OOO

Jumaat, Julai 08, 2011

Hari Pertama Di London

Semasa akak membersihkan diri, suami berborak dengan Shukie dan Long Hafiz kat dalam bilik. Entah apa yang di bualkan akak tak tau. Bila keluar dari bilik air, Shukie ajak Long Hafiz bawak kami jejalan sebab dia tengah free.

Mula-mula rasa cam penat tapi dah orang nak tunjuk jalan baik akak gi, lagipun masa tu baru pukul 3.00 lebih, macam pukul 12.00 tengahari di Malaysia sebab masa siang agak panjang.

Kalau ikutkan kami berdua memang tak reti nak naik underground tube tapi akak dah google pastu bertanya dengan saudara yang dah gi ke London dan cuba dapatkan maklumat tentang sistem pengangkutan di Kota London. Menurut mereka menggunakan underground tube merupakan pengangkutan yang paling baik dan menguntungkan kerana ianya menghubungkan hampir kesemua kawasan menarik di dalam Kota London, ala lebih kurang cam sistem LRT, STAR dan monorail.
Berjalan kaki ke Paddington Underground lebih kurang 5-8 minit dari hotel, naik underground ke Westminster. Keluar ajer dari stesyen ternampak Menara Big Ben.

Big Ben ialah clock tower di Houses of Parliament ,Westminster, London. Terletak di north end of the Palace of Westminster di Central London dan di bina pada tahun 1859.
Nak ambil gambar kat sini memang payah sebab ramai betul orang.
Jalanraya yang sentiasa sibuk, dengan kenderaan dan manusia.
Setelah bergambar di Big Ben, kami jalan kaki ke House of Parliment. Tak di nafikan banguanan lama di Kota London memang berseni, tak puas mata memandangnya. Kalau anda sukakan pemandangan sebegini memang anda patut ke sini .
Boleh ajer masuk ke dalam kalau nak tenguk tapi bila tenguk panjangnya barisan langsung tak jadi.
Polis yang sentiasa membantu jika tak tau jalan, masa ni kat House of Parliment
Long Hafiz ashik dengan hp, macam biasa suami akak bila ajak ambil gambar memang tak minat. Nasib baiklah ada Shukie yang tolong ambilkan gambar. Rasa rugi tak ambil gambar kat tempat menarik macam ni. Entah bilalah dapat datang lagi.
Dari House of Parliment kami pegi pulak ke Westminster Abbey, tempat kawin semua putera dan puteri di raja England, yang terbaru Prince William dan Kate Middleton. Tak terkata bila tenguk binaan bangunan ni, menarik dan cantik sungguh..
Kami berdua memang suka tenguk hiasan binaan bangunan lama kat sini, Kalau nak belek memang makan masa yang lama, kesian pulak dengan pemandu pelancung kami tu pulak.
Nak masuk sini kena bayar rupanya dah
harganya hermmmm boleh tahan..

Dari jauh dah nampak The London Eye..kawasan ni semua berdekatan antara satu sama lain, tak payah nak bus ataupun taxi, cukup ajer berjalan kaki.
Lagi pun masa akak pergi cuaca bukannya panas pun. Tak berani nak naik teksi hitam kat London, orang kata bayarannya mahal. Pernah tenguk orang bayar guna kad kredit..fuhh canggihnya teksi kat sini
Alahai ..tak cantik pulak bila tenguk ada orang buat demo kat sini. Mencacatkan pemandangankan.
Akhirnya dapat gak tenguk terletak di bahagian barat Taman Jubilee, di South Bank pada Sungai Thames di London, England, di antara Jambatan Westminster dan Jambatan Hungerford. Long Hafiz tak bagi akak naik bus pelancung tu. Rugi katanya.
Bayaran yang dikenakan untuk menaiki The London Eye untuk orang dewasa 18 pound. Dulu dah pernah naik benda lebih kurang camni di Taman Tasik Titiwangsa. Akak cuma ambil gambar dari jauh sahaja.

Sungai Thames ialah sungai utama yang mengalir di selatan England. Ia terkenal kerana mengalir merentasi London tetapi turut merentasi beberapa pekan dan bandar lain termasuk Oxford, ReadingWindsor.

bergambar lagi kat Big Ben dari sisi lain
Pergi balik ke stesyen tube, nak ke tempat lain pulak. Sekejap ajer akak dah pernah ke beberapa tempat yang menarik di area sini.

p/s Kalau nak dapatkan hadiah menarik dari London jom sertai
..longHaffiz.com : Behind the Photo Contest 2011
1. DIGI SUPER RELOAD YOUTH


3. INFO PASAL SAMSUNG GALAKSY S2

8 ulasan:

  1. bestnya london..cantik sungguh..saya suka binaan2 camtu..

    BalasPadam
  2. lenkali ajak me leh tolong amekkan gambo makk.. ahaks

    BalasPadam
  3. mmg cantik bangunan2 dkt london :)

    BalasPadam
  4. Kak Ina,
    Since Kak Ina suka tengok bangunan lama seperti di London,then Kak Ina mesti melancong to other parts of Europe.Memang cantik and rasa diri kerdil sangat berhadapan dengan bangunan lama yang gigantic.Rasa in awe sangat.Saya tak pernah rasa jemu melawat Europe.Pergi to the same place seribu kali pun saya sanggup.

    BalasPadam
  5. teringin nak ke london..bilalah ada masa nih..

    BalasPadam
  6. Teringin sangat nak ke London, bawa sekali Flexiroam.. Sure banyak boleh berjimat...

    BalasPadam
  7. 17-22 dis. sy dan suami akan k Dartford,London.jika musim sejuk ni apa yg mnarik dan jenis jualannye...kat mn blh dpt mknan halal.tq

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers