OOO

Memaparkan catatan dengan label melaka bersejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melaka bersejarah. Papar semua catatan

Khamis, Julai 22, 2010

Maya Tailor di Melaka Sentral (Promosi Kedai Pak Saudara Akak)

Mase  pergi ke Melaka dulu (yang gi ke Perigi Hang Tuah) suami akak teringin pulak nak jumpa bapa saudara akak..dulu selalu lalu tak lah teringin dia nak singgah kat kedai jahit ni.
isteri dia yang sebenarnya mak saudara kak...adik perempuan abah..
mereka suami isteri berniaga kat kedai di Melaka Sentral.
Rupernya suami akak nak tempah seluar kata sini...nak tolong orang melayu katanya...ashik beli seluar dah siap ajer...dia nak merasa pulak camner pakai seluar tempah..

Sape nak tempah kot pun boleh..tak semahal kedai cina di Kuala Lumpur.  masa akak sekolah lagi pakcik Atan dah mula  berniaga..sebelum tu berniaga di arked Mara rasanya..jalan dah luper..kedai tu dah tak ada..kenalah dia pindah kat sini..kiranya dah berpengalamanlah beliau ni.
waduh...dia ni pun peminat barang antik...tenguklah pemain rekod ni (apa ek nama dia) masih elok lagi..syoknya kalau dapat...Pakcik siapkan putar benda tu dan bubuh rekod nak show kat kami yang benda ni masih elok lagi..dia beli tak mahal masa tu....skrg ni harga benda dah mahal giler.
 kain sampin pun ada di jual di sini..sape nak jadi pengantin baru
ataupun nak tambah isteri baru boleh beli ajer kat sini..ahaks
Baru akak tau Dato"-Dato's pun tempah seluar kat sini (sebab tak  pernah pun pergi ke sini..jadi tak tahulah) ...salah satu ialah Dato Sarji (luperlah sape dia)..patutlah harga seluar kat sini boleh tahan harganya...tapi taklah semahal Sparkmanshop.  Dato' tu pun pandai jugak cari kedai tak mahal..sanggup bayar duit minyak dan tol ..semata-mata nak ke sini...bagus Dato' tu kan..tolong orang Melayu bisnes.

Ashik promosi orang lain..kali ni akak promosi kedai pak saudara akak pulak...baju melayu pun boleh tempah...baju sutera lelaki pun dia boleh jahit....kalau nak tempah pakaian perempuan gi ke kedai isteri dia tak jauh dari kedai ini.

Sabtu, Julai 17, 2010

Perigi Hang Tuah..Sejarah, Lagenda Atau Mitos

Mula-mula hb ajak hari Sabtu masa gathring Gengblogger...aduhai akak dah frust dah...sebab memang bersemangat nak jumpa member baru. Alhamdulliah dia dengar pendapat akak..dan tukar ke hari Ahad. Nasib baik akak pujuk baik punya sampai dia ikut kata akak. Kalau idak tak merasa keluar muka dalam suratkhabar Kosmo.
Kami bertolak agak lambat. Dalam pukul 11.00 pagi..almaklumlah hari minggu kan hari bangun lambat.  Sampai kat Air Kroh perut dah lapar.  Ajak suami makan dulu di sini..tak nak susahkan kakak ipar dan anak beranak dia.  Beliau baru ajer balik dari hospital melaka.
Memang berbaloilah makan kat sini..sedap dan murah...ada kari kambing, sup kambing, ayam kicap, sayur dan masak lemak pisang muda.  Kedai makan ni lebihkurang 2 km sebelum sampai ke simpang nak gi ke Perigi Hang Tuah
Semua ni termasuk cendul ..nasi untuk  3 orang dewasa dan 1 kanak-kanak (nasi ayam) tak sampai RM50.00 ..berbaloi sungguh.  Oleh sebab rumah kakak ipar dekat dengan Perigi Hang Tuah akak ajak suami singgah kejap..dah lama tak pergi...dulu pernah pergi sekali...tapi tak ada kamera..lagipun Yana nak beli barang kat situ
 Sumber : Wikipedia
Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Dulu kat langkawi pun Imran dah cuber ambil air di perigi kat sini pun dia nak cuber jugak..org tak pernah jumpa perigi lah katakan...excited sungguh...mak dia pun sibuk nak interframe..akak taklah nak ambil air perigi buat ubat.  basuh ajer muka akak dan imran...air dia taklah sejuk sangat..
 
Nak naik Rumah Tradisional Melayu Melaka kena bayar RM1.00.....murah kan..semua naik tenguk khazanah lama..seronok tenguk khazanah lama yang tersimpan kat rumah ini
Nak buktikan akak pernah masuk kat umah ni..kenalah snap kan.
tudung senget..tak perasan..
 Imran ambil kesempatan try pukul beduk...manalah ada orang pukul beduk lagi kat bandardia excitedlah nak mencuber dengan bimbingan ayah dia
Bakal peserta gadis melayu anjuran tv9..kah...kah..kah..mak dia berangan lagi....sebenar akak suker tenguk tangga melaka ni...berwarna warni
Yana beli nak bawak balik india..dia nak buat kueh melaka aka ondeh-ondeh, sambal tumis dan sambal belacan..dalam bungkusan tu cencaluk..
ada keturunan orang melaka..cencaluk mana boleh tinggal kat india pun dia nak makan..kalaulah rakyat india tenguk cencaluk ni mesti dia orang hairan kan.

Lepas tu kami ke rumah kakak ipar. Ya Allah sayunya rasa hati melihat dia dah tinggal tulang ajer.  Ashik kena kimoterapi sebab ada penyakit kanser (limfoma-entah betul ker idak ejaan idak) Menangis dia melihat kedatangan kami.  Semuga beliau cepat sembuh.

Rabu, Mei 19, 2010

Last Part gi Melaka

Lepas beli coconut shake kat Klebang...kami minum sikit ajer..sebab kenyang lagi..baru lepas makan ....kami terus check in kat Hotel Sri Malaysia di Air Keroh...suker gi sini sebab bersih...lagipun ramai orang islam..menginap kat sini...harga pun tak mahal sangat.
tak ada minuman keras..pemandangan pun cantik..
 
yang paling penting ada kolam renanglah..sebab 2 orang budak kecik suka mandi manda.....akak dan driver aka manager aka firdaus lepak..titun dalam bilik..Imran pulak ..Ira tolong jaga.sebab dia boleh berenang.
yang paling best sekarang tak payah bawak iron..semua di sediakan
cuma nak basuh dan keringkan kain baju ajer kena bayar ..yang  bagus  sebab ada wifi
lepas maghrib kami gi ke klebang lagi..kali ni tak perasan kat mana..dulu pernah makan kat sini dulu..masa tu duduk kat Shah Beach Motel di Tanjung Kling..restoren ni depan sikit dari motel ni..tak perasan apa nama restoren ni..dan nama jalan..
Tapi tahulah nak gi sana tu....agak jauh jugak dari Air Kroh..makan masa 30-40 minit nak gi ke situ..jauh-jauh pun sebab sedap dan murah..beli satay kat kedai sebelah..makan..minum dan beli satay tak sampai RM40.00..

Dalam perjalanan balik beli belacan, cencaluk dan makanan ringan..murah tau beli tepi jalan klebang ni..murah dari kat bandar.

Hari Ahad..lepak..malas nak jejalan sebab nak balik cepat ...lepas   Ira dan Imran  mandi mandi....kami bertolak balik ke Kuala Lumpur..hujan lebat  pulak tu sepanjang perjalanan...tak boleh bawak laju..


Alhamdulliah sampai cepat  dalam pukul 3.00 petang dan lepas tu akak kerahkan Russhdi hantar balik Ira ke asrama di Rawang.
Memang nak gi lagi ke melaka..sebab ada yang belum tertunailah hasrat dihati lagi..lagi pun akak pun ada jugak darah keturunan melaka..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...