OOO

Sabtu, Januari 22, 2011

Cupcake Coklat Untuk Hari Jadi Muhammad Imran

Nak buat kek besar sangat , tak ada sape nak makan kat umah ni. Demi nak menunaikan hasrat dihati akak pun buatlah cupcakes. Senang nak bagi member-member Imran sekeliling rumah. Dah lama tak main aising jadi sememehlah jugak bila buat balik. Tak perlah..janji buat sendiri.

Akak buat separuh dari resepi. Ambil resepi dari member masak memasak Jue tokeh kek.

Bahan-bahan ( dalam 50 biji )

  • 250 gm mentega
  • 220 gm gula castor
  • 1 sdt ovalette
  • 5 biji telur (saya guna gred A)
  • 230gm tepung naik sendiri + 20 gm serbuk koko > ayak
  • 1 sudu kecil nescafe

Cara-cara

  1. Pukul mentega + gula + ovalette hingga kembang
  2. masuk telur satu persatu
  3. Masuk tepung & nescafe, gaul rata. Memadai gaul dengan mengguna senduk aje.
  4. Sudukan dalam adunan. Isikan setakat 1/2 cup sahaja jika nak buat topping, tp kalo tak nak buat topping, bleh isi sampai 3/4 cup.
  5. Bakar selama 25 minit pada suhu 170c
  6. sejukkan atas redai besi. Setelah sejuk, boleh la di deco mengikut citarasa.
  7. Selamat mencubaaaa... :D
Akak beli edible image Upin & Ipin di Bake With Yen di Chow Kit. Murah ajer. Resepi buttercream akak ambil di myresepi.com. Akak buat separuh dari resepi .

Bahan-bahan ( sebiji kek )

  • 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
  • 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
  • 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)

Cara-cara

  1. Pukul butter dan marvello hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dalam butter, pukul lagi sehingga kembang dan putih. Suaikan warna untuk hiasan kek.
  2. TIPS : Pukul dengan kelajuan minima. Mungkin makan masa sedikit tapi insyaallah, icingnya nanti lebih cantik dan mudah di lepa.

14 ulasan:

  1. sgt comel cuppies upin ipin ni :) terliur la plak--lama dh tak mkn cupcake :)

    BalasPadam
  2. kak ina.. sy nak sebijik cup cake tu! heheh.. nampak cam sedapp je....

    BalasPadam
  3. follow ur blog ;)

    cam sedap je kek ni ;)

    BalasPadam
  4. ish jelesnye ngan orng pandai masak ni.asal gi blog akak je mesti meliur

    BalasPadam
  5. lawa ler cup cake tu akak... eh..bukan ker dulu akak ada buat kek Ben 10 utk Imran..cantik kek tu..ingat lagi..

    BalasPadam
  6. Salam k.Ina

    Happy birthday Imran..
    Bestnya Imran dpt cc upin ipin mamanya buat sendiri..

    BalasPadam
  7. kak ina..
    akhirnya kek utk si birthday boy..seperti yang ayu cdgnkan...coklat dan cupcake..

    wah....nak satu boleh>>

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kak Ina

    Imran misti suka tenguk cerita upin dan ipin yerr

    Wassalam

    BalasPadam
  10. comelnyee cupcake ni..mesti sedapp!! :)

    BalasPadam
  11. happy birthday Imran, nak cupcake satu boleh?

    BalasPadam
  12. happy birthday imran!
    pasni boleh la kita tempah cupcake kak ina pulak :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers