OOO

Jumaat, November 04, 2011

Beli Apa Di Kampung Boyan Kuching Sarawak

Ada pembaca blog tanya , kat ner kak ina  beli kek lapis?
Masa akak di sana pekerja hotel dan rakan yang dah pernah jejalan kat 
Kuching bagitau kalau nak beli kek lapis..
kena seberang sungai Sarawak naik sampan, sehala cuma 50 sen seorang.  Kalau nak gi sini orang situ kata, baik pergi belah petang.  Meriah sikit.
Kat seberang sungai  berhampiran jeti ada di jual ikan terubuk masin.  Harga ni bukan harga tetap.  Korang boleh tawar...bukan kat sini ajer..kat jalan kat depan pun ada lagi yang jual ikan ini.

Tempat jualn  ini di panggil Kampung Boyan.  Kalau nak balik barulah beli tau sebab baunya yang harumlah sangat.  Kalau tak nak beli kat sini boleh pergi beli ke Pasar Satok yang cuma ada hari Sabtu dan Ahad.
Ada gak di jual gambir Sarawak (erhmmm org lelaki taulah apa kegunaanya), fridge magnet (3 biji-RM10.00-kalau rajin tawarlah kot dapat 4 biji RM10.00) dan souvenior dari Sarawak.
 Lepas tu jumpa Food Court..kalau nak lepak dulu pun 
boleh baru gi belah belah.
Jalan depan sikit ada kiosk jual kek lapis.  Bermacam rupa dan berwarna warni kek lapis yang di jual di sini.  Tak yah beli pun tak per.  Cuba makan dulu sample yang di beri sampai puas, pastu nak balik kalau rasa sedap bolehlah beli sebelum balik naik sampan semula.

Kat sini juga ada di jual tabaloi, kueh chinchin dan bermacam lagi cenderamata Sarawak.
Antara yang popolur kek lapis kat sini Mira di kiosk tadi  dan kek lapis Dayang Salhah. Tempat jualan Dayang Salhah terletak tidak jauh dari kiosk tadi.
Jangan beli dulu, rasalah sepuas-puas hati sample kek lapis kat sini.  Kalau rasa haus boleh beli air kat sini. Kat sini ada kek lapis yang berharga sederhana dan yang mahal.  Tepuk poket tanya dompetlah kalau nak beli ek. 
Kalau nak balik naik kapalterbang suruh mereka bungkus 
dalam kotak tanpa bayaran tambahan. Senang nak bawak dan nanti taklah kek lapis tu terpenyet dan hilang rupa bentuk.
Kalau tak berkenan kat sini gilah beli kat kiosk yang tadi pulak.
Akak beli kek lapis Dayang Salha dan kek lapis Mira sebab orang kata kek lapis ni sedap pastu  ada 2 jenis iaitu jenis yang kering dan basah..beli ikut kesedapan tekak masing-masinglah. Tak pun korang boleh beli kek lapis orang lain ..mungkin lagi sedap dari yang tadi.  Susahlah nak rekemen sebenarnya.
 
Pastu kami lepak makan dan minum kat food court tadi.  Dah kenyang naik sampan semula balik dan pulang ke bilik semula.  Kalau nak sembahyang pun senang sebab ada masjid kat Kampung ni.


13 ulasan:

  1. Saya pun bershopping kek lapis di Kedai Dayang Salha. 10 hinggit dah dapat. Kalau beli 100 ringgit dapat free satu lagi kek lapis.

    BalasPadam
  2. kita org dah dekat ni pun blum sampai sarawak....lebih murah kat sini kek lapis tu ye?

    BalasPadam
  3. ntah kenapa tak berapa minat kek lapis sbb rasa pahit tp haritu dapat makan yg betul2 sedapppp

    BalasPadam
  4. Oh! Kek Lapis..

    Best nyer Kak Ina.. selalu dapat jalan-jalan.. Kita ni asik tengok je orang gi jalan2 huk! huk!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak Ina

    popular kek lapis dayang salhah tu...

    Wassalam

    BalasPadam
  6. Ina...masa kita naik sampan tu...terjerit pekik takut...hahahah

    BalasPadam
  7. salam kak Ina..

    wah! dh sampai ke kg Boyan ye. tp mmg meriah kat situ sb byk kek lapis. Dyg pun suke ke tempat tu dan tentu sekali ke kek lapis Mira n dyg Salhah.

    BalasPadam
  8. Thanx yer kak ina utk info tu...senang la sikit Liza g sana nnt...
    salam aidiladha utk kak ina n family...

    BalasPadam
  9. saya dengan wife pernah ke food court dan dayang salhah tu.. lama daaaah.. masa hunny moon. hehehe

    BalasPadam
  10. Kakak GEREK saya orang sana....kalau nak direct tempah ngan dia jee.....hehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...