OOO

Ahad, Julai 18, 2010

Takoyaki dan Kaniyaki-Kudapan Jepun Yang Enak Dan Lazat

Fuh..dah lama sungguh akak order acuan takoyaki ni kat member yang tinggal di Bangkok.  Nak buat takoyaki tak buat-buat.  Sebab nak beli bahan yang original kena cari kat Jaya Jusco Mid Valley.  Bila pergi luper pulak nak tulis bahan yang nak di beli.  Sebab bahan original dari Jepun akak bukannya ingat pun nama bahan tu.

Semalam Yana belanja Ira dan Imran gi tenguk wayang kat Mid Valley.  Akak tak masuk sebab akak jejalan kat Jaya Jusco tenguk barang yang tengah sales..tapi dah memang nekad tak beli dulu barang nak pakai raya.survey harga dulu.  Nama bahan Jepun tu akak dah siap tulis dari malam Sabtu ..takut tak ingat lagi nama bahan tu.

Nasib baiklah ada budak melayu yang tolong carikan bahan ni.  Kalau idak mengagau jugak nak mencari kat bahagian barangan jepun kat jaya jusco tu. Akak call jugak Maz tu..nak confirmkan betul tak bahan-bahan tu.


Resepi takoyaki ni ada macam-macam versi.  Akak ambil kat rumah Hana dan rumah Maz...pastu akak campur adukkan.  Hana panggil Kaniyaki Maz panggil takoyaki..what everlah .

Akhirnya tertunailah hasrat di hati nak makan takoyaki buatan sendiri.

Bahan-bahan
  • *225g tepung takoyaki - boleh ddapati di jusco section japanese food(RM10.90)
  • *100g @ 2 biji telur size M
  • *580ml air berisi ais -resepi asal 700ml-(baik buat 580ml..tak lembek sgt
  • 1/2 tsp granulated dashi-akak beli yang dah siap paket kecik-kecik.  Akak guna 1 peket (RM5.90)
  • minyak sayur untuk melengser acuan.
Bahan Isi
  • tako@sotong -(pakai yang biasa ajer..nak pakai kurita paul pun boleh ahaks)
  • sotong  potong kecik, toskan, kemudian gaulkan sotong dengan  1 sudu besar penuh sos tiram, 1 sudu besar okonomiyaki sos dan beberapa titik minyak bijan serta sedikit pewarna merah (lebih kurang mcm yg jusco buat la ni..hehe (jangan letak air ye). Kemudian masak sekejap (dalam 6-8 min)
  • kubis - cincang halus
  • crab stik-siat kecik
  • daun bawang-hiris halus
Bahan Topping
  • sos okonomiyaki (RM9.90)- kalau tak jumpa boleh guna kicap manis+sos tiram
  • mayoni-akak masukkan dalam plastik...senang nak picit
  • fish flakes @ ikan parut (dried bonito fish flakes)RM7.90
  • nori halus-tak beli ..pastu menyesal..sebab tak cunlah
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan-bahan bertanda *. kacau supaya tidak  berketul-ketul. (akak blender ajer..senang keroje)
  • panaskan acuan takoyaki dengan sapu minyak skit. 
  • kalau takade boleh guna acuan kuih cara.
  • Tuang adunan hingga penuh (dalam 1 1/2 sudu besar).
  • Masukkan sotong 1 potong dan sedikit kobis cincang.. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
  • Kikis lebihan-lebihan  adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
  • Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick dan letak minyak masak lagi agar bebola takoyaki ni jadi lebih garing.
  •  Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak sambil letak minyak sayur sikit... sekiranya minyak dah kering. 
  • Bila dah masak, angkat susun dalam pinggan. Sapu semua bebola takoyaki dengan okonomiyaki sos yang telah dibancuh dengan sedikit air pada keseluruhannya. (Akak picit  ajer dari dalam botol)
  • Kemudian taburkan bonito flake dan picitkan mayonis. Akhir sekali tabur sedikit serbuk hijau...Siappp Sedap weiii....hehe...
  • Sodap di makan panas-panas
note: kalau tak jumpa gak tepung takoyaki atau bahan-bahan yang lain,boleh cube resepi nih...jangan risau yer..tau.
homemade takoyaki by azwalissa myresipi atau boleh refer kat blog zaliana.

40 ulasan:

  1. salam kak ina
    tq sharing nak beli kat mana bahan2 nya..sy pon ade acuan tako nie..oder dgn member kat japan
    sy mmg gila makan benda nieh..esp yg sotong tuh...bestttttt sangat..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau sincan tak makan
    maka tak pernah dengar nama makanan tu, jauh sekali nak rasa, he he


    lepas makan Imran pandai cakap jepun tak

    Wassalam

    BalasPadam
  3. salam kak ina...alahai,napelah x tinggal sbelah rumah kak ina :D

    BalasPadam
  4. wahhh akakk.. pehni leh ckp jepung! kak..klu takoyaki buh sotong yg kaler merah pepel tuh! tako maksudnyer sotong. klu kaniyaki intikan ketam crabstick or isi ketamlah! kani maksudnyer ketam! klu buh udang plak ebiyaki! hihihihi.. klu buh lembu nnti kiter tulun terjemahkan! kikiki....

    BalasPadam
  5. itadakimas


    err..betulke bahasa jepang ni..hehe

    Entri terbaru chekgu

    Kekasih gelap?

    BalasPadam
  6. Kak Ina! Perghhh. Memang salute lah kat akak. Saya and husband memang suka makan takoyaki ni. Kat sini (Kota Kinabalu), kami beli kat Wisma Merdeka. Sanggup beratur panjang2 semata2 nak makan takoyaki ni. Pehhh, memang terhebatlah. Tak terpikir plak benda ni boleh buat sendiri, lagi puas hati. Kalau dah suka, apa pun boleh jadi kan kak. Syabas Kak Ina! *vangga kejap ;p

    BalasPadam
  7. Salam kak, macam sedap je..saya nak tempah bole???kasi 10 bungkus...buat bekal kat ofis.ngehehehe

    http://furdunesia.blogspot.com
    terima kasih krn Jengah MyThought :) Bila aku jd BIDAN...Bidan ape?tak kuat mental jgn tengok ye.hehe

    BalasPadam
  8. kak kiterr pung kerr mid valleyy semalammm..tak terjumpaa plakk..huhuhhu

    BalasPadam
  9. alahai..pening baca bahan2 je.
    nk buat lg pening saya nnti

    BalasPadam
  10. sedap ke mkanan jepun ni..bahan2 dia halal tak ek..tak pernah lagi makan makanan jepun ni..org kata sedap, betul ke?

    BalasPadam
  11. awek saya pndai wat sushi, kalaulah ada peluang nak bagi semua pembaca kat sini rasa..

    BalasPadam
  12. bestlah kak ina nie...pandai masak macam2..jadi kakak saya nak tak??

    BalasPadam
  13. my favvy.. tapi acuan dia nak beli katner kat mesia nih?

    BalasPadam
  14. bagus tul, nak sruh bini jinak2 ngn blog nie. hehehehe, untung nyer dapat rasa masakan2 yg tak pernah di rasa lg

    BalasPadam
  15. tak pernah makan makanan jepun..best ke ni

    BalasPadam
  16. alhamdulillah,dpt gak cari resipi takoyaki ni...tq kak ina yg sudi tunjukkan gmbo barang3 ni...senang sikit nk cari...ekeke

    BalasPadam
  17. Sedapnya nampak takoyaki akak.... teringin plak nak mkn... Kak, kt mana nak bli acuan tu? brape harga?

    BalasPadam
  18. InsyAllah nti nak cube,amek mase ehehe

    memang lain dr yg lain

    BalasPadam
  19. nk bgtau..hati2 beli brg2 dr jpn ni..sbb saya dah puas melilau area jusco cr sos2 or byk brg jpn utk bt mskn jpn tp xde yg halal..sos okonomiyaki tu halal ke dah check??utk pengetahuan saya boleh baca tulisan jpn so bole tau halal ke tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak dah refer dengan member yang duk di jepun..alhamdulliah mereka kata halal

      Padam
  20. nak tye, sos okonomiayki tu kat mane leh dapat halal punye?? check ari tu kat jusco sos die ade mirin. mirin tu bukan rice wine ker?? was was jer..

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum nak tanya bole tunjuk x gambar sos okonomiyaki halal tu? nak ty carik gak.. THank you

    BalasPadam
  22. Sodap,lau d kk p wisma merdeka tkt bawah 3biji rm3.sekli mkn mau lagi

    BalasPadam
  23. Sodap,lau d kk p wisma merdeka tkt bawah 3biji rm3.sekli mkn mau lagi

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  25. slm kak,kak..blh tak tlg sye crikan tako maker dgn bahan2 nye sekali....adik suka sgt mkn takoyaki ni..nak jugak buat sendiri tp acuan nye n bahan2 nya xde kat sarawak ni....tlg sye ye kak.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaflah miss masya..lambat repyly
      member yang duk kat bangkok dah pindah ke jepun..x leh lah nak suruh dia belikan ..maaf yer

      Padam
  26. Balasan
    1. cuba tenguk kat https://www.facebook.com/pages/Suealeens-Gifts-Things-Boutique/284876831581868?directed_target_id=0

      Padam
  27. kak ina yg kaler pink cm kak ina ada x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni member belikan kat bangkok tapi sekarang ni dia dah pindah ke jepun lah einz

      Padam
  28. akak where can I get the takoyaki pan tu? nak sangat buat sndiri kt umaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh ajer guna acuan buat kuih cara nurul ain..cuba google kalau ada yang jual

      Padam
  29. kawan saya ada jual acuan takoyaki ni. Rm120 siap pos. Boleh pm dia 0137563516

    BalasPadam
  30. Kak jusco mana ada jual tepung takoyaki. Sy pergi jusco maluri tak da pulak jual. Bhgian Japanese food pun tak da

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu akak beli kat jj midvalley bahagian makanan jepun. dah lama tak gi dah tak tau ada ker idak lagi bahan takoyaki.

      Padam
  31. Takoyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari dapur takoyaki & bahan-bahan kering utk masak Takoyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.Brand Mamy Aimi.cuba google www.mamyaimi.com.my @ whatsapp 0136012797

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...