Fuh..dah lama sungguh akak order acuan takoyaki ni kat member yang tinggal di Bangkok. Nak buat takoyaki tak buat-buat. Sebab nak beli bahan yang original kena cari kat Jaya Jusco Mid Valley. Bila pergi luper pulak nak tulis bahan yang nak di beli. Sebab bahan original dari Jepun akak bukannya ingat pun nama bahan tu.
Semalam Yana belanja Ira dan Imran gi tenguk wayang kat Mid Valley. Akak tak masuk sebab akak jejalan kat Jaya Jusco tenguk barang yang tengah sales..tapi dah memang nekad tak beli dulu barang nak pakai raya.survey harga dulu. Nama bahan Jepun tu akak dah siap tulis dari malam Sabtu ..takut tak ingat lagi nama bahan tu.
Nasib baiklah ada budak melayu yang tolong carikan bahan ni. Kalau idak mengagau jugak nak mencari kat bahagian barangan jepun kat jaya jusco tu. Akak call jugak Maz tu..nak confirmkan betul tak bahan-bahan tu.
Resepi takoyaki ni ada macam-macam versi. Akak ambil kat rumah
Hana dan rumah
Maz...pastu akak campur adukkan. Hana panggil
Kaniyaki Maz panggil takoyaki..what everlah .
Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak makan takoyaki buatan sendiri.
Bahan-bahan
- *225g tepung takoyaki - boleh ddapati di jusco section japanese food(RM10.90)
- *100g @ 2 biji telur size M
- *580ml air berisi ais -resepi asal 700ml-(baik buat 580ml..tak lembek sgt
- 1/2 tsp granulated dashi-akak beli yang dah siap paket kecik-kecik. Akak guna 1 peket (RM5.90)
- minyak sayur untuk melengser acuan.
Bahan Isi
- tako@sotong -(pakai yang biasa ajer..nak pakai kurita paul pun boleh ahaks)
- sotong potong kecik, toskan, kemudian gaulkan sotong dengan 1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik minyak bijan serta sedikit pewarna merah (lebih kurang mcm yg jusco buat la ni..hehe (jangan letak air ye). Kemudian masak sekejap (dalam 6-8 min)
- kubis - cincang halus
- crab stik-siat kecik
- daun bawang-hiris halus
Bahan Topping
- sos okonomiyaki (RM9.90)- kalau tak jumpa boleh guna kicap manis+sos tiram
- mayoni-akak masukkan dalam plastik...senang nak picit
- fish flakes @ ikan parut (dried bonito fish flakes)RM7.90
- nori halus-tak beli ..pastu menyesal..sebab tak cunlah
Cara-cara
- Campurkan semua bahan-bahan bertanda *. kacau supaya tidak berketul-ketul. (akak blender ajer..senang keroje)
- panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit.
- kalau takade boleh guna acuan kuih cara.
- Tuang adunan hingga penuh (dalam 1 1/2 sudu besar).
- Masukkan sotong 1 potong dan sedikit kobis cincang.. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
- Kikis lebihan-lebihan adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
- Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan letak minyak masak lagi agar bebola takoyaki ni jadi lebih garing.
- Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak sambil letak minyak sayur sikit... sekiranya minyak dah kering.
- Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. (Akak picit ajer dari dalam botol)
- Kemudian taburkan bonito flake dan picitkan mayonis. Akhir sekali tabur sedikit serbuk hijau...Siappp Sedap weiii....hehe...
- Sodap di makan panas-panas
note: kalau tak jumpa gak tepung takoyaki atau bahan-bahan yang lain,boleh cube resepi nih...jangan risau yer..tau.
homemade takoyaki by azwalissa myresipi atau boleh refer kat blog zaliana.
29 comments
macam sedap jek
tp halal ke erk
by lea on 18 Julai 2010 12:54 PTG. #
pelik gak benda alah ni tak pernah pulak makan
Segmen Kenali Blogger
by Sharinginfoz on 18 Julai 2010 12:55 PTG. #
salam kak ina
tq sharing nak beli kat mana bahan2 nya..sy pon ade acuan tako nie..oder dgn member kat japan
sy mmg gila makan benda nieh..esp yg sotong tuh...bestttttt sangat..
by Chempaqa on 18 Julai 2010 12:58 PTG. #
Assalamualaikum Kak Ina
kalau sincan tak makan
maka tak pernah dengar nama makanan tu, jauh sekali nak rasa, he he
lepas makan Imran pandai cakap jepun tak
Wassalam
by Rozali on 18 Julai 2010 12:59 PTG. #
salam kak ina...alahai,napelah x tinggal sbelah rumah kak ina :D
by Deliah's Deli on 18 Julai 2010 2:15 PTG. #
wahhh akakk.. pehni leh ckp jepung! kak..klu takoyaki buh sotong yg kaler merah pepel tuh! tako maksudnyer sotong. klu kaniyaki intikan ketam crabstick or isi ketamlah! kani maksudnyer ketam! klu buh udang plak ebiyaki! hihihihi.. klu buh lembu nnti kiter tulun terjemahkan! kikiki....
by hana on 18 Julai 2010 3:21 PTG. #
itadakimas
err..betulke bahasa jepang ni..hehe
Entri terbaru chekgu
Kekasih gelap?
by n@m@n on 18 Julai 2010 3:28 PTG. #
Kak Ina! Perghhh. Memang salute lah kat akak. Saya and husband memang suka makan takoyaki ni. Kat sini (Kota Kinabalu), kami beli kat Wisma Merdeka. Sanggup beratur panjang2 semata2 nak makan takoyaki ni. Pehhh, memang terhebatlah. Tak terpikir plak benda ni boleh buat sendiri, lagi puas hati. Kalau dah suka, apa pun boleh jadi kan kak. Syabas Kak Ina! *vangga kejap ;p
by aZLiNa aZiZ on 18 Julai 2010 4:06 PTG. #
Salam kak, macam sedap je..saya nak tempah bole???kasi 10 bungkus...buat bekal kat ofis.ngehehehe
http://furdunesia.blogspot.com
terima kasih krn Jengah MyThought :) Bila aku jd BIDAN...Bidan ape?tak kuat mental jgn tengok ye.hehe
by FareedSairi on 18 Julai 2010 4:15 PTG. #
kak kiterr pung kerr mid valleyy semalammm..tak terjumpaa plakk..huhuhhu
by ct_nurmarlissaa on 18 Julai 2010 4:45 PTG. #
alahai..pening baca bahan2 je.
nk buat lg pening saya nnti
by alinac lover on 18 Julai 2010 5:02 PTG. #
uummm.sedapnya..
by noor afzan on 18 Julai 2010 5:03 PTG. #
sedap ke mkanan jepun ni..bahan2 dia halal tak ek..tak pernah lagi makan makanan jepun ni..org kata sedap, betul ke?
by sweetsal on 18 Julai 2010 6:27 PTG. #
awek saya pndai wat sushi, kalaulah ada peluang nak bagi semua pembaca kat sini rasa..
by m6hidrogen on 18 Julai 2010 6:48 PTG. #
bestlah kak ina nie...pandai masak macam2..jadi kakak saya nak tak??
by ieda on 18 Julai 2010 7:22 PTG. #
my favvy.. tapi acuan dia nak beli katner kat mesia nih?
by yatie sawanila on 18 Julai 2010 8:37 PTG. #
bagus tul, nak sruh bini jinak2 ngn blog nie. hehehehe, untung nyer dapat rasa masakan2 yg tak pernah di rasa lg
by eelobor on 18 Julai 2010 11:24 PTG. #
buat i rasa nak makan sekarang
by Baby on 19 Julai 2010 1:28 PG. #
tak pernah makan makanan jepun..best ke ni
by - zuriey - on 19 Julai 2010 10:34 PG. #
alhamdulillah,dpt gak cari resipi takoyaki ni...tq kak ina yg sudi tunjukkan gmbo barang3 ni...senang sikit nk cari...ekeke
by SHIMA on 24 Julai 2010 9:57 PG. #
Sedapnya nampak takoyaki akak.... teringin plak nak mkn... Kak, kt mana nak bli acuan tu? brape harga?
by geez on 26 Julai 2010 2:05 PTG. #
InsyAllah nti nak cube,amek mase ehehe
memang lain dr yg lain
by Peri PiA on 1 Ogos 2010 4:32 PTG. #
nk bgtau..hati2 beli brg2 dr jpn ni..sbb saya dah puas melilau area jusco cr sos2 or byk brg jpn utk bt mskn jpn tp xde yg halal..sos okonomiyaki tu halal ke dah check??utk pengetahuan saya boleh baca tulisan jpn so bole tau halal ke tak..
by Tanpa Nama on 28 September 2010 8:48 PTG. #
nak tye, sos okonomiayki tu kat mane leh dapat halal punye?? check ari tu kat jusco sos die ade mirin. mirin tu bukan rice wine ker?? was was jer..
by harryposter on 27 November 2010 12:02 PG. #
Assalamualaikum nak tanya bole tunjuk x gambar sos okonomiyaki halal tu? nak ty carik gak.. THank you
by Tanpa Nama on 11 Julai 2011 8:16 PTG. #
Sodap,lau d kk p wisma merdeka tkt bawah 3biji rm3.sekli mkn mau lagi
by mel on 30 Januari 2012 9:07 PTG. #
Sodap,lau d kk p wisma merdeka tkt bawah 3biji rm3.sekli mkn mau lagi
by mel on 30 Januari 2012 9:09 PTG. #
Sodap,lau d kk p wisma merdeka tkt bawah 3biji rm3.sekli mkn mau lagi
by mel on 30 Januari 2012 9:11 PTG. #
slm kak,kak..blh tak tlg sye crikan tako maker dgn bahan2 nye sekali....adik suka sgt mkn takoyaki ni..nak jugak buat sendiri tp acuan nye n bahan2 nya xde kat sarawak ni....tlg sye ye kak.......
by miss masya on 22 Mei 2012 11:45 PTG. #
Catat Ulasan