OOO

Memaparkan catatan dengan label cara buat takoyaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara buat takoyaki. Papar semua catatan

Khamis, September 02, 2010

Takoyaki-Kudapan Jepun Lagi

 Bulan puasa kalau buat takoyaki memang kenyang.  Tak yah lagi makan nasi.  Kali ni beli  nori halus...kalau nak diikutkan tak yah beli nori tak per..tapi beli dah tabur nampaklah cantik sikit.


Ada yang tanya kat mana nak  beli acuan ni.  Akak pun order dari member.  Kalau nak buat sangat boleh guna acuan kueh cara.  Klah..kalau nak tenguk resepi gi ajer ke takoyaki.

Ahad, Julai 18, 2010

Takoyaki dan Kaniyaki-Kudapan Jepun Yang Enak Dan Lazat

Fuh..dah lama sungguh akak order acuan takoyaki ni kat member yang tinggal di Bangkok.  Nak buat takoyaki tak buat-buat.  Sebab nak beli bahan yang original kena cari kat Jaya Jusco Mid Valley.  Bila pergi luper pulak nak tulis bahan yang nak di beli.  Sebab bahan original dari Jepun akak bukannya ingat pun nama bahan tu.

Semalam Yana belanja Ira dan Imran gi tenguk wayang kat Mid Valley.  Akak tak masuk sebab akak jejalan kat Jaya Jusco tenguk barang yang tengah sales..tapi dah memang nekad tak beli dulu barang nak pakai raya.survey harga dulu.  Nama bahan Jepun tu akak dah siap tulis dari malam Sabtu ..takut tak ingat lagi nama bahan tu.

Nasib baiklah ada budak melayu yang tolong carikan bahan ni.  Kalau idak mengagau jugak nak mencari kat bahagian barangan jepun kat jaya jusco tu. Akak call jugak Maz tu..nak confirmkan betul tak bahan-bahan tu.


Resepi takoyaki ni ada macam-macam versi.  Akak ambil kat rumah Hana dan rumah Maz...pastu akak campur adukkan.  Hana panggil Kaniyaki Maz panggil takoyaki..what everlah .

Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak makan takoyaki buatan sendiri.

Bahan-bahan
  • *225g tepung takoyaki - boleh ddapati di jusco section japanese food(RM10.90)
  • *100g @ 2 biji telur size M
  • *580ml air berisi ais -resepi asal 700ml-(baik buat 580ml..tak lembek sgt
  • 1/2 tsp granulated dashi-akak beli yang dah siap paket kecik-kecik.  Akak guna 1 peket (RM5.90)
  • minyak sayur untuk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong -(pakai yang biasa ajer..nak pakai kurita paul pun boleh ahaks)
  • sotong  potong kecik, toskan, kemudian gaulkan sotong dengan  1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik minyak bijan serta sedikit pewarna merah (lebih kurang mcm yg jusco buat la ni..hehe (jangan letak air ye). Kemudian masak sekejap (dalam 6-8 min)
  • kubis - cincang halus
  • crab stik-siat kecik
  • daun bawang-hiris halus
Bahan Topping
  • sos okonomiyaki (RM9.90)- kalau tak jumpa boleh guna kicap manis+sos tiram
  • mayoni-akak masukkan dalam plastik...senang nak picit
  • fish flakes @ ikan parut (dried bonito fish flakes)RM7.90
  • nori halus-tak beli ..pastu menyesal..sebab tak cunlah
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan-bahan bertanda *. kacau supaya tidak  berketul-ketul. (akak blender ajer..senang keroje)
  • panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. 
  • kalau takade boleh guna acuan kuih cara.
  • Tuang adunan hingga penuh (dalam 1 1/2 sudu besar).
  • Masukkan sotong 1 potong dan sedikit kobis cincang.. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
  • Kikis lebihan-lebihan  adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
  • Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan letak minyak masak lagi agar bebola takoyaki ni jadi lebih garing.
  •  Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak sambil letak minyak sayur sikit... sekiranya minyak dah kering. 
  • Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. (Akak picit  ajer dari dalam botol)
  • Kemudian taburkan bonito flake dan picitkan mayonis. Akhir sekali tabur sedikit serbuk hijau...Siappp Sedap weiii....hehe...
  • Sodap di makan panas-panas
note: kalau tak jumpa gak tepung takoyaki atau bahan-bahan yang lain,boleh cube resepi nih...jangan risau yer..tau.
homemade takoyaki by azwalissa myresipi atau boleh refer kat blog zaliana.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...