Assalammualaikum dan selamat berpuasa.
Baru sebut-sebut pagi Khamis dengan anak akak..
Russhdi jom gi pasar borong selayang..mak nak cari udang galah...dah lama tak masak
Kebetulan penjual ikan kat area rumah akak bawaklah pulak udang galah. Alhamdulliah ..macam tau-tau ajer Zul (penjual ikan) akak teringin nak makan..dia bawaklah pulak. Akak pun apalagi..gi beli santan nak masak kari pekat udang galah.
Bahan-bahan
1 kg udang galah
1/2 kg santan pekat
2 cawan air
4 sudu besar rempah kari daging
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 biji tomato-potong kecil
sedikit daun ketumbar-racik halus
1 sudu kecil kerisik
sedikit air asam jawa
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
garam
Bahan tumisan
1 batang kayu manis
2 biji cengkih
2 buah pelaga
2 bunga lawang
1 biji bawang besar-hiris halus
2 batang daun kari
Cara-cara
1. Tumbuk/kisar bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, masukkan semua bahan penumis sehingga naik bau dan masukkan pula bahan kisar/tumbuk..kacau sebati.
1. Tumbuk/kisar bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, masukkan semua bahan penumis sehingga naik bau dan masukkan pula bahan kisar/tumbuk..kacau sebati.
3. Bila dah layu masukkan pulak rempah kari dan sedikit air dan kacau dengan api perlahan sehingga terbit minyak barulah di masukkan santan pekat dan air.
4. Bila santan mendidih,masukkan garam, hirisan daun ketumbar dan udang galah.
5. Kemudian masukkan kerisik dan akhir sekali masukkan jus asam jawa.
6. Boleh di hidangkan bersama murtabak, roti canai ataupun nasi putih. 4. Bila santan mendidih,masukkan garam, hirisan daun ketumbar dan udang galah.
5. Kemudian masukkan kerisik dan akhir sekali masukkan jus asam jawa.

Sedapnya..udang ni favorite i...
BalasPadamSedap tu kak ina. Lama x mkn udang galah. Biasa msk lemak cili api ja. X pernah lg mkn udang galah masak kari.
BalasPadamaduh,udang sedapnya
BalasPadamsalam, sedap tu ina...kalah kari lobster kita...:)
BalasPadammesti sedap kan? dengan rasa berlemak santan + rasa udang fresh... *saya tak pernah masak udang galah kak ina. udang kecit untuk jadi bahan dlm sayur goreng ada lar.
BalasPadamudang beso2 cmni or ketam mmg sedap kalo msk kari pekat kan kak..manes je rasa..aroma pun perghh meleleh jiran2 kalo tbau..hehehehe
BalasPadambestnya kak...udang galah..menarik wat menu bukak posa ni
BalasPadam