Abah akak masuk wad hari Rabu minggu lepas...ikutkan nak kena buat bypass pada Isnin...tapi bila kami buat perbincangan dengan doktor pakar jantung Dr Alwi...takut pulak nak ambil risiko. Oleh sebab abah dah ingat-ingat lupa dan kondisi badan tak kuat jadi kalau abah di bedah risikonya bukan sekali ganda, tapi 15 kali ganda, sama ada abah akan koma ataupun lumpuh/stroke.
Bila abah dengar camtu..abah pun dah takut..takut sebab daripada boleh jalan dan makan minum nanti terlantar ajer kat atas katil...akhirnya tak jadilah abah nak dibedah. Abah pun redha ajer walau apa pun yang terjadi selepas ini nanti. Hari Sabtu kami bawa abah pulang...dia pun tak nak duduk lelama kat wad..susah katanya. Bila tenguk bil kena RM7,000.00 lebih....kami buat rayuan tadi kat IJN..alhamdulliah dapat kurang RM300.00 ajer..syukur...

Yana yang masak nasi minyak ni..akak suruh dia belajar buat...nanti kalau dah kawin senang..ikut resepi Ah Mat Gebu. Memang sedap nasi minyak ni bila baru masak.
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
- 2 camca besar minyak sapi
- 1 pokok daun ketumbar, kerat kasar2
- 1 biji bawang besar, hiris halus
- 2 inci halia, dititik
- 3 ulas bawang putih, dititik
- 3 helai daun pandan, disimpul
- 700 ml stok ayam (kalau tak de, guna 700 ml air + 1 kiub ayam "maggi")
- 300 ml susu cair
- Garam secukup rasa
- 1 batang kayu manis*
- 1 kuntum bunga lawang*
- 3 biji buah pelaga*
- 5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
- 1/2 cawan kismis-tak letak
- akak tambah sedikit pewarna kuning-nak bagi cantik
- Hirisan daun sup/daun bawang
- Bawang goreng
- Kacang pis
- Kacang gajus yang digoreng
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Matikan api.
2. Tuang beras tadi dalam periuk nasi elektrik. Tambah susu cair, daun ketumbar dan juga stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, tabur kismis dan biar betul-betul tanak. Akak suruh Yana cucuk guna chopstik buat lubang dan masukkan pewarna kuning dan pastu tutup kejap dan baru
4. Gemburkan nasi menggunakan chop stick (cukup sekadar 3 - 4 kali gembur, kalau banyak kali nanti nasi patah2).
5. Hias dengan bahan-bahan tabur dan hidangkan bersama juadah2 lain seperti di bawah....Selamat mencuba untuk semua!!..