lazada

Lazada Malaysia

Sabtu, Februari 25, 2012

Wow Mengancam Aaaa Warna Kek Batik Arora Ni

Kenalah puji hasil tangan sendiri kan..kalau tak sape lagi..memang teruja tenguk kek warna warni camni.

Mengikut cerita empunya resepi Cida ..resepi ni asalnya kek marble tapi bila di corakkan dengan warna langsung jadi cam batik..akhirnya dinamakan kek batik arora .  Resepi ni akak ambil dari blog Yati.

Oleh sebab geng masak memasak dah terkena demam kek arora..akak pun terjangkit sama pasal geram tenguk warna kek ini.  Kek ni baru keluar dari oven masih panas lagi. Lum sempat  potong lagi lah

KEK BATIK ARORA
By : Cida
Bahan-bahan
250 g mentega - akak guna butter mahal sebab bau dia lagi sedap
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

Cara-caranya
  • Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
  • Sediakan loyang ukuran 8 inc (akak guna loyang bulat berlubang)
  • Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  • Satukan tepung gandum dan baking powder
  • Kemudian di ayak ~ ketepikan.  Dalam bekas mixer pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih.
  • Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  • Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
  • Tutup mixer. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian ikut pilihan masing-masing. Akak pilih oren, biru, coklat emulco, pandan paste dan merah.
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
 

Gaul adunan rata .Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk (akak guna satu sudu)
Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam. Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

 Anak tenguk tak sabar nak potong...

 Taraaaa...setelah di potong..hati akak pun merasa ceria  
bila tenguk kek warna warni macam ni 

17 ulasan:

  1. Wahhh ceria sungguh... Baru bercadang nak buat hari ni...sat2 lg....

    BalasPadam
  2. As'alam Kak Ina

    Mengancam betullah kak, demam ct dah kebah, tapi deman kek ARORA ni masih panas membahang...hehehe

    tunggu dah sihat betul2 nanti nak buat juga, nak merasai bahang kek arora ni :)

    BalasPadam
  3. Memang color tue happening sangat la kak...

    BalasPadam
  4. tu dia.. warna warni... teringat dulu mak buat macam ni dekat kg.. hehehe

    BalasPadam
  5. salam rindu kakina..amboi kek kaler2 arora nih dh sampai ke padang balang ek! bila la pulak owg selayang nk menggodek..hehe!!

    BalasPadam
  6. Wah, KakIna pun terjangkit virus arora. Potong ler kakIna, tak sabor nak tengok kat dalam nya. Rugi potong lambat2 sbb sedap banget makan panas2 tau....hehe

    BalasPadam
  7. meriahnya warna kek akkk ni...leh cuba gak tepek2 mcm ni nnti

    BalasPadam
  8. wallaaaa...cantiknya kak...syg pulak nk makan...nk cium2 jer blh....

    BalasPadam
  9. mak ai,,menggoda selera. akak memang rajin lah..

    BalasPadam
  10. alamak kak Ina, terliurlah tgk gambar kek ni. habis pantang nnt bolehlah saya nak cuba buat kek ni. mmg mengancam :)

    BalasPadam
  11. tengok rupanya pun dah teruja..aduhhhh mesti cuba nie

    BalasPadam
  12. sedapnya....terliur......bila lah sha nak rajin baking kek ni..microwave hadiah kawen ada..malas...haiz

    BalasPadam
  13. Kak Ina, ce tunjuk gambar yang dah dipotong. Bukan apa, kalau tunjuk gambar kek sebiji, segan nak ngendeng.. karang orang kata pelahap lak. Kalau akak hidang yang dah siap potong, leh gak ngecek.. sekeping dua... hehehehe

    BalasPadam
  14. nampak meriah benor ni kak.. leh ler try kan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers