Keluar terus dari bilik hotel dan packing barang dalam kereta sebab nak tidur pula di Kuala Terengganu. Kami tak cari sarapan kat Kota Bharu tapi pergi pula ke Daerah Tumpat.
Banyak gak masakan kat sini..ada belut masak apa tah, ada daging dan sup tulang aka som-som/daging.
Rupanya ayam goreng tu di makan dengan khao mok gai . Akak ambil kat google gambar khao mok gai ni sebab lupa pulak nak ambil gambar. Kat tempat makan ni cuma nasi ajer yang di masak, tak dicampur dengan ayam.
Ayam di goreng garing selepas di perap dengan bahan istimewa. Memang sedap sungguh ayam goreng camni. Kami ambil 3 potong bersama pedal.
Ada juga di jual ketupat sotong. Akak cuba ambil satu. Sajer nak merasa.
Kat kedai ni ada juga di jual nasi putih dan sup daging/gear box/tulang. Kami makan khao mok gai dengan ayam goreng dan sup ajer. Memang sedap nasi ni. Nanti boleh cuba buat.
Kedai ni bersebelahan dengan Pusat Kesihatan Tumpat. Yang tak tahan banyak sangat kucinglah. Bila nak buat bayaran cuma RM22.50 setelah di campur air nescafe, teh tarik, kopi o dan milo. Murahnya..kata suami akak.
Ketupat sotong? Rasanya i miss that part. Memang tak penah merasa lagi. :(
BalasPadamTapi somtam tu selalu la, sebab dulu belajar kat perak, ada member orang Kelantan yang suka makan somtam ni :p
try masak kak ina.. kalau jadi, nnt hanie order dgn kak ina jer.. takyah gi sampai ke pantai timur nun.. hehehe
BalasPadamjalan2 ganu yer kak...best tuh!
BalasPadamalahai kak, dekat rumah laki saya lah tu..waaah seronok ke Klate ya!! tak g Pengkalan Kubur ke?? situ banyak barang murah2!!
BalasPadamketupat sotong tuh peberet saya tuh akak. tapi sekrang dah mahal yang jual kat kedai. beli jer sotong kat pasar buat sendiri lagi berbaloi untuk di makan seisi keluarga.
BalasPadamkak ina dekat aje kedai makan tu ngan umah fiza..huhuhuhu..sayangnyaaaa..klo x leh jumpa akak tau...
BalasPadamketupat sotong tu my fav!! siyes rindu nak mkn ni hehe
BalasPadamberiani tu me tak pernah dgr and belum try lg..nak kena try gak ni hehehe
sotong tu..alahai..gebu2 je nengok..hehe
BalasPadamteringin la pulak
Seronoknya tengok Kak Ina jalan2 kat sana.. Belum pernah sampai lagi negeri Kelantan dan T'ganu.. Kesiankan.. hehe
BalasPadam