OOO

Isnin, Januari 24, 2011

Duta terbaru kukis akak-Amanina bakal jadi doktor

Amanina ni akak dah pernah jumpa dulu. Masa tu ada rombongan dari Kolej Teknologi Timur Salak Tinggi menghantar mereka tenguk senior KTT nak fly ke India dan Amanina baru ajer masuk ke kolej tersebut. Akak pulak hantar anak akak Liyana yang nak pergi melanjutkan ke India pada tahun 2009.

Sebelum tu Amanina pernah masuk ke blog akak, beliau pernah baca kat blog tentang Liana yang pernah belajar di situ. Masa tu beliau dah dapat tawaran ke KTT dan tanya akak tentang di mana dan suasana kat kolej KTT sebab beliau tinggal di Perak bersama keluarga.

Akak pun bagitaulah serba sedikit tentang keadaan disitu (ambil gambar gak) sebab Liyana belajar dan tinggal kat situ dekat 2 tahun. Akak pun kerap ke KTT menghantar Liyana bila dia balik bercuti ke rumah. Alhamdulliah akhirnya Amanina selamat meneruskan pengajian beliau di sana.

Yang buat akak terharu sebab Amanina sanggup cari akak masa kat KLIA. Dia jumpa Liyana masa kat dalam surau..Amanina perasan pulak muka liyana...dia tanya akak kat mana? Bila Liyana keluar dari surau dia bagitau ada orang cari akak. Kalau nak baca klik sini yer http://www.kakinakl.com/2009/07/akhirnyamasa-yang-di-nanti-telah-tiba.html

Dari pertemuan pertama kami cuma berhubung melalui blog masing-masing dan sekarang ni kat fb.

Dari dulu lagi Amanina nak rasa kukis akak ni tapi akak rasa tak berbaloi nak hantar jejauh kat Salak Tinggi. Kebetulan dia nak ambil tiket nak balik kampung dia nak jumpa kat KL Sentral. Kami buat janji nak jumpa ajer kat situ minggu lepas.

Kalau nak baca apa kata duta/model tak berbayar kukis akak.. silalah klik kat
Terima kasih yer sudi beli kukis auntie.
Lama dah tak jumpa Amanina nampak perbezaan dia sekarang. Makin cantiklah pulak. Sekarang ni Amanina tengah sibuk bergelut dengan peperiksaan demi peperiksaan. Bukan senang nak lulus A level ni. Masa saing Liyana ada juga gak yang tak dapat result yang baik jadi mereka tak boleh fly ke India dan terpaksa belajar sahaja di Malaysia.

Insyallah jika beliau berjaya dia akan terbang ke India pada tahun ini. Auntie doakan yer Nina tapi dengan syarat Amanina kena study hard.

Semuga Amanina berjaya dan teruskan berusaha mengulang kaji subjek yang boleh dikatakan susah (perubatan kan) tu tapi auntie rasa anak-anak disana boleh berjaya. Jangan hampakan hasrat ke dua ibubapa tercinta dan juga kaum keluarga. Semuga cita-cita nak bergelar doktor akan tercapai.

p/s Amanina berharap dapat belajar satu tempat dengan Yana..semuga impian terlaksana nanti.

8 ulasan:

  1. dah famous kukis kak ina ni :) tak sbr nak try hehhe

    BalasPadam
  2. wahh, terharu baca. jalinan ukhwah terukir setia smpai skrg, malah buat pendorong cita2 pulak dari cerita yg disampaikan. nnt fifiey pulak nak rasa cookies aunty, amik berkat:) haha

    BalasPadam
  3. salam kak ina..amboi makin glem bisnes kukis kak ina.bila la pulak kita nk jd duta kukis tu ek..hehe!! moga lebih masyukk bisnes akak ye..insyaallah..amin!

    BalasPadam
  4. kak ina.. camner nak order kukis tuh?? yeaahaaaa

    BalasPadam
  5. kukis kak ina memang sedapp...nyam2..dah nak abis dah kukis yang order lastb week...

    BalasPadam
  6. salam kak,

    kasi patenla itu cookies, "kak ina cookies", leh supply ke seluruh negara... lps ni lehla amik pekerja...

    kak, if berkelapangan jom join contest di blog sy... tq!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers