NAK DUIT RAYA TAK?

Cabaran Duit Raya 2014

Shopping Time

Lazada Malaysia

Ahad, Mac 07, 2010

Ikan Siakap Tiga Rasa Kak Liza

gambar lama hilang..akak letak gambar ikan bawal tiga rasa
Masak semalam..fening jugak bila ada ikan siakap dalam stok...puas fikir nak masak apa...nasib baik teringat kat blog ummi ada resepi ikan siakap kak liza..apa lagi terus ajer salin dan goreng petang semalam. Resepi asal dari
Kak Liza dari buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza..oleh sebab akak tak beli akak minta resepi dari Ummi ajerlah yer...sayang Ummi..muaaahhhh
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (tak letak)
  • 1/3 biji capsicum hijau
  • 1 biji tomato - didadu kasar)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
    akak tambah-1 batang daun ketumbar (potong kasar)
    1 batang saderi
    1/2 batang lobak merah-nak habiskan stok
    1 biji bawang merah-potong bulat
Cara-Cara:-
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.

12 ulasan:

  1. salam kak ina, sy dah translate dah entry contest tu..jemputlah tgk semula ye..kalo kak ina dpt war2kan kat kwn2 ok gak..:)

    BalasPadam
  2. waaaah memang sedap ikan siakap masak 3 rasa ni..terliur pula menengoknya;)
    www.marikelih.blogspot.com

    BalasPadam
  3. perggghhhhhhhhh.....resepi ini memang tak bole lawan punya!!!memang sedap....

    BalasPadam
  4. wah kak ina...sedap sungguh menu hari ni...siap ada dgn menu minum ptg lagi...rajin betul la akak nih...

    BalasPadam
  5. salam catlina..ok nanti akak gi jenguk yer..


    salam zaila..memang sedap..jomlah cuba buat..


    salam ibu_umairah..kalau sedap lehlah cuba buat sendiri yer..

    salam ima..rajin tak rajin kenalah buat ..sebab semua nak makan..
    salam

    BalasPadam
  6. salam akak, saya copy gmbr dari entry ni ke blog saye!

    nk cube resipi ni nnt..

    BalasPadam
  7. saya dah cuba masakan ni.....tahniah dan terima kasih...memang sedap. sekejap je siakap 1.2 kilo yg saya pancing, lenyap...

    BalasPadam
  8. Nmpk sedap...nk try msk tghari ni la..:-)

    BalasPadam
  9. da try.. tapi ain modified sikit la.. memang sedap!! thanks for the resipi ^^v

    BalasPadam
  10. salam akak..sya bru nk try ai ni resepi akak tu...nk cuba best x...hahaha

    BalasPadam
  11. mualaikumsalam tanpa nama..dah cuba ker belum?

    BalasPadam
  12. terima kasih kak... nak cuba utk berbuka puasa ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...