OOO

Memaparkan catatan dengan label daging batang pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daging batang pinang. Papar semua catatan

Khamis, Disember 16, 2010

Resepi Daging Masak Merah

Buntulah nak masak. Selak-selak jumpa resepi yang pernah akak buat dulu. Daging masak merah ni sepatutnya letak pewarna merah masa merebusnya. Kali ini akak tak buat sebab pewarna merah dah habis.

Resepi ni akak ambil dari blog Puan Ummi.

Bahan:-
300 gm daging lembu -akak guna daging batang pinang
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
1. Hiris daging lebih kurang 5cm.
2. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit).
6. Tambahkan sedikit garam dan kicap air.
7. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar.
8. Tutup api dan hidangkan.

Khamis, Julai 15, 2010

RESEPI NUE NAM TOK@GRILL DAGING PEDAS DAN MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN JANTUNG PISANG..

Mula-mula nak ucap ribuan terima kasih buat Cikgu Naman yang telah bersusah payah buatkan harder untuk akak....akak memang fail tentang nak godek nak buat ni semua...terima kasih yer cikug..budimu akan ku kenang. Dia ada buat peraduan tau..nak tau check it out kat SINI. Cepat sebelum terlambat.

Nasib baik ada stok daging salai..Yana ada sebut nak makan grill daging pedas. Akak beli kat Pedas masa balik dari kerja kawin sepupu kat Melaka bulan lepas. Daging salai ni memang pure sebab dimasak secara tradisional. Nanti balik lagi ke Segamat kena beli lagi...simpan buat stok, sebab berbaloi kalau beli dari pada asap masuk mata bila salai sendiri.
Oleh sebab akak dah ada daging salai..akak tak yahlah bakar/grill lagi daging batang pinang. Hiris ajer tipis-tipis daging salai tu.

Nor yang terjemahkan resepi ni dari buku resepi masakan thai. Terimakasih bebanyak yer.Cuber yer jangan tak cuber...rugi sape yang tak nak cuber buat resepi ni.

Bahan-bahan
Bahan A
  • 250 g daging batang pinang
  • 1 camca besar kicap
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Bahan B
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina, diracik
  • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
  • Hirisan daun bawang
  • 2 camca besar gula (akak letak 1 sudu besar gula kabung/1 sb gula putih)
  • 2 camca besar sos ikan
  • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
  • Hirisan halus cili padi secukupnya @ dried chili flakes
  • 1 biji tomato, dihiris kecil
  • akak tambah 1 biji bawang holland-racik halus
  • 1 batang cili merah-hiris serong
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan-bahan A, dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa.
  3. Taburkan kepingan cili (dried cili flakes).Akak suker masukkan ke dalam peti sejuk sebentar..lagi sedap rasanya.
  4. Hidangkan sebagai pembuka selera.
Akak beli 1/2kg RM15.00..boleh masak 2 jenis masakan..separuh masak lemak cili api dengan jantung pisang...pastu ada pulak cencaluk...wallllaaaaa berpeluh weii..
Beli cempedak kat Pasar Tani Jalan Tang Ling minggu lepas..isi tak berapa cun..pastu tipis ajer..nasib baik bila di goreng cepat habis.. tinggal yang ni ajer yang akak sempat ambil gambar.

    Ahad, Julai 04, 2010

    Resipi Kurma Daging Tomato

    Dah siap masak ker?  Ataupun tengah fikir nak masak apa yang special untuk hari cuti ni...sekali sekala..kenalah masak kan...resepi ni akak ambil dari rumah chef Ah Mat Gebu lagi..

    Sape yang tak kenal Ah Mat Gebu..rasanya yang suka masak ni memang suker ke blog beliau. Sebab beliau ni adalah salah satu kumbang di antara puluhan bunga di alam blog yang pandai memasak.  Akak buat kurma ni bersama-sama dengan nasi hujan panas..kalau tertarik bolehlah mencubanya.


    BAHAN-BAHANNYA :-)
    • 500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
    • 3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
    • 1 biji bawang besar, belah 4
    • 2 biji cili merah, dibelah dua
    • 1 keping asam gelugor
    • 2 1/2 camca besar rempah kurma
    • 1 camca besar kerisik
    • 1 camca besar gula melaka
    • 2 camca besar tomato paste
    • 1 liter air
    • 1 cawan susu sejat
    • 1 camca besar bawang goreng
    • Garam secukup rasa

    BAHAN KISAR HALUS :-)
    • 1 biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1/2 inci kunyit hidup
    • 2 biji cili merah
    • 1 biji tomato
    • 2 camca teh lada hitam biji
    • 2 biji buah keras

    BAHAN TUMIS :-)
    • 3 biji bawang merah, dihiris
    • 1 biji bawang putih, dihiris
    • 1 batang kayu manis
    • 1 kuntum bunga lawang
    • 2 biji buah pelaga
    • 4 kuntum bunga cengkih

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
    2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
    3. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..
     Untuk  resepi nasi hujan panas..sila jenguk kat SINI.
    kalau buat nasi ni memang habis selalu...nasi minyak..anak-anak kurenggg 
    dan papadum..bukan tak nak buat dalca ataupun jelatah ..
    semua tu kalau buat membazir..anak-anak tak sentuh pun..
    dulu buat jelatah...terkulat-kulat akak menghabiskannya

      Ahad, Jun 06, 2010

      Kormak Daging Kambing


       Ambil resepi ni dari blog Ah Mat Gebu.  Masakan ni orang Johor panggil "kormak".  Macam kurma biasa tapi cara nak memasaknya memang lain betul.  Resepi ni Mat dapat dari blog Tulip Kasih yang Mat Gebu panggil Kak Zura.

      Akak beli daging kambing ni kat Segamat.  Sedap tau..nanti cuberlah buat yer.
        
      BAHAN-BAHANNYA :-)
      1 kg daging batang pinang -akak guna daging kambing
      1/2 cawan susu cair + perahan 1/2 biji limau nipis = jadikan tairu
      2 camca besar minyak sapi
      1 cawan susu cair
      1 biji bawang besar, dibelah empat
      5 biji kentang sederhana besar
      3 tangkai daun pudina
      3 pelepah daun sedari
      1 camca besar air mawar
      10 biji kacang badam
      2 camca besar ketumbar*
      1/2 camca besar jintan manis*
      1/2 camca teh jintan putih*
      1/2 camca teh sajira (jika ada....mat tak letak sebab tak de)*akak pun tak tahu apa benda ni..jadi tak letak
      1/2 camca besar lada putih biji*
      5 biji bawang merah*
      6 ulas bawang putih*
      2 inci halia*
      1/2 biji pala*(*dikisar halus)
      1 batang kayu manis
      3 biji buah pelaga
      5 kuntum bunga cengkih
      Garam dan gula secukuprasa
      akak tambah..3 biji cili merah, buah tomato di belah 4

      CARA MEMBUATNYA :-)
      1. Daging dipotong kiub sederhana besar, cucuk dengan garfu, cuci dan toskan. Badam direndam dalam air panas, kemudian, kupas kulitnya dan tumbuk lumat. Kentang dikupas dan belah 2, rendam.
      2. Masukkan daging tadi dalam satu bekas, campur dengan bahan kisar halus dan badam tumbuk, gaul rata dan perap 10 minit (mat perap 30 minit). Tuang dalam periuk atau kuali dan masukkan susu cair, minyak sapi, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam, gula dan air secukupnya (anggaran 1 1/2 cawan). Biar mendidih.
      3. Bila daging 1/2 empuk, masukkan kentang dan tairu, belahan bawang besar, daun pudina dan daun saderi, masak dengan api sederhana hingga kentang lembut dan kuah pekat dan masukkan cili merah dan tomato.
      4. Akhir sekali masukkan air mawar, kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani atau pun sedap dimakan bersama roti benggali!!....

      Selasa, Jun 01, 2010

      Daging Pedas Berempah

      Masak daging ni resepi dia akak ambil dari rumah Ummi..Ummi cilok dari rumah
      Che'Izza ...biasalah tu kan..bertukar-tukar resepi.

      Bahan A:-
      1/2 kg. daging
      1 inci lengkuas - di ketuk
      2 ulas bawang putih - ditumbuk
      1/2 inci halia - ditumbuk
      Bahan B:-
      * 3 biji bawang merah
      * 2 ulas bawang putih
      * 1/2 inci halia
      * 1/2 inci kunyit hidup
      * 2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan jintan manis
      * 1 batan serai
      * 5 batang lada hidup
      2 sudu besar cili boh
      2 sudu besar sos tomato/cili
      sedikit garam dan gula
      perasa jika suka
      Cara Memasak:-
      1. Potong daging kepada beberapa bahagian. Rebus hingga empuk bersama bahan A. Angkat dan sejukkan. Hiris nipis. Simpan air rebusan daging.
      2. Kisar semua bahan bertanda (*) pada bahan B.
      3. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga garing. Masukkan bahan yang sudah dikisar, kacau hingga garing dan terbit minyak.
      4. Masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging.
      5. Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Biarkan masak hingga kuah agak kering berminyak. Siap untuk disantap!!

      Ahad, Mei 09, 2010

      Daging Masak Merah

      Sedap tau..jangan lupa buat yer..tak yah beli kat kedai lagi.

      Bahan:-
      300 gm daging lembu-akak gunakan daging batang pinang..jadi rebus kejap aje dgn pewarna merah
      2 biji bawang besar (dihiris bulat)
      3 ulas bawang putih (dititik)
      125 gm sos tomato
      2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
      4 sudu besar cili kering (dikisar)
      sedikit kicap cair
      garam secukup rasa
      sedikit gula (*ummi tambah ni)
      sedikit air
      minyak untuk menumis
      akak tambah 1 biji bawang merah di potong bulat

      Cara Memasak:-
      Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). Tambahkan sedikit garam dan kicap air. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar.

      Adsense

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...