengurus rumah tangga kenalah belajar masak macam-macam..untung kenal dengan member cyber yang pandai masak cam cik mat ni...ambil resepi dari rumah dia...sapelah  sidara yang bertuah dapat suami macam cik mat ni nanti ek..membebellah pulak...akak c & p dari umah cik mat..minta halal ek...


BAHAN-BAHANNYA :-)
600 g daging batang pinang, dipotong kiub-akak tukar ke 1 ekor ayam kampung
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar kerisek
Garam secukup rasa


BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangaki daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rempah kari dibancuh bersama2 bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata. Tuang santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biar hingga kentang empuk.
  3. Masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan j dan jika ok boleh matikan api..Hidangkan..





 Bulan pose ni teringin nak makan bihun  kari...akak cairkan kari ni sebab pekat...pastu masukkan bihun.. letakt telur dan tahu..tadaaa jadilah bihun kari....kiranya 2 in 1...

Tak berapa jadilah pulak buat telur lawa pakai acuan yang si ielaz  duk kat jepun bagi tu...tak pandai lagi  kot..

2 ulasan:

  1. sedapnya kari ayam akak tu!!! bila ler sy bdk yg baru belajar nak masak ni nak buat kari tu.hihi

    BalasPadam
  2. maksu nak makan telur bistik ler... teringat2 plaks

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers