Mula-mula macam tak percaya ajer, padahal pagi tadi dah dengar berita awani astro yang mengatakan peniaga barang runcit merungut minyak masak tiada di pasaran terutama minyak peket.
Tapi bila terkena kat diri sendiri barulah percaya bahawa minyak memang susah nak jumpa.
kredit gambar..google
Tadi macam biasa akak pergi NSK Selayang selepas menghantar Ira pulang semula ke asrama. Bila tenguk kat rak minyak, satu jenis minyak yang biasa akak guna dan jenama yang lain tiada langsung di situ.Yang ada minyak jagung dan minyak lain yang berharga berkali ganda. Itupun setiap pelanggan cuma boleh beli se botol ajer minyak mahal tu.
Bila dah tak ada kat situ dalam perjalanan pulang ke rumah, boleh dikatakan setiap kedai runcit yang akak singgah memang tak ada minyak. Kalau ada pun cuma minyak peket yang berharga RM3.50 (selalunya RM2.60) itu pun tak boleh beli banyak cuma sepeket ajer. Oleh sebab tak biasa guna minyak peket akak tak beli.
Oleh sebab dah keletihan akak suruh Firdaus pulak mencarinya. Mula-mula ke Giant Batu Caves, Tesco Selayang, sekitar kedai runcit dan pasaraya di Taman Melati, Setapak dan akhirnya ke Jaya Jusco Wangsa Maju pun tak ada minyak masak yang biasa akak gunakan. Kata Daus,m inyak mahal adalah.
Akhirnya jumpa gak minyak masak di Wangsa Maju Seksyen 2 di sebuah kedai india, itupun tinggal 2 botol.Daus angkut 2 botol besar sebab kebetulan mak akak order sebotol.
Walaupun harga sebotol mencecah RM18.00(satu botol tangkai pemegang dah patah..angkut jugalah) dari harga biasa RM 13 atau RM14 (jenama yang lain pulak tu). Punyalah membuang masa, tenaga dan duit minyak kereta semata-mata nak mencari minyak masak. Geram betul dibuatnya.
Sekarang ni memanglah akak guna minyak jagung/minyak bunga matahari bila goreng sayur ataupun buat sambal tumis/asam pedas. Takkan nak goreng ayam/pisang pakai minyak mahal.
Mana mampu kecualilah memang orang kaya raya. Kalau akak tak berapa mampu macam mana pula dengan orang kampung ataupun orang yang berpendapatan rendah/sederhana. Dahlah harga bawang besar, bawang putih dan bawang merah ashik naik tak turun-turun. Begitu juga dengan bahan masak yang lain seperti ikan dan yang lain-lain.
Kenapalah pihak yang suka mengambil kesempatan suka menganiayai pengguna. Nak naik , naik ajerlah , akak cukup kesian dengan peniaga goreng pisang, keropok lekor dan sejenis dengannya. Kalau tak ada minyak camner mereka nak mencari rezeki.
Tolonglah jangan bagi rakyat susah bertambah susah. Padahal Malaysia negara tercinta kita ni merupakan pengeluar minyak sawit yang terkenal seluruh dunia. Pokok kelapa sawit bersepah-sepah.
Pandai sungguh sape yang jadi taikun/penyorok minyak ni. Bila dah tak ada di pasaran terpaksalah nanti kerajaan naikkan harga minyak masak. Pandai sungguh mereka ini kan. Bila naik harga maka benda lain pun akan ikut naik. Bila beli barang nanti RM10.00 dah macam RM1.00 ajer nilainya.
Kat tempat anda senang ker susah nak beli minyak? Cuba teka lepas ni ada pula yang hilang di pasaran.
tempat sy pon skunk susah nk cari minyak masak tapi mujur la dekat nagn kilang misak masak so tak menjadi masalah lah buat masa skunk..:)
BalasPadamEla pakai minyak Naturel (yg bunga matahari tu) so, tak da masalah la kak. Org tk bape gemar minyak tu sbb rega dia mahala skit. hihi ..
BalasPadamminyak masak pulak ke, adehhh
BalasPadamTerkini : Khairul Fahmi Akan Berhijrah ke Manchester United
fikir-fikirkanlah siapa main tarik harga dah nak dekat kong xi facai.
BalasPadamsalam iina..semalam..punya lah susah nak cari minyak.
BalasPadamdirumah ni..guna dua2 minyak..minyak jagung dan yang biasa..minyak jagung..banyak....minyak yang biasa guna..tak dek..
Aik... ya ke... melampau sungguh, minyak pun nak naik harga gak... Kat Miri berlambak lak stok minyak cam biasa, baru tadi Along gi spmkt nampak banyak je. Tak best ler kerajaan ni asyik naik harga barang je, org berada pun terasa, tambah ler org miskin kan KakIna. Dah tu, kalau barang asas naik harga kang semua brg makanan pun naik harga gak... teruk ler camni...
BalasPadambanyak makan kat luar... hihihii
BalasPadamala..harap2 tak naik harga lagi..mennyusahkan semua org lagi la cm ni..bukan nak membantu rakyat pun...
BalasPadamerk..susah la camtu ek...huhu..pasni kurangkan minyak lak dlm masakan..
BalasPadamhari tu kite sambar 2 botol yang 5 kg tu kat carefour tun hussein onn itu pun berlimit nak beli.
BalasPadamaduyaii..mcm2 hal lah kak ina ek...kak ina, jgn lupe join contest tau..http://kedaigambarkami.blogspot.com
BalasPadamptgtd sambil dok tid2 ayam sempat dgr abah cite, pueh dia keliling kedai .. minyak langsung xdak .. haruu betui
BalasPadamkat sini pun kena macam tu.. klu nak beli yg paket 1kilo tak jual.. yg 5 kilo dlm botol ada lak jual...
BalasPadamKak Ina...haiz...harge gula naik...harga minyak pun nak naik dah...masih student lagi tiada income, guna pocket money parents kena jimat2 la...haha...
BalasPadam~Kenny~
hmm. belum nak kena beli lagi minyak masak nie. kang tak tau lak betapa susahnya nak cari. nyesal tak beli stok lebih aritue. hua~
BalasPadambila ada kes stok barangan keperluan TAKDE sure lepas nie harga barang tu akan naik.... maka bertambah la kos makanan dan masakan seharian... huhuhu
BalasPadamhuhu...seyes susah gile dpt mntak skrg ni kak..ntah dorg ni suka3 hati je..kesian kat yg susah jd mkin susah..adeh..
BalasPadambtw kak, nk mntka tlg vote 4 me bole?
VOTE FFTF 035 KAT SINI
sy cari minyak masak sejak seminggu yg sudah kat nsk..mmg xde ingatkan masa tu dorang x tmbh stok lg...bwng pun dh mahal kat nsk 3.60 sekg..huhu..gaji x naik brg makin hal...
BalasPadamasik naik je harga barang..pokai camni
BalasPadam