OOO

Jumaat, Disember 31, 2010

Peranan nombor dalam hidup anda

Wah berdentum dentum bunyi bunga api menjelang tahun baru 2011. Nak azam berazam ker lagi bila usia makin meningkat ni. Walaupun ada tapi malas nak bagitau orang. Simpan dalam hati ajer dahlah. Kang tak tercapai hasrat dihati, rasa frust pulak.

Okeylah akak nak pot pet pot pet tentang peranan nombor dalam hidup akak. Sebenarnya banyak lagi no yang nak di ingat. Kat sini cuma letak no yang penting ajer.


Nombor memang penting dalam kehidupan kita. Sebab tanpa nombor , camner kita nak ingat tarikh penting. Nak dail no talipon, hp, account bank, no plat kereta, motosikal dan segala macam nombor yang nak kena ingat termasuk gak nombor ekor.

Jomlah akak cerita sikit tentang no penting yang perlu di ingati. Blog ni blog akak dah tentulah akak cerita tentang hal akak kan.

Pada 12.12.1964 akak di lahirkan di Kuala Lumpur. Mak dan abah mendapat anak ke 2 dan 2 orang anak perempuan berturut-turut...selang setahun.
Tahun pertama di alam persekolahan tahun 1971. Pakai baju baru dan naik bas sekolah bersama-sama kak long yang dah masuk darjah 2.
Sampai darjah 6 akak sekolah di sini. Banyak kenangan terutama bila terkenang semula bila akak mula jatuh cinta monyet dengan cikgu sekolah yang sedang menjalani latihan. Masa tu akak darjah 5 kot.
Tahun 1977 mula bersekolah di Sekolah Menengah di Sekolah Titiwangsa. Selepas Sijil Rendah Malaysia akak bertukar sekolah.

Tahun 1980 pula akak berpindah ke sekolah di Sekolah Menengah Vokasional selama 2 tahun.
Tahun 1986 merupakan tahun yang berbahagia. Bernikah dengan suami tercinta yang di lahirkan pada 22.06 pada pagi 5.1.1986 dan bersanding pada sebelah tengahari merupakan kenangan terindah. Tahun 1986 ni gak orang sibuk World Cup di Mexico.

Pada 11.12.1986 merupakan kelahiran anak lelaki pertama. Kenangan terindah pertama kali menjadi seorang ibu. Tapi miss satu hari ajer dari tarikh lahir akak. Kalau idak boleh potong kek sama-sama.
Pada 4.10.1988 akak telah selamat melahirkan seorang lagi anak lelaki di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Berbahagia juga sebab suami telah dapat kerja di Kuala Lumpur. Dapat balik duk dekat dengan mak dan abah.
Yana di lahirkan pada 11.12.1989 di Poliklinik Kotaraya..pun miss 1 hari dari tarikh lahir akak. Sekarang ni kalau beli kek cukup beli satu ajer sebab tarikh tak jauh pun. Jimatkan.
Pada 30.01.1996 akak melahirkan anak perempuan lagi . Syok dapat anak perempuan sebab boleh beli baju gaun.
Kelahiran anak lelaki ke 5 pada 21.01.2001 ..cukuplah..tak nak lagi ..
Rasanya semua tengah tunggu pukul 12.00 malamkan sebab nak tunggu tahun baru 2011. Akak pulak tengah tunggu tarikh 5.01.2011 sebab ulangtahun perkawinan kami yang ke 25 tahun.

Tu semua nombor penting tau..kena ingat. Opp lupa pulak..tarikh lahir abah pada 1.1. juga dan mak pulak pada 22.6.

Cerita ceriti tentang nombor ni akak perah idea sebab nak join contest si Fairy Lily Pink Putih (nama best ooo). Penat gak nak buat kan Fairy Lily .


Nasib baik sempat lagi buat. Entah kenapa teragak nak masuk ke blog dia petang tadi ni pastu terlupa. Bila malam teringat balik. Nasib baik dah siap draft. Doakan akak berjaya yer.

sumber gambar:google

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    moga selamat dunia dan akhirat

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam Kak....

    1st time tgk blog akak dr blog abg GTO kt tu...

    Tak rugi rsnya...

    saya suka nombor 5479 sb tarikh lahir saya...:)

    BalasPadam
  3. Salam KakIna. Slmt Thn Baru. Semuga 2011 sukses & happy selalu. KakIna dh delete ke chatbox KakIna kat sebelah tu...?

    BalasPadam
  4. komen pertamaku di tahun 2011.. yeay.
    eh tua setahun dari ayahnda saya,, tak bley la nak panggil akak camni,, kene panggil auntie la gamaknya.. heheh

    BalasPadam
  5. salam kak;
    selamat tahun baru kak

    BalasPadam
  6. hepi new year utk kak ina ..bday akak beza few days jer dgn my sis,--she was born on 4 dec 1964 ;)

    BalasPadam
  7. gamba2 tu memang menarik kak... memori tahun tu kan...

    BalasPadam
  8. banyak kenangan tu,sy pon dh lupa peristiwa yg belaku dlm idop sy,ingat pon skit2 je.hehhee

    BalasPadam
  9. 5 hb ni kalau buat makan² jangan lupa ajak..hehe

    Entri terbaru chekgu

    Rupanya Khairul Fahmi Che Mat Meniru Gaya Penjaga Gol Lain!!

    BalasPadam
  10. SAlam kak ina, memang no main peranan dalam hidup kita, kalau ikutkan terlalu banyak nak diingat kan, no kesukaan saya 27772(tarikh lahir) hikhik.Saya follow dan link blog akak yer.....TQ, leh tuko2 cerita....

    BalasPadam
  11. hurmmm.... orang kata orang pompuan lebih peka dengan tarikh dan peristiwa yang bersejarah dalam famili kan....

    BalasPadam
  12. Salam Kak ina,
    Tolong bagi alamat :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers