Ada ker yang boring baca kisah kat USS ni ek. Kalau boring.. Oklah..ni last punya cerita ceriti yer.
Sape nak baca boleh ke Part 1 , Part 2 dan Budget akak ke sini
Sape nak baca boleh ke Part 1 , Part 2 dan Budget akak ke sini
Dah banyak kali dah pusing-pusing kat USS ni tapi malas dah nak beratur tenguk 2 kali. Akak pun lepak ajer berhampiran tempat Zone Hollywood sebab nak tenguk show ni..tak silap dalam pukul 6.30 petang...diorang buat kat tepi luar ajer.
Bukan akak ajer..ramai yang tak sabar nak tenguk show ni. Oleh sebab tak ada tempat duduk kat sini, ramai yang duduk kat atas jalan ni. Akak pun sama. Penat nak berdiri..dah rasa tak larat dah.
Layan ajerlah orang menari hip hop ni..nak buang masa
Ala-ala break dance pun ada..lepas habis dorang menari dorang panggil 3 orang penonton untuk menari bersama mereka. Nanti kalau akak rajin akak upload ek video tu.
Bila show dah tamat, kita boleh ambil gambar tapi cuma berapa orang sahaja..yang lain kena tunggu show lepas ni..tak kuasalah nak tunggu
Show terakhir pukul 8.30 malam, Yana gi tenguk masa ni.
Nampak gak Marilyn Monore klon ni..tapi malas nak ambil gambar dengan dia..
Lama gak tunggu dorang kat sini...entah kemanalah dorang pergi..tak rasa penat gamaknya..akak dah memang surrender dah tapi nak balik tak boleh sebab lambat lagi nak naik bas..tu sebab akak lepak sambil tenguk ragam pengunjung.
Pastu dorang gi jejalan lagi..akak merayau-rayau tenguk apa yang ada bila suasana beransur gelap..time ni lepas krismas jadi mestilah ada nyanyian dan joget-joget kat pokok besar ni
Untuk menghilangkan kebosanan akak beratur naik boat cam budak-budak kat Zone Madagascar naik river boat ride adventure. Naik pun sebab tenguk orang dah tak ramai..taklah tunggu lama sampai 1 jam.
Jadilah budak-budak kejap tenguk watak Madagascar kat dalam ni
Korang jangan risau naik ni sebab tak kena percikan air pun..
hairan gak apasal ada yang pakai baju hujan dan siapkan payung?
Inilah rupa boatnya..bukan gerak laju pun..macam kita naik boat kat Genting
Oleh sebab ada lagi 1 jam lebih sebelum naik bas, anak-anak akak gi lagi sekali naik roller coaster. Akak duduk ajer kat kerusi. Bila cukup masa kami semua turun semula ke bawah dan tunggu bas yang sampai lambat 10 minit.
Korang kena ingat kat mana korang turun dan juga no bus..takut nanti tak jumpa bas camner nak balik ke JB semula. Driver tu dah bagi warning memang dia takkan tunggu lama-lama..cukup time dia jalan..waduh takut gak kena tinggal kann..dahlah nak dekat tengahmalam.
Korang kena ingat kat mana korang turun dan juga no bus..takut nanti tak jumpa bas camner nak balik ke JB semula. Driver tu dah bagi warning memang dia takkan tunggu lama-lama..cukup time dia jalan..waduh takut gak kena tinggal kann..dahlah nak dekat tengahmalam.
Akhirnya sampai semula ke Tune Hotel Danga Bay, ngam ngam pukul 11.00 malam. Firdaus dan anak buah dah tunggu kat situ dan terus gi makan dulu sebelum tidur kat rumah kakak ipar.
Bagi anak-anak muda bestlah gi sini, sebab boleh main permainan yang mencabar. Tapi akak kata gilah 2 tahun lagi..takkan nak gi setiap tahun.
tq akak for all the cerita psl USS :)
BalasPadammoga satu hari sampai gak hajat nak ke sana...tengah kumpul duit ni kak...huhuhu
BalasPadamLor, menari hiphop ke tu. Ingatkan berenang-renang depan pintu kedai.
BalasPadami punya kisah USS tak abis lagi kak.. huhu..
BalasPadamhubby ckp dia teringin nak pergi.. tp dia puya teringin tu tak tahu laa bila
BalasPadamhuh nih kire pendek tau kak ina buat cite.. kalu ade part smpai 10part pon sy baca hahaha..
BalasPadamnnti sy pon jadik cm kak ina lah, dok menunggu aje.. tgk2 dlm rules dia hanya few aje utk ibu mengandung.. sy dh tpikir nk sewa wheelchair leh suh org tolak sana sini hahahha
Dah pernah melilau kat situ, memang best untuk anak-anak kecil. Yang ibu-bapa pula bolehlah tumpang sekali. Hehe... sambil main, bolehlah ambik gambar sekali.
BalasPadamBanyak juga yg Nur miss masa bercuti di sini.. Bilalah agaknya nak dapat repeat lagi ke sana.
BalasPadambila la saya dapat sampai sini..?
BalasPadam