Dah fikir nak masak apa tak hari ni? Kalau ada stok ayam, pastu terfikir nak goreng ayam tu, korang boleh ikut resepi ini. Sedap tau..anak-anak pun suka. Memang betul kata teman masak memasak ayam ni potong kecik-kecik lagi sedap nak makan.
Akak mbil resepi ni dari blog cikmanggis, kalau makan panas-panas memang laju ajer, tak yah makan nasi pun tak per. Akak ada gak tambah halia dan cara perapan pun lain sikit. Kalau korang tenguk barang cam banyak ajer korang janganlah malas nak buat tau.
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-potong mengikut selera masing masing.Jika potong kecik lagi sedap.
1 cawan tepung beras pulut.
1 cawan tepung jagung.
1 tsp baking powder.
1 tsp garam.
1 tsp serbuk perisa ayam.
1/2 tbsp serbuk cili.
1 tbsp tepung kastad.
5 ulas bawang putih.
1 tsp serbuk lada hitam.
1/2 inci halia, serbuk kari daging dan serbuk kunyit-akak tambah
Cara-caranya:
- Tumbuk 4 ulas bawang putih dan garam secukupnya untuk di perap bersama ayam. (akak perap bersama serbuk kunyit, serbuk kari daging, serbuk lada hitam, serbuk cili dan halia tumbuk)
- Bancuh tepung pulut,tepung jagung,tepung kastad,baking powder ,lada hitam,serbuk perisa,serbuk cili dan garam dengan sedikit air.
- Agak-agak seperti membuat adunan untuk goreng pisang.(Masukkan 1 ulas bawang putih yg di tumbuk halus)
- Celupkan ayam ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga ayam berwarna perang atau keemasan.
- Sedap dimakan dengan sos cili.
8 comments
Salam Kak Ina,
Terima kasih sudi berkongsi resepi ini, Saya mmg suka...dan akan cuba.
by CitarasaKu on 24 Januari 2012 12:20 PTG. #
Ayam goreng, memang banyak orang suka. Tambah plak kalau rangup camni ;)
by ShashaCahaya on 24 Januari 2012 4:16 PTG. #
waaa, baru baca resepi dah terasa sedap!
by Mak Su on 24 Januari 2012 7:11 PTG. #
byk sungguh tepong nye tuh.. tp cam xsabo pulak nk try hehe
by Ely Hasrul on 24 Januari 2012 8:22 PTG. #
ayam goreng mmg feberet anak2, boleh la try jugak walaupun banyak bahan
by M@M@ SH@RIDZ on 24 Januari 2012 10:09 PTG. #
klu ayam rangup2 makan mcm gitu saja pun sedap heheh
by Ijah EmoTemo on 25 Januari 2012 12:53 PG. #
resepi yang wajib terlekat kat peti es ni Kak Ina.
by AbbotCottage on 25 Januari 2012 1:35 PTG. #
Assalaamu`alaikum kak,
dah nampak rangup walau tengok kat gambar je, mungkin kerana terlalu banyak tepung... tapi saya nak tanya boleh? Kenapa tepung kastad dan tepung jagung dibubuh sekali, bukankah hasilnya sama sahaja. Adakah rasanya berbeza?
Terima kasih kerana sudi menjawab kak...
Salam manis.
by Mama Murai on 25 Januari 2012 5:11 PTG. #
Catat Ulasan