OOO

Isnin, Mac 14, 2011

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Pernah gak masak daging masak merah ikut resepi yang lain. Apa salahnya kita cuba resepi lain-lain.

Kalau nak buat daging ni pilihlah daging lembut sebab rebus sekejap ajer. Pastu air rebusan jangan di buang. Sebab nak jadikah masakan ni berkuah sikit. Ikut resepi asal tak ada sayur mayur ni..akak punya pemalas nak goreng sayur, akak masukkan ke dalam masakan ni.

Resepi ni ambil dari Myresepi.com. Kat resepi tu tak ada sukatan cuma letak bahan ajer. Akak letak sukatan ini ikut rasa tekak akak.Nanti kalau korang masak adjustlah ikut tekak korang pulak.

Bahan-bahan
1/2 kg daging batang pinang/daging lembut-rebus bersama sedikit pewarna merah sekejap(kalau daging tak lembut rebuslah lama sikit yer)air rebusan jangan di buang

Bahan-bahan
tumisan
5 biji bawang putih-tumbuk
5 biji cili api-tumbuk (nak rasa lebih pedas tambahlah yer)
4 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji bawang besar-potong gelang
sedikit lobak merah
sedikit bunga kobis
1 biji cili merah-hiris
minyak zaitun/minyak masak
garam dan sedikit gula
daun ketumbar-di hiris

Cara-cara
1. Goreng daging yang telah di hiris dengan minyak zaitun sekejap. Ketepikan.
2. Masukkan lagi sedikit minyak dan tumis bawang putih, sedikit bawang besar bersama cili padi yang telah ditumbuk.
3. Masukkan air rebusan daging dan sos tiram, sos cili,sos tomato.
4. Biarkan mendidih sebentar baru masuk daging, sayur, lebihan bawang besar dan daun ketumbar.
5. Biarkan pekat sedikit baru masukkan sedikit gula dan garam secukupnya.

Makan panas-panas ek bersama telur dadar. Kalau rajin buatlah tom yam..walla makan cam kat kedai masakan thailah pulak.

6 ulasan:

  1. thanks kak ina kasi resepi.nnti leh cuba.

    BalasPadam
  2. sawadikkaapp.. sedapnya daging kaaap...
    :)

    BalasPadam
  3. wahhh...nampak sangat lazat masakan kak ina ni...

    boleh try masak la unt mr.hubby ^_*

    tiba2 rasa lapar ni...adoyaiii resepi kak ina buat saya tak boleh diet...hehe

    BalasPadam
  4. lepas ni sy akan selalu terjah blog kak ina sbb sy dlm proses hendak memasak sendiri di rumah :D

    BalasPadam
  5. Terima kasih kak ina..saya dah dapat resipi ni nak cuba masak lepas ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers