Isnin, Mei 30, 2011

L’Oreal Paris Revitalift White Day Cream SPF 18

Sape yang tak kenal dengan Maya Karin, 31 seorang model dan seorang pelakun yang mempunyai nama besar dalam industri perfileman.  
Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Irina Melati Roelcke, 27 seorang peguam koporat yang berpusat  di London dan telah menceburi peragaan sejak kecil lagi menerusi iklan Mc Donald, Avon dan Hazeline.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (kelas pertama) daripada Universiti London dan Sijil Latihan Guaman, Irina memulakan karier sebagai kaki tangan awam di England selama tiga tahun sebelum bekerja sebagai peguam di London. 

“Bekerja di bandar besar seperti London adalah impian sesiapa saja termasuk saya. Selepas belajar bersungguh-sungguh kini saya merasai hasilnya. London adalah tempat mencari rezeki yang sangat bagus dan saya sangat sukakannya,” katanya yang turut menjadi model untuk beberapa video muzik di London.  Walaupun aktif dalam bidang peragaan, Irina tetap memberi tumpuan kepada kerjayanya supaya bakat dan kecantikan semula jadi dalam dirinya dapat digunakan sebaik mungkin.

Irina dipilih sebagai wajah terbaru L’Oreal Paris Revitalift White untuk Malaysia yang dilancarkan pada Januari lalu manakala Maya Karin menjadi jurucakap L’Oreal Paris Malaysia sejak empat tahun lalu.

Sama cantik sama menawan, kedua-duanya bukan saja akrab sejak kecil, malah berkongsi apa saja. Bagaikan tiada rahsia antara mereka.
Menariknya, sejak kecil Irina bercita-cita mahu menceburi bidang lakonan manakala Maya berminat dalam perniagaan. Namun, kedua-duanya berubah tatkala peralihan usia remaja. Maya Karin menceburi bidang hiburan manakala Irina menjadi peguam.
“Sebenarnya kami mempunyai perbezaan daripada segi minat dan hobi. Saya sukakan aktiviti lasak dan mencabar seperti selam skuba manakala Irina aktif dalam bidang sukan seperti menunggang basikal dan seni bela diri. Namun, kami boleh berbual apa saja dan dalam bidang pekerjaan, kami akan berkongsi semuanya serta saling bertukar pendapat,” kata Maya.

Kedua-dua wanita ini yang membesar menerusi gaya hidup moden dan tradisi mengakui penjagaan kulit wajah adalah sangat penting bagi memastikan wajah segar dan muda sentiasa.

Justeru kedua-duanya percaya produk antipenuaan sangat perlu bagi menghalang kedutan terutama pada bahagian dahi, bibir, leher, di bawah mata serta mengatasi masalah kulit kering, wajah kurang bercahaya dan bermaya serta ketidaksamaan warna kulit yang boleh menyebabkan kulit hilang keanjalannya.

Dalam hal ini, Maya dan Irina menjadikan ibu mereka sebagai pakar rujuk terutama berkaitan kecantikan.

“Sejak berusia 16 tahun, ibu sering berpesan cara terbaik untuk mendapatkan kulit yang cantik adalah dengan melakukan rutin penjagaan wajah iaitu membersih, menyegar, melembap dan memakai pelindung suria.

“Saranan ibu saya amalkan sehingga sekarang, walau di mana saya berada tiga langkah penting ini tetap saya lakukan. Justeru bagi mendapatkan produk terbaik sesuai dengan pertambahan usia, saya meluangkan banyak masa mencuba pelbagai produk kecantikan di pasaran untuk mengetahui produk yang sesuai dengan kulit. Saya percaya kulit yang sudah rosak sukar dijaga dan memerlukan penjagaan yang sangat rapi,” jelasnya.

Tinggal di negara yang mengalami peralihan musim, pemilihan produk sesuai adalah sangat penting terutama apabila musim sejuk, kulit menjadi terlalu kering dan kurang lembap.  Walaupun tidak menghadapi masalah kulit, Irina tetap mengamalkan minum air lapan gelas sehari serta menggunakan sabun herba semula jadi untuk kesihatan tubuh.

Hal ini turut diakui Maya yang sentiasa memastikan kulit terjaga apatah lagi kerjayanya yang sentiasa berhadapan dengan peminat.

Menurut Maya, menjelang usia 30-an penuaan adalah perkara semula jadi yang paling ditakuti. Justeru, dia mengambil langkah pencegahan dengan mengelak kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari, persekitaran, pencemaran dan tekanan yang boleh menyebabkan tanda penuaan semakin ketara pada wajah.

Bagi Irina pula, memasuki usia 27 tahun adalah saat paling sesuai memakai produk antipenuaan. Ini kerana sebelum kedutan muncul pada wajah sebaiknya cegah terlebih dulu dengan memakai produk sesuai.
Selepas mencuba produk L’Oreal Paris Revitalift White Day Cream SPF 18, kedua-dua beradik ini mengakui tekstur kulit mereka lebih ketara cerah dan mengurangkan garis halus pada kulit.
“Apabila disapu, kulit tidak berminyak, lembap dan terasa lebih segar dan sejuk. Paling penting kini saya menemui produk yang bersesuaian dengan kulit saya,” kata Maya.
Irina pula memberitahu dia sangat sukakan krim ini kerana kulitnya semakin anjal dan lembap. Sebelum ini dia sukar menemui produk yang memberikan kelembapan berpanjangan serta tidak berminyak, namun krim L’Oreal Paris Revitalift White Day ini mampu melakukannya.
Paling penting sapuannya membantu untuk melindungi kulit daripada pancaran ultra lembayung sekali gus menjadikan kulit lebih halus dan sekata. Justeru dia tidak bimbang lagi pada kerosakan akibat daripada sinaran matahari.
Tambah Irina, selain penjagaan wajah dia juga percaya kecantikan bermula daripada hati yang bersih.
“Apabila hati sentiasa ceria, ia akan terpancar menerusi wajah sekali gus menjadikan badan dan otak kita sihat,” katanya yang gemar aktiviti lasak serta rajin makan jamu untuk kesihatan dalaman.
Selain berkongsi rahsia kecantikan, Irina dan Maya juga saling memberikan sokongan antara satu sama lain. 
 Jarak bukan pemisah untuk mereka saling berhubung. Irina sangat mengagumi kakaknya atas disiplin dan kerja kerasnya sebagai pelakon.

“Dia sangat bersungguh-sungguh dalam kerjaya dan sentiasa memastikan matlamatnya tercapai. Maya tahu apa yang dia mahukan dan berusaha menjadikan impiannya satu kenyataan. Saya membesar dan melihat perubahannya sedikit demi sedikit sejak lakonan pertamanya sehingga sekarang,” katanya.

Bagi Maya, dia berusaha menunjukkan contoh terbaik kepada Irina sehinggakan dia membesar menjadi wanita matang dan bertanggungjawab.
“Ketika belasan tahun saya berusaha menjadi kakak bertanggungjawab dan memberi contoh terbaik kepada kedua-dua adik saya.

“Hasilnya, saya gembira melihat perubahan Irina selepas hampir 10 tahun dan dia sentiasa bersama saya ketika saya memerlukan dan begitulah sebaliknya,” kata Maya sambil memandang Irina penuh makna.

Irina memberitahu walaupun Maya kini berjaya sebagai pelakon yang mendapat perhatian ramai dan dipuja peminat, Maya tetap sama seperti mana yang pernah dia kenali dulu.

“Dia masih wanita yang suka menangis, bergaduh dan berlari kejar-mengejar bersama saya dan adik. Sehingga sekarang kenangan itu masih segar dalam ingatan saya. Walaupun berbeza usia empat tahun, kami sangat rapat,” ujar Irina yang kini kembali ke London meneruskan kerjaya sebagai peguam.
 Wah..wah..best ni..akak pun guna gak lah produck L'Oreal Paris Revitalift White Day Cream SPF 18 ni.  Sebab akak kan dah berumur lebih 40..an jadi kenalah jaga kulit muka, nanti cik abang bertambah sayang.
Kebaikan memakai L'Oreal Paris Revitalift White Day Cream SPF 18 :-

1. Keserian
2. Kecerahan
3. Mengurangkan kekusaman
4. Kulit nampak lebih halus
5. Mengurangkan bintik hitam
6. Membaiki tona kulit yang tidak sekata
7. Keanjalan
8. Antikedut
9. Mengurangkan kedut di tepi mata
10. Mengurangkan kedutan Glabella
11. Mengurangkan kedutan di dahi
12. Mengurangkan garis ketawa
13. Mengurangkan garis halus
14. Mengatasi masalah garis rahang menggeleber
15. Mengurangkan lipatan leher

Dapatkan Revitalift White Day Cream SPF18 di L’OrĂ©al counters bekas 50ml jar dengan harga RM39.90 dan  RM 42.90 untuk  50ml pump bottle. 

5 ulasan:

  1. adik maya tu cute & berilmu

    * wah kak , x lama lg .. cun le muke akak cm maya

    BalasPadam
  2. Wah Kak Ina,awet muda teruslah lepas pakai Revitalift and kulit pun macam orang putih jugak sebab ada whitening..ahaks!

    BalasPadam
  3. muka adik dia lebih pan asean kan..maya lebih kepada m'sian..hehee

    advertorial ni ek..tahniah kak ina..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers