OOO

Isnin, April 25, 2011

Resepi Bihun Soto Sarnan

Kali ni buat soto ayam pakai rempah soto sarnan.  Didatangkan dari Batu Pahat.  Member blogger Che Armster yang tolong belikan.  Akak suruh dia cari rempah soto yang akak pernah beli kat Pasar Tani Tanglin, tak jumpa dia belikan ajer rempah soto yang ini.
Mak dia yang rekemenkan. Bila dah cuba..boleh tahan sedapnya.
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 4 dan toskan
Air 2-3 liter air
10 biji bawang merah-tumbuk
8 biji bawang putih-tumbuk
3cm halia -di tumbuk
2 batang serai-titik hujung

Bahan tumis
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 paket rempah soto Sarnan
akak tambah : 1 kuib ayam

Bahan-bahan sampingan
Bihun-rendam dalam air mendidih pastu jirus dengan air sejuk. Toskan.
Sambal kicap
Bawang goreng
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Daging ayam yang disiat2 halus
soo hoon-goreng dengan minyak panas..tak yah basuh tau..terus cebur ajer dalam minyak tu.
Sambal kicap (* Goreng cili api bersama 1 biji bawang putih (20 biji). Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi) 

Cara-cara
1. Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau bersama serai.
2.  Masukkan pula bahan kisar dan rempah soto dan biarkan sebentar sambil di kacau.
3.  Masukkan ayam dan air secukupnya dan rebus sehingga 10-20 minit,
4.  Perasakan dengan garam dan keluarkan ayam. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
5.  Goreng ayam sekejap dan biarkan sejuk.  (kalau tak nak pun tak per)
Siat-siat isi ayam dan ketepikan. 
6. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.
7. Hidangkan bersama bihun, pergedil daging, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.

Pegedil ayam
Bahan-bahan
100-200gm daging ayam kisar
3 biji ubi kentang-di potong 6
1 sudu makan bawang goreng
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
sedikit garam
1 biji putih telur-untuk salut kat pegedil
sedikit kiub ayam (pilihan)
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Rebus kentang yang telah di potong 6 dan toskan.
2. Isi ayam lepas tu goreng dengan sedikit minyak bersama-sama serbuk lada hitam, kiub ayam, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
3. Tumbuk ubi kentang hingga lumat dan masukkan ayam kisar, bawang goreng dan hirisan daun sup bawang dan campurkan semua sehingga sebati.
4. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
5. Pukul telur putih dan celupkan pegedil tadi dan goreng dengan api sederhana.

10 ulasan:

  1. rempah sernan ni mmg ummph akak. ayah sy slalu gune. tryla rempah beriani. konpem terangkat!

    BalasPadam
  2. alahai kak. soto mmg feveret ella. telan air liur dah menengok ni. hihi

    BalasPadam
  3. akak kat mana nak beli rempah ni...nampak sangat lazatttttt :)

    BalasPadam
  4. Salam.. Kak Ina, suami Nur yang minat sangat menonton F1 tu. Nur pun tumpang sekaki la...
    p/s : Nampak sedap soto ni.. Meleleh air liur ni.. hehe

    BalasPadam
  5. wah nmpak sedapla kak..mana nk cari rempah soto nih ek?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    minum pagi esok makan soto lerr
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  7. ermm...sedapnya..lebih lebih lagi kalau guna rempah yang asli kan kak...terliur la pulak

    BalasPadam
  8. kak ina, begedil bukan pegedil. marah org jawa dgr.


    -SR-

    BalasPadam
  9. terima tanpa nama aka SR..

    iyer ker orang jawa panggil begedil..akak dari kecik dengar mak panggil pegedil..sorrylah yer

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers