Khao Mok Gai

by kak ina kl (1) on Jumaat, Disember 31, 2010


Keluar terus dari bilik hotel dan packing barang dalam kereta sebab nak tidur pula di Kuala Terengganu. Kami tak cari sarapan kat Kota Bharu tapi pergi pula ke Daerah Tumpat.
Bila lalu nampak ada warung/kedai makan jual ayam goreng panas-panas. Terus suruh encik driver berhenti kat tepi jalan. Nak jenguk apa yang sedap kat sini.

Banyak gak masakan kat sini..ada belut masak apa tah, ada daging dan sup tulang aka som-som/daging.
Mula-mula akak tak tau nak sebut balik. Penjual tu kata khao mok gai tapi akak dengar macam sebutan nasi gomok/gromok . Bila search kat google baru jumpa sebutan sebenar khao mok gai ataupun nasi beriyani thailand.

Rupanya ayam goreng tu di makan dengan khao mok gai . Akak ambil kat google gambar khao mok gai ni sebab lupa pulak nak ambil gambar. Kat tempat makan ni cuma nasi ajer yang di masak, tak dicampur dengan ayam.
Ayam di goreng garing selepas di perap dengan bahan istimewa. Memang sedap sungguh ayam goreng camni. Kami ambil 3 potong bersama pedal.
Ada juga di jual ketupat sotong. Akak cuba ambil satu. Sajer nak merasa.
Kat kedai ni ada juga di jual nasi putih dan sup daging/gear box/tulang. Kami makan khao mok gai dengan ayam goreng dan sup ajer. Memang sedap nasi ni. Nanti boleh cuba buat.
Kedai ni bersebelahan dengan Pusat Kesihatan Tumpat. Yang tak tahan banyak sangat kucinglah. Bila nak buat bayaran cuma RM22.50 setelah di campur air nescafe, teh tarik, kopi o dan milo. Murahnya..kata suami akak.

9 comments

Ketupat sotong? Rasanya i miss that part. Memang tak penah merasa lagi. :(

Tapi somtam tu selalu la, sebab dulu belajar kat perak, ada member orang Kelantan yang suka makan somtam ni :p

by azlina aziz on 31 Disember 2010 11:10 PG. #

try masak kak ina.. kalau jadi, nnt hanie order dgn kak ina jer.. takyah gi sampai ke pantai timur nun.. hehehe

by h4ni3 on 31 Disember 2010 11:21 PG. #

jalan2 ganu yer kak...best tuh!

by Deliah's Deli on 31 Disember 2010 11:46 PG. #

alahai kak, dekat rumah laki saya lah tu..waaah seronok ke Klate ya!! tak g Pengkalan Kubur ke?? situ banyak barang murah2!!

by zailamohamad on 31 Disember 2010 12:11 PTG. #

ketupat sotong tuh peberet saya tuh akak. tapi sekrang dah mahal yang jual kat kedai. beli jer sotong kat pasar buat sendiri lagi berbaloi untuk di makan seisi keluarga.

by eelobor on 31 Disember 2010 12:21 PTG. #

kak ina dekat aje kedai makan tu ngan umah fiza..huhuhuhu..sayangnyaaaa..klo x leh jumpa akak tau...

by fizza on 31 Disember 2010 1:03 PTG. #

ketupat sotong tu my fav!! siyes rindu nak mkn ni hehe
beriani tu me tak pernah dgr and belum try lg..nak kena try gak ni hehehe

by Mama Zharfan on 31 Disember 2010 1:52 PTG. #

sotong tu..alahai..gebu2 je nengok..hehe

teringin la pulak

by alinac lover on 31 Disember 2010 4:40 PTG. #

Seronoknya tengok Kak Ina jalan2 kat sana.. Belum pernah sampai lagi negeri Kelantan dan T'ganu.. Kesiankan.. hehe

by nba-Nur on 31 Disember 2010 6:14 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate