Khamis, Disember 09, 2010

Resepi Bihun Singapore


 
Tak taulah kenapa di panggil bihun singapore...adakah resepi ni berasal dari Singapore? Takyahlah nak pecah kepala nak cari asal usul resepi.Sesuai untuk budak kecik yang tak makan pedas

Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun (rendam sekejap)
  • 6 ulas bawang putih- tumbuk
  • 10 ekor udang basah-boleh jugak di tukar ke ayam/daging
  • 2 ekor sotong-potong kecil
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk halus
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-2 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit fish cake-di potong kecil
  • sedikit fish ball - di potong 2
  • sedikit taugeh
  • sedikit sawi-dipotong kecil
  • sedikit garam-pasal sos tiram dah masin
  • sedikit minyak
Hiasan
sedikit daun sup/daun bawang-dihiris halus
1-2 batang cili hidup-dipotong serong

Cara-cara
1. Tumbuk lada hitam bersama bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumislah bwg putih yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap cair, fish ball, fish cake dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan udang dan sotong dan kacau lagi.
5. Masukkan bihun yang telah di rendam tadi. Masukkan juga taugeh dan sawi.
6. Kacau hingga sebati dan rasalah dulu sebelum di padam api..kalau tawar ...masukkan sedikit garam.
7. Angkat dan hiaskan bersama cili dan daun sup/bawang tadi.

8 ulasan:

  1. salam..pagi2 nmpak bihoon singapore jdi lapar pulak..tq kak bkongsi resepi..suka ni nk buat..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kak Ina

    hujan2 pagi pekena bihun sodap jugo

    Wassalam

    BalasPadam
  3. kak ina, watie mmg suka bihun singapore..

    BalasPadam
  4. best nyer,tp bila kita org negeri lain yg buat ni,leh tkar nama tak? hihii...jd la bihun melaka ker..pahang ker....

    BalasPadam
  5. wah cam senang jerk..ini ala2 nasi goreng cina punya bahan2 ek.ada lada itam n bawang putih je..hehe :)

    BalasPadam
  6. AS Salam kak ina.. datang breakfast kat sini
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  7. senang tulllll tapi angah pernah try kak ina

    BalasPadam
  8. look delicious..nnti i try suh my rapunzel tolong watkan ^_^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...