Catatan Perjalanan ke Pantai Timur-Part 3

by kak ina kl (1) on Isnin, Januari 03, 2011

Oleh sebab terlampau banyak tempat pergi jejalan dan gambar, terpaksalah cerita part by part..kalau idak tentu panjang berjela N3 akak nanti. Semua tu kenalah cerita dalam blog untuk jadikan kenangan bagi kami sekeluarga.

Kat Pengkalan Kubur akak beli lagi barangan dapur. Murah betullah tu sebab tu kena beli. Bukan senang nak datang lagi. Jauhkan..berjam-jam nak sampai. Suami dan anak-anak dah geleng kepala.
Untung bila beli kekacang kat penjual ni. Daus dan suami akak yang mula-mula jumpa penjual ni. Dahlah murah buah gajus kat situ, boleh pilih nak gajus besar ataupun kecik.
Memang murah betul dari beli kat Rantau Panjang. Ada yang di panggang dan ada juga gajus yang di goreng. Akak beli lagi buah gajus dan sotong sebab Ira nak makan..
Suami akak kata lagi best beli belah kat sini. Senang nak tawar menawar. Penjual pun talak sombong. Tak macam di Rantau Panjang. Sementara menunggu mereka berdua jejalan kat situ akak lepak kat kedai makan. Nak merasa pulut manis ni. Aduhai dah nama pulut manis..memanglah manis.
Pastu bedal pulak ais krim Thailand. Sape yang gi ke Pengkalan Kubur kena cari penjual ais krim ni. Rugi kalau tak rasa
Lepas penat berjalan kami singgah kat Pantai Tujuh. Akak dah pernah sampai masa gi dengan adik dulu.
Masing-masing minta kelapa muda sebab cuaca panas. Kat sini kelapa muda dia best. Air banyak dan isi pula lembut macam jelly. Puas hati.
Makan sotong 2 ekor,udang celup tepung dalam 6 ekor dan 4 biji kelapa muda kena bayar RM21.00. Mahal ker murah ?

13 comments

wah! macam best je pengkalan kubur ni dari rantau panjang kak ina ye... munna plan nak pergi kelantan bulan 2 ni nak ajak cik abg pergi pengkalan kuburlah pulak.. asyik rantau panjang je boring gak

by munna on 3 Januari 2011 1:39 PTG. #

emm...dh lama tak ke sini..tp bunyi mcm mahal harga RM21 tu..maybe sotong mahal kot :)

by Mama Zharfan on 3 Januari 2011 1:40 PTG. #

mahal tue rm21... selalunya harga makanan kat pantai timur lebih2 lagi kelantan..

by maslinamansor on 3 Januari 2011 2:21 PTG. #

rasanya yang gambar last tu dan harganya dah berbaloi kut. sotong saiz besar ke kecik? rasanya cam dah ok sebab jika di PCB lebih mahal rasanya....

by eelobor on 3 Januari 2011 2:28 PTG. #

air kelapa tu dalam Rm4-5 gak sebiji... so rasanya murah laa kot...!

by sw33tdarling on 3 Januari 2011 3:08 PTG. #

murah laa kak ina oii.
kelapa tu yg mahal

by Matjoe on 3 Januari 2011 3:18 PTG. #

bestnya kak...thn lepas saya ada gak g sana tp tak sempat pusing2...pusing2 sikit je...

by Mrs.Imran on 3 Januari 2011 3:29 PTG. #

fuh puas pusing2 kt blog akak ni .. dh rs cm jln2 crik mkn plak

* zr teman anak zr kt spital ler kak .. anak operate sekali sunat terus uuhhuhu

by fazilzura on 3 Januari 2011 4:10 PTG. #

ais krim Thailand nampak menyelerakan! :D *terus bersinar2 mata tengok. kekeke

by azlina aziz on 3 Januari 2011 4:13 PTG. #

Salam kenal..

Happy new year amy singgah sini n follow...

by Amy Syaquena on 3 Januari 2011 6:16 PTG. #

mahal gak makan sotong dgn udang tu yer, mengalahkan kl

by Liza on 3 Januari 2011 8:06 PTG. #

Bestnya gajus tu..Kak ina berapa harga gajus tu?
Dulu sy selalu pesan kat kawan saya yang duduk kat perlis. Harga dia tak silap RM40/kilo. Tak tahu sekarang berapa dah.

by hafizul on 3 Januari 2011 8:20 PTG. #

gajus tu wajib beli kalau nurul ke sana dah lah murah sedap pulak tu hehehehe

by Cik Nurul Pinky on 4 Januari 2011 9:08 PG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate