OOO

Isnin, Disember 05, 2011

Kari Daging Kerbau Makan Bersama Nasi Hujan Panas

Gara-gara membeli daging lembu sehingga 3kg dekat nak hari raya haji yang lalu, sehinggakan tak tau nak masak apa lagi.  Akhirnya terfikir nak masak daging kerbau masak kari. Yang last ni banyak pula urat, sayang nak buang akak masukkan.

Bahan-bahannya
  •  1/2  camca besar  minyak 
  • 4-5  camca besar rempah kari 
  • 500gm/1/2kg  daging kerbau bercampur sedikit urat- dipotong kecil 
  • 1/2 kg- 500gm santan pekat
  • 1 1/2 cawan -agak-agaklah nak pekat camner..akak suker pekat sikit.
  •  2 biji ubi kentang-dibelah empat
  • garam  secukupnya
Bahan-bahan tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih dan 
  • 2 biji bawang merah di hiris halus
Bahan-bahan kisar/tumbuk
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 inci halia
Cara-cara
1.  Panaskan minyak dalam kuali/periuk.
2.  Masukkan bahan-bahan penumis, bawang yang telah di hiris dan  bahan-bahan kisar bersama daun kari.
3.  Kacau sehingga naik bau dengan api sederhana besar.
4.  Kemudian masukkan rempah kari, sedikit air  dan kacau sehingga terbit minyak.
5.  Masukkan pula daging bersama  ubi kentang dan kacau rata sehingga terbit minyak.
6.  Tuangkan santan, garam  dan tambahkan 1  cawan air dan kacau sehingga santan mendidih.
7.  Kacau sekali sekala dan biarkan sehingga daging dan ubi kentang lembut.
8.  Bila dah lembut rasa garamnya baru di padam api.
 Resepi nasi hujan panas  kat sini SINI. Pastu goreng papadum..alhamdulliah semua suka

2 ulasan:

  1. minat sungguh dengan nasi hujan panas sebab tak berlemak mcm nasi minyak

    BalasPadam
  2. sedapnya... saya tak reti nak bezakan nasi minyak, nasi beriani dan nasi hujan panas. nampak sama je, tapi semuanya saya makan. hehe.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...