OOO

Rabu, April 20, 2011

Baulu Gulung Jadi Baulu Kapit

Buat kek gulung memang mencabar, kalau tebal sebab guna loyang yang salah camnilah jadinya. Dahlah di design dengan lapisan warna ungu..kononnya nak samakan dengan jem blueberry masa nak bako. Dah nampak cam cantik tapi  bila nak gulung terpecahlah pulak, jadi terpaksalah akak kapitkan dan jadi camni.


Sorry gambar tak clear..kononnya nak cubalah guna menu kat kamera..tapi tak apalah janji nampak gak ruper baulu tu kan.  Nasihat akak...Jangan salahkan resepi tapi tukang buat yang salah.  Janji di makan habis udahlah. Resepi ni akak ambik dari blog Mat Gebu ..Mat Gebu ambil dari Ayin Yin.


 BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 biji telur gred A
  • 100 g gula pasir
  • 100 g mentega, cair dan sejukkan
  • 1/4 camca teh vanilin@1/2 camca teh esen vanilla
  • 75 g tepung gandum*
  • 25 g tepung jagung*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan diayak)
  • Jem kegemaran secukupnya (akak guna ajer jem blueberry)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin 12 inci x 12 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Putar telur, gula dan serbuk vanilin hingga kembang dan pekat, gunakan kelajuan tinggi. Pada kelajuaan perlahan, masukkan tepung yang telah diayak tadi. Putar rata.
  3. Tuang mentega cair dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar 25 - 30 minit atau hingga kuning keemasan.
  4. Biarkan sejuk sebentar dan terbalikkan di atas sehelai kertas minyak. Sapu jem kegemaran dan gulung kemas. Potong sebelum dihidangkan.  
  5. (akak potong 2..pastu bubuh jem dan ratakan..tangkup dan potong kecik-kecik)

10 ulasan:

  1. salam kak ina...saya pun baru cuba buat kek gulung hujung minggu lepas. Hari sabtu buat , berjaya digulung. esoknya buat lagi sebab sedap sangat dan senang( sebelum digulung...eheh)..tapi tak jadi digulung sebab dah patah riuk...terpaksa juga dilapiskan...ehehe..

    BalasPadam
  2. sedapnya akak....feberet nieyh
    saya follow akak...hope follow saya yer akak...hehehe

    BalasPadam
  3. biasa la kan akak,main msk2 ni kadang tak jadi

    mesti sedap rasenya ni

    BalasPadam
  4. kakinakl..betul la ina..janagn salahkan resepi..
    kapit pun kapit la ina..janji sedap..

    BalasPadam
  5. ni kalo yong yg buat xtau la cane rupa dia hehehe

    BalasPadam
  6. tah2 yg kapit ni lg sedap kot kak ina..hehe

    BalasPadam
  7. salam ina.
    lama dah tak ke sini. Datang tengok baulu kapit. ada lagi?

    BalasPadam
  8. kapit pun takpe akak, janji sodappp

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers