OOO

Memaparkan catatan dengan label ayam beriani sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam beriani sedap. Papar semua catatan

Selasa, November 08, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani

Bila balik kampung masa cuti perayaan ni ..paling benci bila jalan jem di sana dan di sini.  Tension di buatnya.  Nasib baik sekarang ni dah ada jalan alternatif nak ke Seremban/Senawang.  Kami terpaksa masuk ke simpang Putera Mahkota pastu keluar ke Semenyih ikut jalan lama.

Dari Senawang nak ke Simpang Ampat tak ada masalah kesesakan pun.  Cuma sampai kat situ ajer.   Semalam gi jejalan kat umah adik ipar kat felda palong dan felda pasoh, bila nak balik ke KL ikut jalan Kuala Pilah kat situ  orang kata jem teruk.  Terpaksa pusing balik ikut Simpang Pertang-Kuala Klawang dan masuk highway LEKAS semula.  Sampai kat MRR nak ke Gombak pun jem lagi..kami ikut jalan potong dan akhirnya sampai kat umah dah dekat pukul 12.00 tengahmalam.  Ishhh sabar ajerlah.  Nasib baik anak-anak tak sekolah hari ni.

Membebellah pulak..ayam goreng cam ni kalau di perap lagi lagi sedap.  Akak buat 1 ekor pastu simpan, bila nak makan baru goreng.  Terlupa nak letak daun kari masa goreng, tapi rasanya masih lagi sedap.  Akak ambil resepi dari blog geng rajin masak dayangjack
 
bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Sabtu, Disember 25, 2010

Resepi Ayam Bombay Biryani

Dah lama tak buat ayam bombay beryani rempah Shan yang asli dari Pakistan.  Dulu ada jual di Pavillion Bukit Bintang kat pasaraya kat situ.

Tapi bila pergi lagi dah tak ada. Bila gi jejalan kat Times Square ternampak sebuah pasaraya jual rempah ni.  Apa lagi rembatlah.  Bukan senang nak jumpa.  Rempah Shan ni memang agak mahal .  1 kotak dekat RM6.00 tapi tak perlah.  Nak makan sedap kenalah keluarkan duit sikit.
Bahan-bahan
500-750gram ayam(akak potong 12))
5 biji bawang besar di hiris halus
4 biji tomato di potong dadu
4 biji ubi kentang di kupas dan di belah 4
3 sudu besar halia di hiris halus-akak tumbuk
1 cawan  yogurt biasa (plain) ataupun tairu ataupun 1 cawan susu cair perahkan 2 biji jus limau kasturi
1 - 1 1/2 cawan minyak sapi
1 1/2 peket bombay biryani-guna lebih sebab nak gunakan untuk masak nasi

    kotak Bombay Biryani 
    Cara-cara
    1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga warna keperangan.
    2. Masukkan tomato dan biarkan ia masak.
    3. Masukkan pula ayam halia, kentang, yogurt dan shan bombay biryani. Masukkan sedikit air.
    4. Masak  dengan api perlahan selama 15 minit.  Bila dah 15 minit ambil 1 cawan pes ini dan ketepikan (digunakan untuk masak nasi beriani)
    5. Biarkan kuah pekat sedikit dan rasa garam dulu...kerana selalunya dalam bombay beriyani ni dah ada garam...barulah di tutup api.

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...