OOO

Memaparkan catatan dengan label donut sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label donut sedap. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 03, 2014

Resepi Donut Lembut Dan Gebu

Assalammualaikum

Kadang kala buntu nak buat makan petang ni, nak buat karipap malaslah pulak nak dadu dan masak inti.  Biasalah kan kadangkala virus M banyak sangat dalam badan.

Teringat nak buat donat, sejak duk sini tak pernah lagi buat donat.  Cari resepi donut yang tak payah perap sebab akak nak cepat pasal suami akan balik tak sampai 1 jam lagi.  

Akhirnya jumpa resepi Ayu kat google, tak payah tunggu lama dah terus di goreng.  Akak tukar susu tepung ke susu pekat sebab tak ada stok dan kurangkan gula.  Akak tukar cara penyediaannya sedikit dan bentukkan macam macam tapi yang laku yang berpintal tulah :)

Bahan-bahan
500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)
210ml air suam
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
3 susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)
3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 sudu ajer)
1 bungkus mauripan (11gm)
sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)
Cara Menyediakan
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.
2.  Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3.  Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4.  Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
5.  Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
6.  5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
7.  Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.

Nota :
Tips goreng donat agar tidak serap minyak, donat tu jangan diterbalikkan selalu.
Kalau nak frozenkan donut, cukuplah hanya matikan yis dengan memasak donut sekejap sahaja.
26 biji donut gebu telah terhasil. Kalau korang guna acuan lagi kecil. 52 biji dapat dinikmati....

Khamis, April 25, 2013

Resepi Donut Gebu Gebana

Sebelum tu nak minta tolong undi blog akak no akhir sekali  kat SINI..cuma klik ajer kat kotak tuNak raih undi bukan senang kan cam YB jugak. 
Usaha ajer..jika ada rezeki adalah kan.
 
Lama betul tak buat donut..sekali buat..sekejapan habis.  Dulu  akak pernah cuba resepi yang INI dan yang INI..resepi ni sedap tapi agak renyah nak membuatnya.  Kali ini akak buat donut ambil resepi dari blog Ha Sue pula.  Resepi ni tak ambil masa yang lama nak perap.  Cubalah yer.

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum-akak guna tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega-dalam 2 sudu besar
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung-akak guna 2 susu pekat
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
 Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih).


Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.
Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan bersama gula kaster atau topping kegemaran anda.

Khamis, Mac 29, 2012

Donut Kentang Citarasawan/Donut Kentang Hotdog

Donut memang sedap di buat kudapan pagi ataupun waktu petang.  Tapi akak dan suami tak berapa suka rasa gula yang berlebihan...anak-anak sukalah pulak.  

Jadi akak buat 2 jenis..satu buh gula, satu lagi akak buh hotdot ayam.  Akak malas nak terap akak cuma ambil sedikit doh, pastu tarik panjang-panjang dan pusing-pusingkan dan terus goreng.

Resepi asal dari  kak Wan tapi akak ikut sukatan Izah, akak buat sekali ganda..nak dapat banyak sikit dan nak buat 2 stail punya pasal.

Bahan-bahan
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang len\ek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh \ang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang \ang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan min\ak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

Donut hotdog ni yang habis dulu..hermmmm lain kali buat stail yang ni banyak-banyaklah.  Oh yer..hotdog tu korang goreng sekejap, potong 3 sejukkan sebentar baru lilit dengan doh donat..agak-agaklah korang nak letak tu..lepas lilit terus goreng dan gunakan api yang kecil sahaja takut cepat hangus.

Ahad, Februari 22, 2009

Resepi Donut Ala-Ala J'Co

Dah lama si imran nak makan donut...kalau buat roti cinnammon aje...dia buat muka masam...ashik-ashik cinnammon aje..donut tak ada ke? Petang semalam buatlah donut...dah macam-macam resepi donut yang akak cuba...kali ni nak cuba pulak resepi donut ala-ala J'Co....

memang tak di nafikan donut tu memang sedap...tapi bagi anak ramai macam akak ni..tak larat nak membeli...setakat 2 biji bolehlah kot...resepi ni akak ambil dari rumah loveliana...sifu deco kek yang cantik tu...terima kasih ye loveliana...akak buat setengah adunan aje..itupun dapat banyak....

Bahan A
  • 850gm tepung high protein
  • 11g instant yeast( 1 paket yis Mauripan)
  • 10gm garam (1 camca teh)
  • 600ml air masak suam

Bahan B
  • 200gm tepung high protein
  • 10gm garam (1 camca teh)
  • 60gm susu tepung
  • 125gm gula castor
  • 2 biji telur saiz kecil
  • 125gm shortening (atau majerin)
Cara-caranya

1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.

3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula.Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm..terap menggunakan acuan donat. Kalau nak bubuh inti ...terap gunakan cawan macam akak buat.

5. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Ni sebelum doh kembang.

Rehatkan lagi 10minit. Doh dah kembang...
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera.



7. Akak buat macam-macam topping...ada yang inti kaya...blueberry jem...lumur dengan gula halus. Ada yang bubuh topping cream cheese pastu letak badam cincang dan coklat urai.


Sedap di makan waktu petang, malam dan pagi.........memanglah lembut tapi mana nak sama dengan J'Co kan....mereka ada secret recipe.........

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...