OOO

Ahad, Jun 06, 2010

Kormak Daging Kambing


 Ambil resepi ni dari blog Ah Mat Gebu.  Masakan ni orang Johor panggil "kormak".  Macam kurma biasa tapi cara nak memasaknya memang lain betul.  Resepi ni Mat dapat dari blog Tulip Kasih yang Mat Gebu panggil Kak Zura.

Akak beli daging kambing ni kat Segamat.  Sedap tau..nanti cuberlah buat yer.
  
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging batang pinang -akak guna daging kambing
1/2 cawan susu cair + perahan 1/2 biji limau nipis = jadikan tairu
2 camca besar minyak sapi
1 cawan susu cair
1 biji bawang besar, dibelah empat
5 biji kentang sederhana besar
3 tangkai daun pudina
3 pelepah daun sedari
1 camca besar air mawar
10 biji kacang badam
2 camca besar ketumbar*
1/2 camca besar jintan manis*
1/2 camca teh jintan putih*
1/2 camca teh sajira (jika ada....mat tak letak sebab tak de)*akak pun tak tahu apa benda ni..jadi tak letak
1/2 camca besar lada putih biji*
5 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 biji pala*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Garam dan gula secukuprasa
akak tambah..3 biji cili merah, buah tomato di belah 4

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong kiub sederhana besar, cucuk dengan garfu, cuci dan toskan. Badam direndam dalam air panas, kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk lumat. Kentang dikupas dan belah 2, rendam.
  2. Masukkan daging tadi dalam satu bekas, campur dengan bahan kisar halus dan badam tumbuk, gaul rata dan perap 10 minit (mat perap 30 minit). Tuang dalam periuk atau kuali dan masukkan susu cair, minyak sapi, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam, gula dan air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Biar mendidih.
  3. Bila daging 1/2 empuk, masukkan kentang dan tairu, belahan bawang besar, daun pudina dan daun saderi, masak dengan api sederhana hingga kentang lembut dan kuah pekat dan masukkan cili merah dan tomato.
  4. Akhir sekali masukkan air mawar, kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani atau pun sedap dimakan bersama roti benggali!!....

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    saya pasal kambing ni memang kegemaran
    masak apa pun
    sodap belako
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. tak biase mkn daging kambing,tak minat kot.......hehe
    resepi ni nampak menyelerakan.......:)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers