OOO

Memaparkan catatan dengan label bakso kuah sapi sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bakso kuah sapi sedap. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 03, 2012

Resepi Sup Bebola Daging Sedap


Ashik batuk ajer..sakit tekak pun ada..makan bakso berkuah adalah penawar terbaik untuk tekak.   Dulu akak buat pakai resepi lain..kali ni guna resepi dari geng my resepi Che Iza

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus-tak letak
 
  • *UNTUK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sudu besar telur (1/2 biji)
  • 1 sudu kecil tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam

  • *UNTUK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sudu kecil lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sudu besar pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah 
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Air rebusan bebola daging
  • garam  
  • daun sup/daun bawang di hiris
  • bawang goreng
  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 2 biji tauhu di potong
*Utk sambal kicap: blend cili padi +kicap pekat chap kipas udang+bawang putih.  Blend ataupun tumbuk pastu buh jus limau kasturi sikit.

Cara-cara

  1. UNTUK KUAH: Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan rempah tumis 4 sekawan se hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air rebusan, masukkan juga pati daging/ayam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam.
 
UNTUK BEBOLA
Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah dan  bebola daging.

 
  1. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dengan taugeh dan kobis. Tuang kuah dengan bebola. Boleh juga guna mee lain.
  2. Biasanya di indonesia.. sup bebola daging  dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Isnin, Februari 28, 2011

Resepi Mee Bebola Daging Kuah Sapi

Pernah beli bebola daging yang di jual tapi rasanya tak sedap. Akak teringin nak buat sendiri jadi carilah resepi kat rumah member my resepi.

Jumpa resepi kat blog Hana, Hana pulak amik dekat rumah Ika dan Ika pulak amik dekat rumah Deetha. Mengikut Deetha, resepi asal ni dari Chef Budi Boga/Sutomo. Fuhhhhh jauhnya resepi ni berjalan ek.

Akak cuma letak sambal kicap ajer ..tu dah rasa sedap.

Bahan-bahan ( resepi asal Chef Budi Boga/Sutomo)
60g sawi - celur dan dipotong
60g bihun - celur dan toskan - guna mee ajer
60g mee kuning - celur dan toskan
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup - cincang

Untuk Kuah@Sup
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
4 ulas bawang putih - cincang-akak tumbuk
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan batang saderi - cincang
1 sudu makan minyak - utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)
akak tambah sedikit sos tiram

Untuk Bebola Sapi@Bebola Daging
400g daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Bahan sampingan (tak ikut)
Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato - ( tak letak)
kicap manis ABC ( guna kicap kipas udang)

Bahan sampingan
bawang goreng serta sambal kicap.

Cara-cara

Untuk membuat bebola sapi
Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bebola daging)

Untuk membuat kuah
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Untuk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bebola daging panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato dan juga kicap manis. Hidangkan.

Tips: Rebus bebola di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...