Resepi Mee Bakso Kuah Sapi

by kak ina kl (1) on Isnin, Februari 28, 2011

Pernah beli bakso yang di jual tapi rasanya tak sedap. Akak teringin nak buat sendiri jadi carilah resepi kat rumah member my resepi.


Jumpa resepi kat blog Hana, Hana pulak amik dekat rumah Ika dan Ika pulak amik dekat rumah Deetha. Mengikut Deetha, resepi asal ni dari Chef Budi Boga/Sutomo. Fuhhhhh jauhnya resepi ni berjalan ek.

Akak cuma letak sambal kicap ajer ..tu dah rasa sedap.

Bahan-bahan ( resepi asal Chef Budi Boga/Sutomo)
60g sawi - celur dan dipotong
60g bihun - celur dan toskan - guna mee ajer
60g mee kuning - celur dan toskan
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup - cincang

Untuk Kuah@Sup
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
4 ulas bawang putih - cincang-akak tumbuk
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan batang saderi - cincang
1 sudu makan minyak - utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)
akak tambah sedikit sos tiram

Untuk Bebola Sapi@Bakso
400g daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan sampingan (tak ikut)
Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato - ( tak letak)
kicap manis ABC ( guna kicap kipas udang)

Bahan sampingan
bawang goreng serta sambal kicap.

Cara-cara

Untuk membuat bebola sapi@bakso
Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)

Untuk membuat kuah
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Untuk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato dan juga kicap manis. Hidangkan.

Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

9 comments

kak ina..
ewah..kuah sapi lah..kalau ayu..terus pengsan...mmg tak leh masuk itu sapi dalam tekak..sure pening lalat

ayu suka `pentol` tu....sedap

by Citarasa Rinduan on 28 Februari 2011 8:45 PTG. #

kak ina..mas dah try resepi bakso ni...
memang sangat sedapp..
puas hati kan buat sendiri..

by Mas on 28 Februari 2011 9:11 PTG. #

Sabahan, mmg suka bakso ni. Majoriti kedai jual bakso. heheh :p

by azlina aziz on 28 Februari 2011 9:48 PTG. #

bakso... memang sedap!!

by KiD on 1 Mac 2011 1:39 PG. #

kuah sapi? harus try ni

Terkini : Jual Aiskrim Susu Badan?

by suffer8zine on 1 Mac 2011 6:02 PG. #

tengok benda alah ni lapar le pula

by Sharinginfoz on 1 Mac 2011 9:04 PG. #

saya suka bakso..selalu beli jer..nak copy resepi ni yer kak ina..kalo sempat boleh try

by MamaYatie on 1 Mac 2011 10:11 PG. #

saya suka bakso jugak
tapi dulu masa try kat bandung, esoknya terus sakit perut! hoho~

by h4ni3 on 1 Mac 2011 12:44 PTG. #

kalau la anak saya nampak jenis2 mi dan sup mcm ni, kompom kena buat. Kalau dia makan memang tak pernah sikit. Setengah jam sekali mintak makan selagi ada

by Norasikin on 1 Mac 2011 6:33 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...