OOO

Rabu, Oktober 06, 2010

Resepi Bihun Soto



Beli rempah soto ni kat Pasar Tani Taman Melawati pada bulan puasa lepas. Macam-macam rempah ada di jual kat situ. Akak pun beli sebab pes soto dah habis.
Suka hati kalau nak guna nasi impit ker ataupun mee ker. Nasib baik
sedap. Kalau sape nak beli ada no hp dia.

Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong 8
50gm rempah soto
Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup
10 biji bawang merah
8 biji bawang putih
3cm halia, dihiris halus
2 batang serai-titik hujung
1inci lengkuas
5 biji buah keras

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 camca teh lada putih

4 biji bawang merah-di hiris

Bahan tabur
Taugeh, dicelur sedikit
bihun secukupnya
Suhun, digoreng
Kacang tanah, digoreng
Daun sup & daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Sambal kicap (* Goreng cili api bersama 1 biji bawang putih (20 biji). Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi)

Cara-cara
1. Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau bersama serai.
2. Masukkan pula bahan kisar dan rempah soto dan biarkan sebentar sambil di kacau.
3. Masukkan ayam dan air secukupnya dan rebus sehingga 10-20 minit,
4. Perasakan dengan garam dan keluarkan ayam. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
5. Goreng ayam sekejap dan biarkan sejuk. (kalau tak nak pun tak per)
Siat-siat isi ayam dan ketepikan.
6. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.
7. Hidangkan bersama bihun, pergedil daging, taugeh, suhun goreng, kacang goreng, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.

PEGEDIL
Bahan-bahan
4 biji kentang-digoreng
200gm daging cincang
1 camca besar serbuk lada hitam/lada putih
1 camca teh garam
8 biji bawang merah-hiris

Bahan celup
2 biji putih telur-pukul sedikit
minyak secukupnya
Cara-cara
1. Goreng bawang kecil. Kemudian goreng kentang yang di hiris. Toskan.
2. Daging cincang digoreng dengan lada hitam dengan sedikit minyak. Toskan.
2. Tumbuk ubi kentang, masukkan daging dan garam . Ratakan adunan dan kepal adunan menjadi bulat dan leperkan.
3. Celup ke dalam adunan putih telur dan goreng hingga masak.

12 ulasan:

  1. oh..soto ada rempah dia ek..ingtkan sup biasa ja..alahai..bru nk blaja2..

    BalasPadam
  2. kite penah pg psr tani danau kota,seronok la pg psr tani

    cedapnya kak,ade bergedil..yum3

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Kegemaran tunang saya ni tapi saya belum sempat belajar dari dia. Belajar dari akak pun kira boleh la kan? Tapi rasanya resepi dia lain dari Akak.

    Saya curi ya resepi ni.

    BalasPadam
  5. adoi kak... leleh dibuatnya.. :P

    BalasPadam
  6. wooo...kakina bak semangguk...lagi2 benda bersup nih mmg laju je...

    BalasPadam
  7. soto nie faveret liza kak, kalau ada dlm menu mesti liza order

    BalasPadam
  8. ui..tgk bahan2 dia je dah tau soto ni mesti sedap punya..siap letak lengkuas dgn serai ek kak

    BalasPadam
  9. tq.. bru je try bt tdi.. hihihihih.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers