OOO

Khamis, Jun 30, 2011

Mee Kungfu..Wacaaa

Dulu pernah buat sekali mee kungfu ni tapi dah lama. Akak buat hari Ahad lepas sebab siangnya dah kenyang makan umah orang kawin. Malas nak masak susah-susah
Bahan A
  • 500 gm mee kuning
  • 5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
  • 100 gm udang basah -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
  • 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
  • 1 biji panjang fish cake potong nipis
  • 6 biji fish ball-potong nipis-akak tambah
  • 5 ulas bawang putih -dicincang-akak tumbuk
  • 100 gm sawi cina-potong kecil
  • 100 gm bunga kobis -dipotong kecil
  • 100 gm carrot -potong kecil dan memanjang
  • 5 tangkai jagung kecil-hiris serong
  • 2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak jagung
  • 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair & serbuk lada hitam-akak tambah
  • garam
  • minyak secukupnya
  • sayur dan bahan boleh di tukar ikut stok yang ada kat dalam umah
Cara-cara
1. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam telur dadar.
2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.
4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, kicap cair, baby corn dan carrot.
5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Akak sekeluarga suka makan dengan sambal kicap..al maklumlah ada keturunan Jawa.


14 ulasan:

  1. yum yum sgt sedap tap me reti mkn ajer heheh

    BalasPadam
  2. 1st!!

    Assalamualaikum.

    Uiiihhh!! K'Ina.. wachaaa pagi Khamis eikkk :)
    dap nyerrr wat berbuka..

    BalasPadam
  3. lorrr!! ingat 1st td heheh :)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    saya suka mihon.....nyam2

    Wassalam

    BalasPadam
  6. Mee kena salut dgn telur ye kak Ina?

    BalasPadam
  7. ooo...mee tu kena bubuh telur yer..patut la saya buat tak jadi..wakakaa..bubuh kicap cair sket ker tak yah?sbb nampak kat kedai macam ade kaler itam sket..

    BalasPadam
  8. slm akk....

    sblm ni mmg sy xpnh lg try wt, sllu mkn kt kdai jer. Rs tringn jga nk wt tp xthu resepi.

    Kredit thnx kt k'ina sbb sudi share resepi ni...

    t nk try wt jgk, hehehe. Mintk halal yer resepinya;-)

    BalasPadam
  9. Salam KIkl

    Semenjak 2 menjak ni mesti order mee kungfu kat kedai. Hari ni pagi2 dah beli bahan konon nk buat mee kungfu, tup2 tgk blog KIkl ada cete mee ni Lagilah berkobar2 bak buat.

    OK Kakak sgt suka blog ni..hehe bukan mengampu..!

    BalasPadam
  10. wah kak , siap ado WACHAAAAAAAAAAAAAAAAaa lg tu ... terus i tingat kt kungfu panda

    BalasPadam
  11. sedap nie..
    dah lama x mkn kuew teow kungfu..
    nyummy~!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers