Member masak memasak dah sibuk buat CPAB ni ..tapi akak buat derk ajer. Semalam masa cari roti nak di makan waktu petang akak ternampak balik resepi ni kat blog dorang. Fuhh langsung terkena virus R. Nak buat roti kena ambil masa yang agak lama sebab nak perap, tunggu doh naik, bentukkan pastu naikkan lagi doh barulah boleh di bakar. Makan masa dekat 3 jam gak nak merasa.
ruper cam kek pun ado ni
Resepi asal dari Joy the Baker , tapi ada yang dah di translate. Bila bakar roti ni memang semerbak bau serbuk kayu manis/cinnammon ..kami memang sukakkan bauan camni di campur pulak dengan gula perang dan cincangan badam yang telah di bakar..
fuh yoooo dah siap bakar kami tak tunggu sejuk terus ajer makan panas-panas...terutama bila hb akak puji.....memang mantap ..sedap..enak...memang rugi kalau tak membuatnya.
CINNAMON PULL APART BREAD
For the Dough (in BM)
2 3/4 cawan tepung roti dicampur dengan 2 sudu makan tepung gandum
1/4 cawan gula kasar-akak guna gula castor
2 1/4 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam halus
4 sudu makan mentega (suhu bilik)
1/3 cup susu penuh krim- akak guna susu sejat ideal
1/4 cawan air
2 biji telur (size A)-suhu bilik
1 sudu kecil Vanilla extract-akak guna esen vanilla
For the Filling
1 cawan gula kasar-akak tukar gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
4 sudu besar butter - dicairkan sehingga menjadi brown
akak tambah-badam cincang yang telah di sangai
Akak guna BM jadi akak ikut cara Nor
* Kaedah .Nor bila guna BM:
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa. Pastu baru di bentukkan.
sebelum doh naik selepas di bentuk ..akak taburkan lebihan campuran gula perang, cinnamon powder dan badam kat atas doh dan juga di celah-celah doh
Cara membuatnya (kaedah mengguli menggunakan tangan)
- Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cawan tepung, sugar, yis dan garam halus. Ketepikan
- Pukul telur, ketepikan
- Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract.
- Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
- Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi.
- Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky.
- Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (akak tak ikut pun step ni..terus ajer bakar)
Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.
*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker
Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan 10 minit.
akak guna loyang camni..senang ajerk nak keluarkan
tak yah guna pisau ataupun di lumur dgn mentega
Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.
Mula-mula potong dengan pisau..lepas tu tak payah sebab cuma tarik ajer ikut slice demi slice..