OOO

Memaparkan catatan dengan label Resepi Ikan Keli Sambal Cili Padi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Ikan Keli Sambal Cili Padi. Papar semua catatan

Ahad, Januari 02, 2011

Resepi Ikan Keli Sambal Cili Padi

Anak-anak suka kalau akak masak ikan keli sambal cili api.Tak boleh pot pet sebab pagi ni nak hantar Ira masuk balik ke kurungan (asrama). Suami akak kata, kurang sikit volume radio kat umah.
Tentu mak-mak faham kan makna tersirat disebalik ayat itu.

Bahan-bahan
1 kg ikan keli
1 mangkuk kecil cili api
6 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji limau kasturi-ambil jus
minyak secukupnya
garam serbuk kunyit

Cara-cara
1. Siang ikan keli. Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi/asam jawa bersama garam. Perapkan sebentar dan bersihkan semula lalu toskan.
2. Bubuh serbuk kunyit dan garam dan goreng dalam minyak yang banyak. Sebelum tu masukkan asam keping sebelum menggoreng.Takut meletup.
3. Kisar cili api. Tumbuk bawang putih dan bawang kecil.
4. Gunakan minyak baru dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
5. Masukkan pula cili api yang telah dikisar dan tumis dengan api kecil sehingga cili masak.
6. Masukkan ikan keli dan perisakan dengan garam dan kacau sehingga bergaul rata.
7. Padamkan api dan masukkan jus limau kasturi dan kacau rata dan bolehlah di hidangkan.

Khamis, Disember 18, 2008

Ikan Keli Berlada

Ikan keli ni memang jadi kegemaran anak-anak akak..masak macam mana pun..insyallah habis...selalunya akak beli dalam 2 kg. Anak-anak dan akak suka masak sambal....selalunya akak guna cili hidup..oleh sebab cili merah mahal giler...RM15 sekilo....kalau guna mesti 1/2 kilo..jadi akak gunakan cili kering ajelah..tapi kurang umph..lah sikit..

Bahan-bahan

1. 1 kilo ikan keli
2. 10 sudu makan cili kisar
3. 8 biji bawang kecil
4. 6 biji bawang putih
5. 1/2 biji bawang besar
6. 3 biji limau kasturi - ambil jus
7. garam secukupnya
8. 1 batang serai * )
9. 1 inci halia * )
10.2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
11.kunyit hidup secukupnya*)
12.garam*)

Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
  • Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.
  • Toskan dan tumbuk kasar..jangan lumat tau..nanti kurang kick
  • Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan.
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili kisar dengan api perlahan sehingga cili tadi masak.
  • Masukkan garam dan bawang goreng yang telah di tumbuk tadi.
  • Biarkan sehingga agak kering dan masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
  • Tuang di atas ikan keli tadi.
Dah goreng pun dah sedap dah.....akak tak suka masukkan ikan keli dalam sambal..nanti jadi ikan tu lembek..bila nak makan baru akak letak sambal tu....enak di makan bersama-sama nasi panas........

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...