OOO

Rabu, Ogos 11, 2010

Al Fatihah Buat Kakak Ipar dan Selamat Menyambut 1 Ramadan 1431 Hijrah

Arwah Zaharah  binti Samsuddin  (kakak suami tapi ayah lain) telah meninggal dunia pada  hari Isnin 9hb. Ogos 2010 pada pukul 7.13 petang di  Hospital Melaka  setelah setahun lebih menderita penyakit Limfoma Malignum.  
Bila tumbuhnya benjolan kecil  di leher beliau tidak mendapatkan rawatan awal kerana takut hendak ke hospital.  Bila arwah tidak boleh bersuara lagi barulah arwah bersetuju (tu pun dek paksaan anak-anak) hendak mendapatkan rawatan tetapi telah terlambat sebab kanser telah menyerang .

Beliau telah berkali-kali buat kimo sehingga rambut beliau berguguran dan semalam bila kali terakhir akak menatap wajah arwah rambut beliau memang telah tiada (kesan dari kimo).  Tubuh badan beliau cuma tinggal kulit sahaja dan berbeza semasa beliau sehat walafiat.

Walaupun doktor telah berusaha, tetapi mungkin dek kerana umur beliau 61 tahun dan daya badan tidak kuat,  maka akhirnya beliau kembali mengadap Allah s.w.t.
 masa  hari raya tahun lepas
Syukur alhamdulliah bila beliau meninggal, suami dan anak-anak dapat mengadap arwah semasa beliau nazak.

Kali terakhir akak melawat arwah pada bulan lepas (semasa N3 pergi ke Perigi Hang Tuah).  Semasa berbual-bual dengan arwah, arwah ada menyebut ingin datang ke rumah akak jika beliau telah sehat.  Kiranya hajat arwah tidak kesampaian dan semalam arwah  telah  selamat di kebumikan pada kira-kira pukul 11.00 pagi.

Limfoma malignum atau istilah medisnya Non Hodgkin Lymphoma (NHL), adalah kanker ganas yang terdiri atas sel darah putih ganas yang menyebabkan pembengkakan menyeluruh kelenjar getah bening disekujur tubuh : leher, ketiak, lipat paha, mesenterium/jaringan  lemak perut, para cardial dikanan-kiri jantung, dst. Kenapa kelenjar getah bening membengkak?

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini sila rujuk

http://www.sukmamerati.com/limfoma-kanker-kelenjar-getah-bening-tersering-pada-usia-produktif 

dan di 


Minta maaflah yer..tak jumpa pulak dalam bahasa melayu mengenai penyakit ni..artikel ni dalam bahasa indonesia.

Semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

 Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1431 Hijriah,

Akak ingin mengucapkan  Selamat Berpuasa buat pengunjung blog akak..tak kiralah muda, tua, lelaki, perempuan  dan silent reader yang sudi meninggalkan komen dan membaca coretan akak di blog ini.

Jika ada yang terasa hati membaca coretan akak, akak ingin menghulurkan salam kemaafan dari hati yang tulus ikhlas .  Manalah tau mungkin Ramadan ini merupakan Ramadhan yang terakhir .

20 ulasan:

  1. salam ramadhan,selamat berpuasa

    Al-Fatihah

    saya juge mohon maaf jika ade salah silap

    BalasPadam
  2. takziah kak...n selamat menyambut bulan Ramadhan ...ct mohon ampun dan maaf laa yerrr jika ader salah silap terkurang atau terlebih....

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa buat akak sekeluarga n salam takziah juga dari sy buat akak n family..

    BalasPadam
  4. Salam takziah dan selamat berpuasa...

    BalasPadam
  5. Salam Takziah kepada keluarga Kak Ina.

    Selamat Berpuasa.

    BalasPadam
  6. Takziah dan alfatihah untuk kakak ipar akak

    dan Selamat berpuasa akak

    BalasPadam
  7. Salam Ramadan buat ina sekeluarga.

    Al fatihah buat arwah kak ipar ina..semoga rohnya bersama-sama dgn orang-orang yang soleh.

    BalasPadam
  8. takziah kak...al fatihah buat arwah semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

    BalasPadam
  9. Alfatihah utk Arwah..

    Selamat menjalani ibadah pose utk akak sekeluarga..

    BalasPadam
  10. Mga dengan pemergian arwah mengingatkan kita untuk beribadat seolah-olah esok hari terakhir kita di muka bumi ini....

    <a herf="http://hilalazmi.com>

    BalasPadam
  11. Al fatihah buat Arwah.. Selamat berpuasa dr kami untuk akak sekeluarga..semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna..

    BalasPadam
  12. al-fatihah buat arwah..selamat berpuasa buat kak ina

    BalasPadam
  13. Selamat menyambut ramadhan...

    Dan Al-Fatihah kepada arwah.. Semoga roh nya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  14. Al-Fatihah buat keluarga Allayarhamah dan selamat menyambut bulan ramadhan buat kak ina & keluarga

    BalasPadam
  15. al fatihah utk Allahyarhamah..takziah wat kak ina sekeluarga

    BalasPadam
  16. AlFatihah buat allhayarhamah..takziah buat kak aunty ina sekeluarga...salam ramadhan..


    Review Filem Salt

    Apabila Ramadhan Menjelma

    BalasPadam
  17. al fatihah dan takziah yek kak...

    dan selamat menyambur ramadhan kak ina.......

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  18. AlFatihah..dan selamat berpuasa kak ina..

    masa tengahari jangan buat entri makanan pulak..hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers