OOO

Isnin, Januari 03, 2011

Catatan Perjalanan ke Pantai Timur-Part 3

Oleh sebab terlampau banyak tempat pergi jejalan dan gambar, terpaksalah cerita part by part..kalau idak tentu panjang berjela N3 akak nanti. Semua tu kenalah cerita dalam blog untuk jadikan kenangan bagi kami sekeluarga.

Kat Pengkalan Kubur akak beli lagi barangan dapur. Murah betullah tu sebab tu kena beli. Bukan senang nak datang lagi. Jauhkan..berjam-jam nak sampai. Suami dan anak-anak dah geleng kepala.
Untung bila beli kekacang kat penjual ni. Daus dan suami akak yang mula-mula jumpa penjual ni. Dahlah murah buah gajus kat situ, boleh pilih nak gajus besar ataupun kecik.
Memang murah betul dari beli kat Rantau Panjang. Ada yang di panggang dan ada juga gajus yang di goreng. Akak beli lagi buah gajus dan sotong sebab Ira nak makan..
Suami akak kata lagi best beli belah kat sini. Senang nak tawar menawar. Penjual pun talak sombong. Tak macam di Rantau Panjang. Sementara menunggu mereka berdua jejalan kat situ akak lepak kat kedai makan. Nak merasa pulut manis ni. Aduhai dah nama pulut manis..memanglah manis.
Pastu bedal pulak ais krim Thailand. Sape yang gi ke Pengkalan Kubur kena cari penjual ais krim ni. Rugi kalau tak rasa
Lepas penat berjalan kami singgah kat Pantai Tujuh. Akak dah pernah sampai masa gi dengan adik dulu.
Masing-masing minta kelapa muda sebab cuaca panas. Kat sini kelapa muda dia best. Air banyak dan isi pula lembut macam jelly. Puas hati.
Makan sotong 2 ekor,udang celup tepung dalam 6 ekor dan 4 biji kelapa muda kena bayar RM21.00. Mahal ker murah ?

13 ulasan:

  1. wah! macam best je pengkalan kubur ni dari rantau panjang kak ina ye... munna plan nak pergi kelantan bulan 2 ni nak ajak cik abg pergi pengkalan kuburlah pulak.. asyik rantau panjang je boring gak

    BalasPadam
  2. emm...dh lama tak ke sini..tp bunyi mcm mahal harga RM21 tu..maybe sotong mahal kot :)

    BalasPadam
  3. mahal tue rm21... selalunya harga makanan kat pantai timur lebih2 lagi kelantan..

    BalasPadam
  4. rasanya yang gambar last tu dan harganya dah berbaloi kut. sotong saiz besar ke kecik? rasanya cam dah ok sebab jika di PCB lebih mahal rasanya....

    BalasPadam
  5. air kelapa tu dalam Rm4-5 gak sebiji... so rasanya murah laa kot...!

    BalasPadam
  6. murah laa kak ina oii.
    kelapa tu yg mahal

    BalasPadam
  7. bestnya kak...thn lepas saya ada gak g sana tp tak sempat pusing2...pusing2 sikit je...

    BalasPadam
  8. fuh puas pusing2 kt blog akak ni .. dh rs cm jln2 crik mkn plak

    * zr teman anak zr kt spital ler kak .. anak operate sekali sunat terus uuhhuhu

    BalasPadam
  9. ais krim Thailand nampak menyelerakan! :D *terus bersinar2 mata tengok. kekeke

    BalasPadam
  10. Salam kenal..

    Happy new year amy singgah sini n follow...

    BalasPadam
  11. mahal gak makan sotong dgn udang tu yer, mengalahkan kl

    BalasPadam
  12. Bestnya gajus tu..Kak ina berapa harga gajus tu?
    Dulu sy selalu pesan kat kawan saya yang duduk kat perlis. Harga dia tak silap RM40/kilo. Tak tahu sekarang berapa dah.

    BalasPadam
  13. gajus tu wajib beli kalau nurul ke sana dah lah murah sedap pulak tu hehehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...