OOO

Sabtu, November 05, 2011

Resepi Mee Soto (Rempah Sarnan Lagi)

Guna lagi rempah sarnan dari Batu Pahat. Memang sesuai di tekak kami sekeluarga
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 4
Air secukupnya
10 biji bawang merah-tumbuk
8 biji bawang putih-tumbuk
3cm halia -di tumbuk
2 batang serai-titik hujung

Bahan tumis
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
8 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1/2  paket rempah soto Sarnan
akak tambah : 1 kuib ayam

Bahan-bahan sampingan
Bihun-rendam dalam air mendidih pastu jirus dengan air sejuk. Toskan.
Sambal kicap
Bawang goreng
Tahu-potong kecil dan goreng
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Daging ayam yang disiat2 halus
soo hoon-goreng dengan minyak panas..tak yah basuh tau..terus cebur ajer dalam minyak tu.
Sambal kicap (* Goreng cili api bersama 1 biji bawang putih (20 biji). Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi) 

Cara-cara
1. Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau bersama serai.
2.  Masukkan pula bahan kisar dan rempah soto dan biarkan sebentar sambil di kacau.
3.  Masukkan ayam yang telah di bersihkan dan air secukupnya dan rebus sehingga 10-20 minit.
4.  Perasakan dengan garam dan keluarkan ayam. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
5.  Goreng ayam sekejap dan biarkan sejuk.  (kalau tak nak pun tak per)
Siat-siat isi ayam dan ketepikan. 
6. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.
7. Hidangkan bersama bihun, pergedil daging, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.

Pegedil ayam
Bahan-bahan
100-200gm daging ayam kisar
3 biji ubi kentang-di potong 6
1 sudu makan bawang goreng
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
1 biji kuning telur
sedikit garam
1 biji putih telur-untuk salut kat pegedil
sedikit kiub ayam (pilihan)
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Rebus kentang yang telah di potong 6 dan toskan.
2. Isi ayam di gaul bersama-sama serbuk lada hitam, kiub ayam, serbuk lada sulah dan sedikit garam kemudian goreng dengan sedikit minyak.
3. Tumbuk ubi kentang hingga lumat dan masukkan ayam kisar, kuning telur, bawang goreng dan hirisan daun sup bawang dan campurkan semua sehingga sebati.
4. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
5. Pukul telur putih dan celupkan pegedil tadi dan goreng dengan api sederhana.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Ina

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
    Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah

    Wassalam

    BalasPadam
  2. perghhh soto siap ngn bergedil..terliur bukak blog aunty ni pagi2

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers