OOO

Rabu, Disember 30, 2009

Ayam Madu Pedas Berempah


Masak ayam ni makan dengan nasi beriani gajus yang akak buat minggu lepas..dah pernah tepek resepi dulu tapi  masa tu makan dengan nasi putih ajer....resepi dari rumah Puan Ummi di Kuantan......sedaplah...akak tak buat pun jelatah mentah/acar dan dalca..sebab dah tau..anak-anak dan suami tak berapa suker makan...akak cuma goreng papadum ajer..yang seronok bila tenguk nasi dan ayam habis...senang nak cuci periuk dan kuali.

Bahan:-
  • 6 ketul ayam - sederhana besar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil rempah ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 4 sudu besar minyak


Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam. Goreng kekuningan. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan cili kisar, gaul rata. 
  2. Masukkan serbuk ketumbar dan jintan manis. 
  3. Gaul sebentar dan masukkan ayam. 
  4. Masukkan cuka makan, sos cili, madu, gula dan sedikit garam secukupnya.
  5. Masak sebentar dan gaul rata.
  6. Tutup api.


Nilah nasi beraini gajus yang dimakan bersama lauk ayam di atas.


Buat bubur nasi ayam ni pun dah lama..akak tepek ajer gambar.

3 ulasan:

  1. kalo k.ina yg masak .mesti menyelerakan je..

    BalasPadam
  2. salam atty's..yer ker??ada lagi yang hebat dari akak...setakat bagi makan keluarga akak pun dah kira bagus..


    salam Ena..kalau sedap boleh kamu cuber..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers