OOO

Rabu, Jun 23, 2010

Chewy Gooey Yummy Brownies dan Kenduri Coklat

 
Akak ambil resepi ni dari  Azita dan beliau ambil dari blog Leen (Cetusan Selera). Tapi resepinya dah ubah sikit dari yang original tapi masih ikut cara Leen....rasa memang mantappp
Bahan-bahan :
  • 125 gm mentega
  • 200 gm dark chocolate - saya guna cooking chocolate biasa je
  • 3 biji telur
  • 1 ½ cawan gula kastor 
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 ½ cawan tepung - diayak
  • 1/3 cawan serbuk koko - diayak
  • 2 cawan kekacang cincang (pilihan sendiri) -akak letak 1 cawan hazelnut cincang dan almond cincang
Cara-cara :
  1. Panaskan oven ke 180 darjah Celcius. Sapu loyang 8"x11" dengan mentega. Alaskan dasarnya dengan baking paper, biarkan ada lebih di kedua2 hujung yang panjang.
  2. Masak mentega dan cokelat dengan kaedah double-boiler sehingga cair. Masukkan gula kastor dan kacau rata. Angkat magkuk dari air mendidih. 
  3. Tambahkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau rata. Tambahkan esen vanilla dan kacau lagi. 
  4. Masukkan pula tepung dan serbuk koko yang telah diayak. Kacau rata.
  5. Masukkan pula kekacang dan kacau rata lagi.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
  7. Biarkan sejuk sebelum dipotong & dihias dengan topping pilihan.
Topping akak buat cara akak...
Topping :
  • 250gm coklat masakan (jenama Tulip)
  • 50gm whipped cream
  • sedikit gula warna warni (ikut suker)
 Semua bahan kecuali gula hiasan  dimasak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair.  Tuangkan atas brownies dan taburkan gula warna warni dan biarkan coklat sejuk.
 Ayam terhangus sikit kat bawah...tak perasanlah...sorry yer dan
Brownies  yang akak bagi kat http://www.eyriqazz.com/2010/06/tertunailah-hasrat-di-hati.html
 sebab Gto  sudi belikan coklat masa gi bercuti ke Pulau Langkawi minggu lepas..terima kasih sekali lagi...kalau gi lagi...bolehlah belikan lagi.

14 ulasan:

  1. sedapnya tengok..bila la dapat rasa ni

    BalasPadam
  2. wahhhh kecur air liur tengok...padahal baru td saya melantak blueberry chocolate cake...sedap!!!!

    BalasPadam
  3. cedap tengok choc tue yum..yum...

    BalasPadam
  4. Mak...nak kinder bueno n kiss
    tuh!!

    BalasPadam
  5. wah kak ina sedapnyer, pos la kat ieda skit, uhuhuh!! (muka tak malu) ;)

    BalasPadam
  6. yummy3!!
    akak,tepung tu guna tepung gandum je ke??

    BalasPadam
  7. salam kak ina...yaayy!seronoknyer tgk brownies..n ada bounty skali-munch3x!sedapnyerrrr :D

    BalasPadam
  8. vote for the ayams....
    tetibe jer... :)

    BalasPadam
  9. BANYAKNYA DPT COKLAT TAPI SAYA TAK MAKAN COKLAT HE HE HE

    BalasPadam
  10. terkeluar selera padahal baru abis makan tadi.heheh

    BalasPadam
  11. Salam Kak Ina..salam kenal juga..bestnya byk coklat nyum3

    BalasPadam
  12. Salam kak, bila tengok resipi macam2 ni, jadi semangat nak try buat. hehe..mesti suami suka, kalau tak asyik main beli je.

    BalasPadam
  13. salam zureen@mama..salam kenal juga..link kamu salah kot...tak jumpalah..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers