OOO

Ahad, Januari 29, 2012

Kari Ayam

Masak kari besoknya buatlah cekodok ker...roti nan ker..senang kan..takyah pikir nak masak apa untuk breakfast,
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 16 
6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar 
1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar 
1 1/2 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar 
5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas) 
2 biji ubi kentang -dibelah 4 
1 kiub ayam  
400gm santan pekat 
300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki 
garam secukupnya 
sedikit air asam jawa

Bahan untuk menumis
2 tangkai daun kari,
1 biji bawang besar-dihiris panjang
1 biji bawang putih - dihiris
2 biji bawang kecil
2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
minyak untuk menumis
 
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah daging dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan rempah kari  bersama sedikit air dan masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak sambil dikacau selalu lalu masukkan sedikit garam.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan air ayam (air yang keluar dari ayam) kering.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.
8. Boleh makan bersama nasi biasa,nasi minyak ataupun roti.

12 ulasan:

  1. saya mmg fail kalu bab2 kari nih..

    BalasPadam
  2. suka makan,tapi anak anak tak suka..!so masak selalu tu ikut selera anak ...

    BalasPadam
  3. wah nampak macam sedap tapi azza tak pandai masak benda benda macam ni, azza suka masak dessert je sebab tu azza gemuk walau muda lagi hehe.

    BalasPadam
  4. Serius sedap. Nyum. *wp tak rasa. Tapi confirm ah sedap ni.

    BalasPadam
  5. sedap lak tengok kari ayam nih...

    BalasPadam
  6. buat lempeng cicah kari ayam..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers