OOO

Sabtu, Julai 28, 2012

Promosi Bufet Makanan Melayu Tradisional Di Restoran The Apartment

Bagi menyambut bulan Ramadhan, restoran The Apartment menyediakan promosi bufet bertema "An Oasis of Delights" di cawangan KLCC dan The Curve dari 24 Julai se hingga 16 Ogos 2012.  
 
Promosi ini menawarkan hidangan bufet masakan tradisional Melayu termasuk pelbagai hidangan yang telah menjadi hidangan kemestian di bulan puasa.
Bagi memastikan para pelanggan sentiasa berselera di sepanjang tempoh promosi bufet selama satu bulan, Restoran The Apartment menyediakan menu bufet yang baru setiap minggu, dengan ini membolehkan pelanggan mereka menikmati pelbagi jenis hidangan baru untuk di cuba bagi kunjungan yang seterusnya.
Antara masakan-masakan Melayu ala kampung yang di tawarkan ialah pilihan pembuka selera termasuk pelbagi jenis kerabu seperti Kerabu Soo Hoon, Kerabu Sotong dan Kerabu Taugeh bagi merangsang selera anda semua.  Selain dari itu turut di sediakan hidangan yang menyelerakan seperti ulam-ulaman, gado-gado, tauhu sumbat dan jeruk.

Bagi hidangan utama pula, ada pelbagi hidangan kegemaran secara tradisional iaitu rendang tok, ikan masak tempoyak, udang goreng berempah, nasi hujan panas dan 
 
yang paling menarik hidangan dari daging  yang menawarkan pelbagai jenis hidangan daging yang baru di masak.

Untuk pencuci mulut pula, di sediakan berbagai-bagai hidangan tradisional dan barat seperti bubur pengat pisang, cucur ikan bilis, pulut nangka, kek keju, mousse coklat, pulut durian dan yang paling sedap ialah Red Valvet Cake@Kek Baldu Merah yang di gemari oleh semua pengunjung.

Promosi ini boleh di dapati di cawangan The Apartments's KLCC dan The Curve, bermula dari pukul 6.00 petang setiap hari.  Untuk orang dewasa harga ialah RM79.90++ (KLCC) dan RM69.90++ (The Curve) manakala untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun pada harga RM26.90++ seorang.
Dengan setiap pembelian dari promosi bufet An Oasis of Delights akan melayakkan pelanggan satu peluang untuk memenangi baucar buffet percuma.  Baucer membeli belah sebanyak RM30.00 dari Zalora juga akan di berikan untuk setiap pembelian bufet dewasa.
The Apartment memberikan pengalaman menikmati hidangan dalam suasana kasual dan selesa sepertimana anda menikmatinya di rumah melalui  ruang restoran berkongsep pangsapuri moden.  Sejajar dengan konsep ini, para pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan dibahagian 'ruang tamu', 'bilik tidur', 'ruang bilik mandi' atau di 'bilik perpustakaan'.

The Apartment memenuhi konsep identitinya ; "Dimana menjamu selera di luar adalah seperti pulang ke rumah'.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, sila hubungi 
The Apartment Curve - 03 7727 8330
The Apartment KLCC - 03-2166 2257

p/s akak tak pegi tau atas sebab susah nak tinggalkan rumah di bulan puasa...akak cuma wakilkan manager akak dan anak pempuan akak ajer. Yang mereka jumpa di situ Eyriqazz dan Kakida.

Tak apa lah kan..sekali sekala kasi anak pula enjoy makan-makan terutama Yana.




4 ulasan:

  1. Mmg lumayan klu harga kebwh rm80.00 dgn sajian mknn y pelbagai

    klu dekat ayu dh pi.. Hehehe.. Rendang tok. Nyamiii

    BalasPadam
  2. hurmm....ruginya tak pergi kat sini....tak kesempatan sebab kena balik keje lewat aritu

    BalasPadam
  3. sedapnya benda alah ni.....tengah fikir nak makan kat mana hari ni

    BalasPadam
  4. xsempat nak berbuka kat luar hehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers