OOO

Sabtu, Disember 25, 2010

Resepi Ayam Bombay Biryani

Dah lama tak buat ayam bombay beryani rempah Shan yang asli dari Pakistan.  Dulu ada jual di Pavillion Bukit Bintang kat pasaraya kat situ.

Tapi bila pergi lagi dah tak ada. Bila gi jejalan kat Times Square ternampak sebuah pasaraya jual rempah ni.  Apa lagi rembatlah.  Bukan senang nak jumpa.  Rempah Shan ni memang agak mahal .  1 kotak dekat RM6.00 tapi tak perlah.  Nak makan sedap kenalah keluarkan duit sikit.
Bahan-bahan
500-750gram ayam(akak potong 12))
5 biji bawang besar di hiris halus
4 biji tomato di potong dadu
4 biji ubi kentang di kupas dan di belah 4
3 sudu besar halia di hiris halus-akak tumbuk
1 cawan  yogurt biasa (plain) ataupun tairu ataupun 1 cawan susu cair perahkan 2 biji jus limau kasturi
1 - 1 1/2 cawan minyak sapi
1 1/2 peket bombay biryani-guna lebih sebab nak gunakan untuk masak nasi

    kotak Bombay Biryani 
    Cara-cara
    1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga warna keperangan.
    2. Masukkan tomato dan biarkan ia masak.
    3. Masukkan pula ayam halia, kentang, yogurt dan shan bombay biryani. Masukkan sedikit air.
    4. Masak  dengan api perlahan selama 15 minit.  Bila dah 15 minit ambil 1 cawan pes ini dan ketepikan (digunakan untuk masak nasi beriani)
    5. Biarkan kuah pekat sedikit dan rasa garam dulu...kerana selalunya dalam bombay beriyani ni dah ada garam...barulah di tutup api.

    10 ulasan:

    1. pergh ni makan dengan nasi beriyani mmg bertambah dua tiga senduk..hehe
      sampai sini dapat bau kak..:)

      BalasPadam
    2. sedappnya kak ,terliur mas tengokk..

      BalasPadam
    3. akak buat saya lapar pagi ni.. huhu.. sedapnya kari tu..

      BalasPadam
    4. yum yum my fav ni--kat sini me kdg2 mkn gak kat restoran pakistan (halal)

      BalasPadam
    5. sedap nya kak... harap2 ade peluang nak masak sendiri ni... nanti leh datang lagi amik resepi.. sbb nasi lauk pun n3 sebelah menyebelah jer kan.... ;)

      BalasPadam
    6. susahnya nak cari rempah tu...

      BalasPadam
    7. kat rumah saya ada kedai iran n pakistan so adalah jual benda tapi belum try nak masak

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers