OOO

Ad

Sabtu, Julai 17, 2010

Perigi Hang Tuah..Sejarah, Lagenda Atau Mitos

Mula-mula hb ajak hari Sabtu masa gathring Gengblogger...aduhai akak dah frust dah...sebab memang bersemangat nak jumpa member baru. Alhamdulliah dia dengar pendapat akak..dan tukar ke hari Ahad. Nasib baik akak pujuk baik punya sampai dia ikut kata akak. Kalau idak tak merasa keluar muka dalam suratkhabar Kosmo.
Kami bertolak agak lambat. Dalam pukul 11.00 pagi..almaklumlah hari minggu kan hari bangun lambat.  Sampai kat Air Kroh perut dah lapar.  Ajak suami makan dulu di sini..tak nak susahkan kakak ipar dan anak beranak dia.  Beliau baru ajer balik dari hospital melaka.
Memang berbaloilah makan kat sini..sedap dan murah...ada kari kambing, sup kambing, ayam kicap, sayur dan masak lemak pisang muda.  Kedai makan ni lebihkurang 2 km sebelum sampai ke simpang nak gi ke Perigi Hang Tuah
Semua ni termasuk cendul ..nasi untuk  3 orang dewasa dan 1 kanak-kanak (nasi ayam) tak sampai RM50.00 ..berbaloi sungguh.  Oleh sebab rumah kakak ipar dekat dengan Perigi Hang Tuah akak ajak suami singgah kejap..dah lama tak pergi...dulu pernah pergi sekali...tapi tak ada kamera..lagipun Yana nak beli barang kat situ
 Sumber : Wikipedia
Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Dulu kat langkawi pun Imran dah cuber ambil air di perigi kat sini pun dia nak cuber jugak..org tak pernah jumpa perigi lah katakan...excited sungguh...mak dia pun sibuk nak interframe..akak taklah nak ambil air perigi buat ubat.  basuh ajer muka akak dan imran...air dia taklah sejuk sangat..
 
Nak naik Rumah Tradisional Melayu Melaka kena bayar RM1.00.....murah kan..semua naik tenguk khazanah lama..seronok tenguk khazanah lama yang tersimpan kat rumah ini
Nak buktikan akak pernah masuk kat umah ni..kenalah snap kan.
tudung senget..tak perasan..
 Imran ambil kesempatan try pukul beduk...manalah ada orang pukul beduk lagi kat bandardia excitedlah nak mencuber dengan bimbingan ayah dia
Bakal peserta gadis melayu anjuran tv9..kah...kah..kah..mak dia berangan lagi....sebenar akak suker tenguk tangga melaka ni...berwarna warni
Yana beli nak bawak balik india..dia nak buat kueh melaka aka ondeh-ondeh, sambal tumis dan sambal belacan..dalam bungkusan tu cencaluk..
ada keturunan orang melaka..cencaluk mana boleh tinggal kat india pun dia nak makan..kalaulah rakyat india tenguk cencaluk ni mesti dia orang hairan kan.

Lepas tu kami ke rumah kakak ipar. Ya Allah sayunya rasa hati melihat dia dah tinggal tulang ajer.  Ashik kena kimoterapi sebab ada penyakit kanser (limfoma-entah betul ker idak ejaan idak) Menangis dia melihat kedatangan kami.  Semuga beliau cepat sembuh.

5 ulasan:

  1. salam kak ina...bestnyer jln2 p negeri hang tuah!abc tu sedapnyerrrrrrr.....inang2 x bw balik skali ke kak...goreng, mkn ptg2 sedap woo :D

    BalasPadam
  2. Salam kak,
    dulu saya pernah juga sampai Melaka.. tapi masa tu lawatan singkat, jadi tak sempat melawat perigi Hang Tuah tu.. Mungkin suatu hari nanti dapat juga menjejak kaki ke sana

    BalasPadam
  3. Salam kak, saya hantu kambing...btol sedap ke?huhu..teliur da nak try. hehehe

    BalasPadam
  4. boleh mandi ke kat situ kak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers