OOO

Rabu, September 21, 2011

Roti Capati (Resepi Ulangan)

Buntu nak buat breakfast kan..kali ni merajinkan diri mengguli tepung atta nak buat capati.  Kalau Yana balik akak memang suruh bawa balik tepung atta dari sana.  
Ashik ke sini sana masa raya sampai akhirnya Yana tak dapat makan capati ni.  Tak perlah, nanti kalau balik lagi boleh buat lagi.  Kali ni makan dengan sambal sardin ajer.

Bahan-bahan
3 cawan tepung capathi/tepung atta
2 sudu makan mentega/marjerin lembut-cairkan
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.
Cara-cara
1. Masukkan mentega/marjerin cair ke dalam tepung dan campurkan rata.
2. Masukkan garam ke dalam air suam dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelahitu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.

10 ulasan:

  1. capati sy kureng sket, nan ok gak kak ina..ada resipi?:-)

    BalasPadam
  2. klu demam , capati je mknn plg serasi dgn tekak hihi

    BalasPadam
  3. emak saya pun rajin wat capati sendiri. lagi elok makan tu dr makan roti canai kan kak.

    BalasPadam
  4. tak suka sgt capati sbb rasa plain gitu ajer--tp capati bagus utk saper2 yg berdiet :)

    BalasPadam
  5. nampak sedapppp & super rajin nak u buat.

    BalasPadam
  6. sambal sardinlah yg sedap. mkn dgn aper2 pon...

    BalasPadam
  7. saya capati kurang skit sebab dia mcm tepu skit, hehe

    BalasPadam
  8. http://wanwidget.com/

    saya capati kurang skit sebab dia mcm tepu skit, hehe

    BalasPadam
  9. kak ina! saya suka roti nan garlic, hehehe

    BalasPadam
  10. Wah! Sedap capati ni Kak Ina :)
    Minggu lalu layan capati dengan kari kambing adik belanja.. best!!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers