OOO

Rabu, Januari 20, 2010

Nasi Minyak


Abah akak masuk wad hari Rabu minggu lepas...ikutkan nak kena buat bypass pada Isnin...tapi bila kami buat perbincangan dengan doktor pakar jantung Dr Alwi...takut pulak nak ambil risiko. Oleh sebab abah dah ingat-ingat lupa dan kondisi badan tak kuat jadi kalau abah di bedah risikonya bukan sekali ganda, tapi 15 kali ganda, sama ada abah akan koma ataupun lumpuh/stroke.

Bila abah dengar camtu..abah pun dah takut..takut sebab daripada boleh jalan dan makan minum nanti terlantar ajer kat atas katil...akhirnya tak jadilah abah nak dibedah. Abah pun redha ajer walau apa pun yang terjadi selepas ini nanti. Hari Sabtu kami bawa abah pulang...dia pun tak nak duduk lelama kat wad..susah katanya. Bila tenguk bil kena RM7,000.00 lebih....kami buat rayuan tadi kat IJN..alhamdulliah dapat kurang RM300.00 ajer..syukur...


Yana yang masak nasi minyak ni..akak suruh dia belajar buat...nanti kalau dah kawin senang..ikut resepi Ah Mat Gebu. Memang sedap nasi minyak ni bila baru masak.

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 pokok daun ketumbar, kerat kasar2
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 inci halia, dititik
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 3 helai daun pandan, disimpul
  • 700 ml stok ayam (kalau tak de, guna 700 ml air + 1 kiub ayam "maggi")
  • 300 ml susu cair
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
  • 1/2 cawan kismis-tak letak
  • akak tambah sedikit pewarna kuning-nak bagi cantik
BAHAN HIAS :-)

  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng
  • Kacang pis
  • Kacang gajus yang digoreng
CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Matikan api.
2. Tuang beras tadi dalam periuk nasi elektrik. Tambah susu cair, daun ketumbar dan juga stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, tabur kismis dan biar betul-betul tanak. Akak suruh Yana cucuk guna chopstik buat lubang dan masukkan pewarna kuning dan pastu tutup kejap dan baru
4. Gemburkan nasi menggunakan chop stick (cukup sekadar 3 - 4 kali gembur, kalau banyak kali nanti nasi patah2).
5. Hias dengan bahan-bahan tabur dan hidangkan bersama juadah2 lain seperti di bawah....Selamat mencuba untuk semua!!..

    11 ulasan:

    1. memang kak, kena dari anak dara ni belajar masak, klu dah kawin baru nak terhegeh2 susah la.. kesian sape yang jadi suami nanti, ye tak?

      BalasPadam
    2. malunyer saya..dh tua tapi tatau masak nasi minyyak..

      nanti nak cuba laa..

      BalasPadam
    3. semoga abah kak Ina melalui hari2 mendatg dgn penuh tabah dan gembira!!!

      psst...sdp le ns myk tu!! one day nanti, sy mesti buat!!

      BalasPadam
    4. Semoga bapak ina akan sembuh seperti sedia kala...

      Nasi minyak tu nampak sedap...tapi anie tak suka sgt...

      BalasPadam
    5. salam paij188..betul..betul..betul..walau camner pun orang perempuan kena gi dapur.tak boleh tidak?


      salam sally..ala bukan susah pun..ikut ajer resepi..insyallah jadi..insyallah..


      salam ain..terima kasih yer..nak buat camner...redha ajerlah dengan apa yang terjadi.


      salam aNIe..doakan ajer yang terbaik untuk abah Ina.
      ooo nasib baiklah kat umah ni semua orang suker.

      BalasPadam
    6. Semuga ayah ina sembuh...mahalnya bil tuuu...

      Saya memang tabik spring dgn cik ina ni...rajin memasak rajin pulak jumpa geng baru...cayalah....

      BalasPadam
    7. Salam kak Ina....sedapnya tgk nasi minyak tu dah lama tk buat...semoga ayah kak Ina bertambah sihat ia...take care

      BalasPadam
    8. wah, anak dara dah pandai masak nasi minyak, bagus tu!

      BalasPadam
    9. nyam2,sedapnya akak..bila nak ajak saya makan ni...duk dah dekat dah..hehehe...mesti sedap akak masa,tgk muka pun dah tahu..hihihi..

      Great Teacher Onizuka

      BalasPadam
    10. kak oiiii terlioqqq tgk nasi minyak niiiii...
      abeh la diet....
      teingin nak buat ni..

      BalasPadam
    11. sedap nampak gayanya nasi minyak Ah Mat Gebu.

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers