Ahad, Januari 02, 2011

Resepi Ikan Keli Sambal Cili Padi

Anak-anak suka kalau akak masak ikan keli sambal cili api.Tak boleh pot pet sebab pagi ni nak hantar Ira masuk balik ke kurungan (asrama). Suami akak kata, kurang sikit volume radio kat umah.
Tentu mak-mak faham kan makna tersirat disebalik ayat itu.

Bahan-bahan
1 kg ikan keli
1 mangkuk kecil cili api
6 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji limau kasturi-ambil jus
minyak secukupnya
garam serbuk kunyit

Cara-cara
1. Siang ikan keli. Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi/asam jawa bersama garam. Perapkan sebentar dan bersihkan semula lalu toskan.
2. Bubuh serbuk kunyit dan garam dan goreng dalam minyak yang banyak. Sebelum tu masukkan asam keping sebelum menggoreng.Takut meletup.
3. Kisar cili api. Tumbuk bawang putih dan bawang kecil.
4. Gunakan minyak baru dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
5. Masukkan pula cili api yang telah dikisar dan tumis dengan api kecil sehingga cili masak.
6. Masukkan ikan keli dan perisakan dengan garam dan kacau sehingga bergaul rata.
7. Padamkan api dan masukkan jus limau kasturi dan kacau rata dan bolehlah di hidangkan.

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    kalau makan dgn nasi lemak pagi2 ni sodap...he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. masakan air tgn ibu lah yg tiada tandingnya kan..bila anak suka makan mesti rasa puas hati kan..

    BalasPadam
  3. Slm kak ina .. favorite anak ela ni kak. 2 mnggu brturut2 ulang menu yg sama. sib baik tak mintak ari2. hihi ..

    BalasPadam
  4. sedap betul ni.. nak cuba lah =)

    BalasPadam
  5. Anis pun arini mula praktikal.. memang kurang sikit le volume kat rumah

    BalasPadam
  6. cedapnya la hai....hari nih sy pun masak ikan keli gak...tp masak gulai tempoyak ikan keli...

    BalasPadam
  7. salam kak;
    bebudak kat rumah ni pun suka ikan keli..tapi dorang suka goreng garing2 atau buat sambal...je...
    ermm..aina tu di syakki thalasemia kak....huhuhu..

    BalasPadam
  8. eh sama laa pulak menu kite.. ikan keli berlado.. takut nk boh cili api byk2.. kang berterabur dlm toilet.. ekeke..

    BalasPadam
  9. yum yum
    ni my fav-tapi tak reti nak msk hehe tau beli ajer kalau nak mkn adess

    BalasPadam
  10. Faham sangat Kak Ina....hehehe

    BalasPadam
  11. senang je ropanya nak buat..hehehe..selalunya malas

    BalasPadam
  12. sedapnye!!! :) akak..ganti ikan lain blh kn????

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...